fbpx

5 Style Orang Pandai Jaga Duit Yang Korang Kena Ikut!

Saban hari kita dibebani dengan kos sara hidup yang meningkat. Ada yang salahkan kerajaan lah, ada yang salahkan gaji tempat kerja lah.

Tak guna asyik mengadu, sebaliknya kita lihat diri sendiri dan kita cari solusi lebih baik, bukan?

Jika ada gaji RM10,000 sekalipun, tapi tak pandai urus kewangan, tetap kelaut jugak.

Ada orang gaji RM2,000 je, tapi masih mampu survive di KL ni. Siap mampu beli rumah lagi!

So, pengurusan kewangan korang perlulah power, supaya rekod & profile kewangan korang cantik.

Jom kita ikut 5 style orang-orang yang pandai jaga duit:

1) TARGET

Orang yang ada pengurusan kewangan yang kemas sentiasa ada target untuk dicapai.

Set target kewangan korang kepada 3 bahagian: Target jangka pendek, sederhana dan panjang.

Korang kena ada target-target ini untuk persediaan masa hadapan.

Target jangka pendek misalnya boleh merangkumi simpanan bagi 6 bulan perbelanjaan harian korang. Target jangka sederhana seperti simpanan untuk deposit rumah dan untuk langsaikan hutang sedia ada manakala target jangka panjang adalah untuk persaraan di hari tua nanti.

Mulakan dengan target ikut kesesuaian dan kemampuan. Pastikan ia realistik dan mampu dilaksanakan.

2) PERBELANJAAN

Lepas dah plan target-target tadi, buat kira-kira dengan membandingkan perbelanjaan vs pendapatan.

Hukum mudahnya ialah: jumlah duit masuk (pendapatan) mesti lebih dari jumlah duit keluar (perbelanjaan).

Utamakan perbelanjaan yang perlu sahaja.

Cari alternatif murah kepada setiap benda yang korang belanja. Misalnya, kos kopi bancuh sendiri hanya lebih kurang RM3 berbanding kopi di kafe hipster yang hampir berharga RM20!

3) PENDAPATAN

Lepas buat kira-kira tu dan masih rasa tak cukup jugak, bermakna korang kena pelbagaikan sumber pendapatan. Supaya lebih kukuh.

Zaman sekarang ni, banyak orang ada lebih dari satu sumber pendapatan. Jangan hanya bergantung harap kepada satu pendapatan sahaja dan selebihnya complain sahaja.

Ada pelbagai cara untuk menjana pendapatan extra pada masa kini. Korang perlu kreatif dan rajin je. Nak tak nak je soalnya, kan?

4) MILLIONAIRE’S FORMULA

Formula ni bukanlah formula rahsia pun.

Orang biasa-biasa, selalunya belanja dulu baru simpan baki duit yang ada.

Tapi style orang yang pandai jaga duit ni lain. Dorang guna Millionaire’s Formula atau Formula Jutawan.

Formulanya ialah: Simpan dahulu ikut target korang, baru belanja yang selebihnya.

Bila buat macam ni, korang akan belanja ikut jumlah yang tinggal tu.

Ini juga menunjukkan korang disiplin untuk capai target korang seperti point nombor 1. Takda alasan lagi, kan?

5) URUS DAN LABUR DUIT

Okay.

Korang dah plan target kewangan.
Korang dah kawal perbelanjaan.
Korang dah kukuhkan pendapatan.
Korang dah ikut formula yang tak berapa rahsia tu.

Sekarang masanya korang uruskan duit korang.

Lepas dah urus, boleh laburkan duit tu pulak misalnya dengan membeli hartanah. Nanti korang adalah aset. Kan best tu??!

Kalau tak urus, macam mana banyak pun duit 7 keturunan tu, tetap boleh habis jika tersalah langkah dalam menguruskannya. Lagi mimpi pulaklah nak ada aset macam hartanah dan sebagainya tu.

Macam mana pulak nak urus dan labur duit ni?

Ini adalah ilmu yang berharga untuk korang pelajari.

Style orang yang pandai jaga duit ni, mereka sentiasa suka belajar dan laparkan ilmu.

Korang mesti tahu kan, ilmu tu priceless dan banyak manfaat. Belajar tu pulak kena carilah orang yang arif dan berpengalaman.

So, korang nak belajar ilmu urus & labur duit?

Jom klik link di bawah ini:

SEMINAR POWER HARTANAH SHAH ALAM

SEMINAR POWER HARTANAH KOTA KINABALU

Tag:

Kongsikan Artikel Ini Di Media Sosial:

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp