fbpx

5 Tahun Lepas, Lelaki Ini Kata Dunia Tak Bersedia Untuk Menghadapi Wabak Yang Akan Datang

Meremang bulu roma bila tonton balik apa yang mamat ni cakap 5 tahun lepas. Nak cakap perkataan kalau ni tak dibenarkan dalam Islam. Benda pun dah berlaku. Dah takdir Allah. Tapi mikirkan kembali, sekiranye kerajaan-kerajaan seluruh dunia bersiap sedia, tentunye cara kita hadapi krisis covid19 global ni berbeza. Mengerikan apa yang dia cakap. Adakah satu ramalan yang tepat? Atau kebetulan? Chekidaut. Awas panjang ye.

1. SIAPA LELAKI NI?
Nama dia Bill Gates. Pengasas Microsoft. Pada satu ketika di lelaki paling kaya di dunia. Dan sekarang dia ada yayasan dia sendiri yg memerangi penyakit seperti polio dan usaha2 lain.


2. BILA DIA CAKAP NI?
Dia telah bagi satu ucapan di pentas TED TALK di Vancouver Kanada pada Mac 2015, genap 5 tahun yang lepas. TED TALK ni satu platform di mana pakar2 dunia berkongsi tentang penemuan dan idea-idea mereka untuk kesejahteraan dunia. Link video 8 minit tu ada Ahyat share kat hujung sekali.


3. APA DIA CAKAP?
Manusia tidak akan mati dalam bilangan yang ramai sehingga berpuluh juta dalam dekad-dekad yang mendatang bukan kerana perang nuklear yg kita takuti tu. Manusia akan mati beramai-ramai kerana wabak. Bukan misi-misi nuklear tapi kerana mikrob-mikrob kecil.


4. DUNIA TAK BERSEDIA?
Dia kata kerajaan diseluruh dunia banyak menghabiskan duit n masa untuk pastikan kuasa-kuasa nuklear itu terhenti. Tapi langsung tiasa kesediaan utk menangi wabak yg bakal datang.


5. WABAK EBOLA DI AFRIKA?
Kenapa wabak ni dah membunuh lebih 10,000 orang dalam setahun lebih yg lepas? Kebanyakan kematian pun hampir semua di 3 negara di barat Afrika. Bukan kerana sistem yang ada tak cukup bagus. Tapi kerana sistem utk tanganinye tu langsung tak wujud!

6. TAK BERSEDIA MENANGANI EBOLA?
Dunia tak bersedia dgn pakar2 n petugas-petugas medikal yg terlatih. Nak menghantar petugas2 tu pun tak cukup pantas kerana ada di pedalaman. Repot-repot tak sampai dengan cepat dan ada yang tak tepat. Tak bersedia dengan treatment, peralatan, perubatan. Dan ini merupakan kegagalan peringkat global.


7. KAN DUNIA ADA W.H.O?
Tak ramai faham bahawa WHO ni tugasnye utk monitor wabak2. Tapi tugas mereka bukan untuk mencegah dan bersiap sedia utk memerangi wabak2 dunia.


8. KENAPA EBOLA TAK MEREBAK?
Ada 3 sebab kata Bill Gates. Pertama: ramai hero iaitu frontliners n petugas-petugss yang mencari pesakit-pesakit n mencegah jangkitan menular. Kedua: penyakit ni tak airborne dan tak begitu mudah contagious. Ketiga: ebola tak terkena di kawasan2 bandar yg padat penduduk.


9. APAKAH BAHAYA WABAK AKAN DATANG?
Bahayanye kalau wabak yg akan datang ni mudah berjangkit. Dan kalau orang yang dijangkiti tak rasa sakit dan masih boleh melakukan aktiviti harian, dan orang ini naik kapal terbang atau pergi ke pasar-pasar, dan sekiranye berlaku ancaman bio-terorisme, kat sinilah bahayanye.


10. KALAU BERLAKU SPANISH FLU HARI INI
Spanish flu ni berlaku lebih 100 tahun dulu pada tahun 1918. Kalau ia nerlaku hari ini dengan kepadatan pe duduk di kawasan2 urban dan connectivity antara negara2 yg mudah sekarang, ia boleh membunuh sehingga 300 juta manusia di seluruh dunia berdasarkan simulasi oleh pakar2 wabak.


11. SO BAGAIMANA NAK BERSEDIA?

11.1. Kuatkan sistem kesihatan negara2 diseluruh dunia terutamanye di negara2 miskin
11.2. Wujudkan askar2 medikal atau medical corp yg dilatih dan bersedia utk sebarang wabak
11.3. Gabungkan askar2 medikal dgn askar2 tentera yg sentiasa dalam keadaan siap sedia menghadapi perang. Cumanye sekarang perangnye dengan wabak penyakit
11.4. Negara2 dunia perlu sentiasa buat ‘Germ Games’ atau simulasi2 perang wabak sebagaimana tentera2 akan practice perang
11.5. Percepatkan inovasi dalam teknologi perubatan


12. BERAPA BAJET UTK PERSIAPAN INI?
Bill Gates kata dia pun tak tahu exactly berapa. Tapi dia menjangkakan nilai kerugian dunia bakal mencapai $3 Trillion (3 diikuti 12 kosong!). Ini bersamaan rm12 trillion atau rm12,000 billion seluruh dunia. Dan itulah yg kita lihat diseluruh dunia hari ini dgn kesan pandemik COVID19. Malah mungkin lagi teruk drpd itu!


13. PESANAN BILL GATES TERAKHIR
Seluruh dunia perlu bertindak sekarang. Dan hila dia kata sekarang tu maksudnye Mac 2015, 5 tahun lepas. Dia pesan, jadikan wabak ebola sebagai pengajaran penting dalam menangani wabak yang bakal datang yang mungkin lagi dahsyat.

14. KENAPA SEJARAH TERUS BERULANG
Kerana manusia susah nak belajar daripada sejarah lampau. Apa yg telah berlaku sepatutnye menjadikan kita lebih bijak dan bersedia. Tetapi dalam dunia masa kini, kerajaan2 seluruh dunia bergelumang dgn masalah2 lain seperti masalah ekonomi, masalah politik, masalah perang, masalah masyarakat yg tak berkesudahan, sehinggakan mereka tak sempat n tak mampu utk bersiap sedia utk menangani wabak yg telah diramalkan oleh sesetengah ilmuan dan pengkaji.

15. APA JADI SEKARANG?
Adakah COVID19 ini wabak yg Bill Gates ramalkan 5 tahun dulu? Adakah dunia bersedia menghadapinye? Apakah penyudah kepada krisis kita hari ini? Adakah lagi teruk drpd ramalan beliau? Bagaimanakah pula kjaan seluruh dunia akan berubah setelah selesainye nanti krisis COVID19?

16. YA ALLAH LINDUNGI KAMI SEMUA
Sudah tentu, hanya Allah yg tahu dan kepada Allah sahajalah tempat kita memohon pertolongan. Yg penting, manusia itu harus terus berusaha dan setelah itu, berserah kepada Allah SWT yg esa.

SELAMAT BERJUANG!
AHYAT ISHAK

Apr 5,2020

 

KLIK DI SINI DAN DAFTAR DI WEB PEJUANG HARTANAH! DAPAT ILMU KEWANGAN DAN HARTANAH!! FREE JERRR!!

Sumber Gambar:
Ted Talk: “The Next Outbreak? We’re Not Ready” by Bill Gates
Mac 2015, Vancouver Kanada
.
Nota tambahan:
Boleh tonton video 8 minit ni di YouTube
https://youtu.be/6Af6b_wyiwI

Tag:

Kongsikan Artikel Ini Di Media Sosial:

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp