fbpx
Friday , May 24 2019
Home / Kewangan / 7 Cara Konsisten Dalam Urus Kewangan

7 Cara Konsisten Dalam Urus Kewangan

Macam mana nak pastikan kedudukan kewangan korang sentiasa dalam keadaan terurus?

Korang mestilah selalu konsisten dalam perkara-perkara ini, berdasarkan tips yang diberikan oleh Mak Jerung:

7 CARA KONSISTEN DALAM URUS KEWANGAN

1. Konsisten bayar hutang. Elak rekod CTOS dan CCRIS yang teruk supaya mudah buat OPM.

2. Konsisten bayar zakat. Ada 2 pilihan sama ada nak 2.5% daripada gaji kasar (gross salary) atau 2.5% daripada gaji bersih (net salary).

3. Konsisten beri allowance pada ibubapa.

4. Konsisten bersedekah. Boleh buat 1.5% daripada gross salary atau 1.5% daripada net salary.

5. Konsisten bayar cukai. Jika individu, Potongan Cukai Berjadual (PCB). Enterprise, CP500. Sdn Bhd, CP204. Bulan ni bulan bayar cukai ya. Jika enterprise, tunggulah bulan 6 hingga bulan 7 nanti.

6. Konsisten menyimpan. Kena disiplinkan diri untuk menyimpan supaya senang dikemudian hari.

7. Konsisten melabur. Menyimpan tapi tak melabur adalah rugi. Mulalah melabur di Unit Trust, ASB, TH, Property dan sebagainya. Tapi kena ada ilmu. Jangan semberono. Nanti tersontot akan susah.

Cara-cara di atas tadi adalah perkongsian daripada Norriza Muhamad Yusof atau lebih mesra dikenali sebagai Mak Jerung yang dah 17 tahun dalam bidang pengurusan kewangan.

KLIK DI SINI DAN DAFTAR DI WEB PEJUANG HARTANAH! DAPAT ILMU KEWANGAN DAN HARTANAH!! FREE JERRR!!!


PERHATIAN: Pejuang Hartanah tidak bertanggungjawab terhadap komen yang ditulis melalui laman sosial media facebook ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun fb dan tidak semestinya menggambarkan pendirian penulis. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

KOMEN PANDANGAN & PENDAPAT ANDA DI BAWAH:

About Ieza Yusof MJ

Ieza Yusof MJ
Pakar Kewangan No 1 Malaysia - Mentor Pejuang Hartanah.

Check Also

Benarkah ‘Duit Tepi’ Suatu Strategi Bantu Permohonan Loan Rumah Korang?

Pada perkongsian artikel yang lepas kita dah sentuh mengenai topik sebab-sebab permohonan loan rumah kena …