fbpx

5 Sebab Utama Bank Reject Loan Rumah! (Dan Sebab Extra Bagi Yang Berbisnes)

Bila bercakap soal pembelian rumah, kita juga sebenarnya dah kena fikirkan soal pembiayaan perumahan.

Melainkan korang bersedia untuk membeli rumah secara cash, jika menggunakan pembiayaan perumahan, maka perancangan kewangan yang rapi serta pelbagai persediaan perlu dilakukan mengikut syarat dan terma yang ditetapkan oleh pihak bank agar permohonan korang tidak kena reject.

Macam mana pula nak elakkan permohonan loan rumah tu daripada kena reject?

Sebelum kita menuding jari atau mengatakan pihak bank zalim dan tidak membantu, apa kata kita kaji sebab permohonan loan rumah kena reject?

5 SEBAB UTAMA BANK REJECT LOAN RUMAH
(DAN 5 SEBAB EXTRA BAGI MEREKA YANG BERBISNES)

1. SALAH PILIH, TAKDA JODOH!

Bila cari jodoh, mesti korang pilih yang serasi kan?

Sama kes juga bila nak dapatkan loan, korang pun kena pilih ikut bank mana yang sesuai.

Bagi setiap bank, syarat dan terma adalah berbeza-beza.

Harus diingatkan kepada korang semua, jika kita memilih untuk menghantar permohonan kepada pelbagai bank yang berlainan pada masa yang sama, akan ada akibatnya.

Bank Negara Malaysia boleh menjejaki rekod permohonan tersebut, dan sekiranya di dalam rekod tersebut terdapat status reject, maka ini akan timbulkan kesukaran untuk korang sendiri di masa hadapan.

Jangan buang masa jika kebarangkalian untuk lulus itu rendah.

Kaji dan teliti dahulu syarat serta terma bank yang bersesuaian dengan korang. Dapatkan juga tips dan info daripada rakan-rakan banker.

2. BANK PUN ADA REPORT CARD MACAM SEKOLAH?

CCRIS (Central Credit Reference Information System) adalah laporan kredit yang diselaraskan oleh Bank Negara Malaysia daripada maklumat oleh bank, syarikat insurans malah syarikat swasta seperti syarikat telekomunikasi!

So, maksudnya di sini, segala hutang piutang korang, tak kiralah daripada loan kereta sampailah hutang beli smartphone tu, Bank Negara Malaysia tahu dan ada dalam rekod CCRIS ni.

Dalam rekod CCRIS, kalau ada tunggakan pembayaran, maka rekod tu akan ada status merah dan ditulis sebagai “akaun perhatian khusus”.

Bila ada status ni, maksudnya rekod CCRIS korang dah tercalar dan tak bersih. Jadi, bila nak mohon loan rumah dengan bank, akan susah lalu kena reject.

Cuba dapatkan laporan rekod CCRIS ni dan semak semula rekod untuk tempoh 12 bulan yang lepas.

Pastikan report card kewangan korang ni cantik dan tiada masalah, supaya permohonan loan tidak kena reject.

3. MUFLIS, BANKRAP DAN SEWAKTU DENGANNYA…

Apabila bergelar status muflis atau bankrap, nama individu berkenaan secara rasmi akan dikemas kini oleh Jabatan Insolvensi Negara. Status ini juga akan dikemas kini di dalam CCRIS.

Secara langsung, pihak bank akan mengetahui status muflis ini sekiranya terdapat permohonan loan rumah dibuat.

Individu yang muflis tidak boleh memohon sebarang pinjaman melainkan status muflis tu dah clear.

Sejak pindaan 6 Oktober 2017, melalui Akta Insolvensi 2017, nilai minima kebankrapan adalah pada RM50,000.

Maka, berhati-hatilah, jangan sampai terjerat ke arah kebankrapan kalau tak mahu hadapi kesukaran dalam pelbagai perkara termasuklah apabila memohon loan rumah.

4. HUTANG VS PENDAPATAN TAK BALANCE?

Salah satu sebab utama bank reject loan rumah ialah kerana DSR.

DSR (Debt Service Ratio) ni bermaksud nisbah bagi hutang-hutang (komitmen) korang ke atas pendapatan bersih (selepas ditolak KWSP, SOCSO, potongan LHDN dan zakat).

Kira dan banding semula pendapatan dan komitmen hutang korang (loan kereta, PTPTN dan sebagainya).

Lagi rendah peratusan hutang ke atas pendapatan tu, lagi baik.

Namun, bagi setiap bank berbeza, terdapat syarat dan polisi perkiraan tambahan yang berbeza-beza.

So, cuba langsaikan mana-mana hutang yang patut sebelum memohon loan rumah kerana DSR yang terlalu tinggi bakal menyebabkan permohonan kena reject.

5. DOKUMENTASI TAK BETUL

Punca loan rumah korang kena reject juga adalah disebabkan oleh penyerahan dokumen yang tidak teratur atau tidak mencukupi.

Turut kena reject loan rumah tu disebabkan dokumentasi tak betul seperti contohnya bila isi maklumat, ada perkara yang tertinggal atau tak isytihar dengan betul. Isilah maklumat dengan tepat dan benar.

Pastikan untuk sediakan dokumen selengkapnya. Jangan kedekut dengan pihak bank.

Sekiranya ada pendapatan sampingan atau duit tepi, lampirkan dokumen tambahan dan juga bukti-bukti lain sebagai sokongan.

Tanya pihak bank apa yang mereka perlukan.

Pihak bank inginkan kepastian, oleh itu berikan mereka kepastian menerusi dokumen korang. Barulah bank akan yakin pada korang!

5 SEBAB EXTRA BAGI MEREKA YANG BERBISNES PULA…

Sama seperti sebab-sebab di atas, tetapi bagi kes mereka yang menjalankan perniagaan (bisnes) sendiri, beberapa kriteria tambahan berbanding dengan mereka yang makan gaji perlu korang tahu.

5 sebab loan rumah kena reject bagi korang yang berbisnes:

✘ 1. Perniagaan yang dijalankan belum cukup berusia 2 tahun dan ke atas. Pastikan rekod transaksi kewangan melalui akaun bank syarikat tu berusia lebih 2 tahun.

✘ 2. Dokumen pendapatan perniagaan dan dokumen pendapatan persendirian bercampur aduk dan tidak terurus.

✘ 3. Tidak isytihar dan tidak bayar cukai. This is a big NO! Pastikan korang cukai dibayar.

✘ 4. Slip gaji daripada pendapatan perniagaan tidak betul. Contohnya, tidak sepadan atau tiada caruman KWSP dan lain-lain. Pastikan segala maklumat dan kiraan adalah logik.

✘ 5. Bank yang dipilih tidak mesra peniaga. Lain bank mempunyai pendekatan lain terhadap peniaga. Sama seperti point nombor 1 di awal artikel tadi, korang kena tahu lebih mendalam terma dan syarat yang dikenakan ke atas para peniaga.

So, macam mana? Dah bersedia untuk beli rumah?

Semoga perkongsian ini membantu korang untuk lebih yakin untuk memohon loan rumah dan seterusnya memiliki rumah!

Anda seorang usahawan dan ada minat terhadap hartanah?

Tapi sukar nak beli hartanah sebab masalah-masalah seperti di atas?

Ahyat ingin memperkenalkan satu formula : FORMULA EMPAYAR!

Apakah maksud formula ini?

Apakah kaitannya dengan pelaburan hartanah dan bagaimana pula ia membantu KEJAYAAN bisnes anda?

Ketahuinya di Program FEU2019, anjuran Pejuang Hartanah, khas ditujukan untuk para USAHAWAN semua! 

Klik poster di bawah ini untuk maklumat penuh program!

Sumber rujukan:
1. Majalah Labur.
2. Jabatan Insolvensi Malaysia.
3. Bank Negara Malaysia.

Tag:

Kongsikan Artikel Ini Di Media Sosial:

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp