Tidak semua orang memiliki ruang dapur yang luas, rata-rata kebanyakkan rumah di Malaysia mempunyai ruang yang agak terhad termasuk dapur. Rakyat Malaysia pula jenis bersifat yang suka membeli dan melambakan peralatan di dapur membuatkan ia kelihatan semakin sempit.
.
Jadi, kali ini Ahyat akan kongsikan khas buat suri rumah yang suka duduk di dapur cara bagaimana untuk jadikan dapur kita kelihatan lebih luas, kemas dan menyelerakan pandangan mata. Yang pertama, kita kembali kepada konsep minimalis iaitu gunakan apa yang perlu sahaja di ruangan dapur kita.
.
1. Gunakan Warna Putih
Warna putih merupakan sentuhan warna utama yang boleh gunakan pada dapur kita. Terutama pada warna dinding dan juga warna kabinet atau ruang simpanan. Warna putih akan membuatkan ruang dapur kelihatan lebih luas dan bersih.
.
Kalu rasa warna putih tu membuatkan cepat kotor kita boleh je masukkan sedikit warna pilihan lain yang hanya sebagai penyeri untuk kelihatan ceria tetapi jangan pula gabungkan dengan warna yang terlalu banyak sehingga nampak celaru dan serabut.
.
2. Gunakan Rak Jenis Terbuka
Kalau sebelum ini dapur dipenuhi almari jenis terutup, sebaiknya tukar kepada yang jenis terbuka. Ini untuk mengelakan dapur kelihatan padat dan sesak. Selain itu, ia lebih mudah untuk kita mencapai barang apa yang diperlukan ketika memasak! Tidak lah tercari-cari sampai goreng ikan pun boleh hangit! Bukan hangit, tetapi terlebih garing.
.
3. Pintu Kaca
Kita boleh tukar pintu atau tingkap kayu kepada yang berkaca. Kesan pencahayan dari luar buat ruangan dapur akan kelihatan lebih luas. Sudah semestinya ia memberikan mood yang lebih segar dan bertenaga. Kita nak memasak pun seronok.
.
4. Simpan Barang Yang Tidak Digunakan
Biasa la mak mak ni, dia sayang barang dia dan jenis suka simpan barang kan. Sebab tu rumah banyak barang2 yang jarang kita guna dan biarkan barang tersebut dekat ruang terbuka menyebabkan dapur kita makin sempit.
.
Jadi, untuk dapatkan ruang yang luas kita perlu simpan peralatan yang jarang digunakan, contohnya pembakar roti, coffee maker, blender di dalam satu tempat khas. Sekiranya nak guna barulah keluarkan semula barang tersebut.
.
5. Makismum Ruangan Pada Dinding
Gunakan ruang kosong pada dinding dapur dengan bijak seperti buat tempat menyimpan pisau atau rak letak bahan asas masakan seperti gula, garam atau rempah ratus. Tapi jangan terlalu banyak sehingga boleh membahayakan orang dalam rumah. Suaikan mengikut bentuk dapur dan tempat kita memasak.
.
Kesimpulannya, Ahyat harap tips ini dapat memberi ilmu kepada kaum wanita yang tidak lari dengan dapur untuk dapur mereka kelihatan luas dan bersih. Malah gunakanlah bakat yang kita ada untuk kita hiasi dapur supaya kelihatan lawa dan senang untuk kita memasak.
.
Sumber:
1.thevocket.com/tips-buat-dapur-lebih-luas/
http://2.adcuba.org/…/10-tips-membantu-anda-dapatkan…/
http://3.nurraysa.com/5-tips-mudah-buatkan-dapur-kecil…/
Anda juga mungkin berminat..
AJARAN SESAT LARCUK?
March 25, 2022
KENAPA KITA KENA BUAT CARIAN TANAH?
August 13, 2021
JOINT LOAN YANG PROBLEM BILA PERKAHWINAN ADA PROBLEM
August 6, 2021
Teknik Menabung Sebelum Bertemu Jodoh untuk Anak-Anak
July 30, 2021