fbpx

6 Tips Orang Dewasa Menabung Untuk Miliki Rumah Sendiri

Ketahuilah bahawa membeli rumah tentunya bukanlah perkara yang mudah. Memandangkan harga rumah sekarang agak tinggi. Tetapi, jika kita mempunyai kewangan yang tersusun dan profil yang cantik,pasti kita akan dapat miliki hartanah sendiri.
.
Namun, nak beli rumah kena ada strategi yang perlu kita buat, bukan sekadar niat n berazam sahaja. Setiap orang bercita2 untuk miliki hartanah sendiri di usia muda tapi kenalah fikirkan cara untuk milikinya. Antara cara yang muda dengan kita adalah menabung.
.
Menabung ini adalah salah satu teknik sempoi yang kita boleh lakukan. Mungkin duit menabung ini kita boleh gunakan untuk bayar deposit rumah suatu hari nanti. Teknik menambung ada tipsnya juga supaya kita tidak lalai dengan godaan di sekeliling kita. Antara cara menabung yang boleh kita lakukan adalah:
.
1. Mempunyai matlamat yang jelas
Ini akan menjadi satu matlamat yang amat penting bagi seseorang untuk mulakan menyimpan. Meletakkan matlamat yang jelas dalam menabung. Contohnya, menabung dengan tujuan mengumpulkan wang pendahuluan rumah, menabung untuk membeli tanah dan sebagainya. Sebab itu matlmat tu penting supaya kita terus istikomah dalam menabung.
.
Bila ada matlamat yang jelas, ia akan membantu kita untuk terus fokus dan sentiasa bekerja keras untuk mencapai matlamat kita. Kaedah ini juga akan jauh lebih berkesan daripada menabung tanpa tujuan atau keinginan yang kuat dalam diri kita.
.
Tidak ada salahnya menulis dan menampal matlamat kita pada dinding di ruang tidur kita. itu bertujuan untuk mudah dilihat dan supaya kita bermotivasi serta membuat kita sentiasa ingat akan tujuan kita.
2. Tetapkan jumlah wang yang hendak disimpan
Setelah meletakan matlamat, jumlah simpanan adalah satu perkara lain yang mesti kita jelaskan sejak awal. Ini akan membantu kita mendapatkan bayangan yang paling tepat tentang bila dan bagaimana menyimpan ini dapat membantu dalam memiliki rumah idaman.
.
Pengiraan kewangan yang betul dan jelas, termasuk menentukan berapa simpanan yang dapat kita simpan dari gaji bulanan kita juga sangatlah penting. Kawal lah pembelian yang tidak perlu untuk kita gunakan supaya ia tidak membebankan kita dalam usaha menabung. Selain itu juga, jumlah simpanan yang terlalu besar dan tidak seimbang juga akan mengganggu perancangan kewangan kita.
.
3. Selesaikan Hutang Yang Ada
Sekiranya kita masih mempunyai hutang, seeloknya selesaikan dahulu supaya kita tidak terasa beratnya beban. Bila hutang sudah selesai baru seronok untuk menabung dan prosesnya lebih mudah dan cepat.
.
4. Simpanan dalam bentuk emas
Emas adalah satu bentuk pelaburan / simpanan yang tidak dipengaruhi oleh kenaikan inflasi sehingga nilainya cenderung stabil. Simpanan emas ini adalah simpanan jangka masa panjang malah simpanan emas ini tidak akan rugi kerana bila – bila masa sahaja boleh di jual kerana permintaan emas sekarang amatlah tinggi.
.
Namun, jangan lupa untuk selalu belajar dan mengetahui dengan jelas mengenai selok-belok pelaburan emas secara terperinci terlebih dahulu. Ini untuk elakkan diri dari di tipu oleh mana2 pihak sekiranya kita tiada ilmu tentang emas.
.
5. Hidup sederhana dan berjimat cermat
Menjalani gaya hidup yang berjimat cermat adalah sesuatu yang agak sukar dilakukan, terutama jika kita terbiasa mengeluarkan wang tanpa pengiraan yang jelas dan betul.
.
Jangan sesekali kita memandang rendah akan kehidupan berjimat cermat kerana ia dapat membuat kita bebas dari masalah kewangan dan hutang pada masa akan datang. Biasakan diri untuk selalu menjalani gaya hidup yang berjimat cermat agar sebahagian wang kita dapat disimpan.
.
6. Menyimpan dalam Bentuk “Rumah”
Ini boleh menjadikan kita lebih bersemangat dan bermotivasi untuk hidup dalam berjimat cermat dan kewangan yang baik. Kerana wang yang kita terima dapat dijadikan ansuran untuk membina rumah. Contohnya, simpan dan bayangkan jika kita membayar bumbung hari ini. Esok pula untuk membayar dinding dan selebihnya.
.
Tapi kena ingat bahawa untuk memiliki rumah kenalah mempunyai ilmu hartanah yang betul supaya kita tidak tertipu dengan janji2 manis. Jika mahu belahar ilmu hartanah denga betul dan pratikal boleh klik di link ini >>> http://pejuanghartanah.com/mph2021newbies/?ls=2761 <<<.
.
Kesimpulannya, jika kita lakukan aktiviti menabung ini dengan komited insyaallah seuatu hari nanti kita akan Berjaya dapatkannya. Jadi Ahyat doakan semoga korang disiplin dan fokus dengan matlamat yang korang tanam dalam diri supaya satu hari nanti korang dapat apa yang korang impikan itu.

Rujukan

1.https://www.cermati.com/…/11-cara-cerdas-menabung-untuk…
2.https://gilahartanah.com/4-cara-dapatkan-duit-beli-rumah…/
3.https://www.qoala.app/…/panduan-cara-menabung-untuk…/

Jun 5,2021

KLIK DI SINI DAN DAFTAR DI WEB PEJUANG HARTANAH! DAPAT ILMU KEWANGAN DAN HARTANAH!! FREE JERRR!!

Tag:

Kongsikan Artikel Ini Di Media Sosial:

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp