fbpx

97% Penjawat Awam Berhutang

Sumber : Jabatan Akauntan Negara Malaysia & Bank Negara

Zaman sekarang adalah zaman hidup dalam berhutang.. betul ke? Kita tak boleh lari dari hutang!

Sebanyak 1.26 juta daripada jumlah keseluruhan 1.6 juta penjawat awam di seluruh negara iaitu 97 peratus dilaporkan mempunyai bebenan hutang atau pinjaman. Seperti yang dijangkakan, kadar hutang yang tinggi dalam kalangan penjawat awam bukanlah lagi suatu perkara yang baru dan mengejutkan.

Menurut laporan, penjawat awam membelanjakan lebih daripada separuh gaji mereka, hanya untuk membuat pembayaran hutang iaitu  hampir 47% pinjaman adalah jenis Consumption Loan seperti pembiayaan peribadi, kenderaan, kad kredit dan macam2 lagi. Dah jadi kebiasaan dalam kehidupan kita untuk kehendak2 peribadi seperti perbelanjaan terhadap handphone yang style, gajet yang mahal2, kereta mewah, lepastu tukar sportrim lagi.. pergi melancong dan macam2 lagilah dengan berhutang!

Dimata bank komersial pemohonan yang memiliki pembiayaan peribadi akan memberikan kesan negatif kepada kredit skor pemohon dan boleh menyebabkan permohonan pembiayaan mereka ditolak.

“Sebenarnya ramai penjawat awam yang tidak tahu bahawa mereka ada jalan keluar daripada syarat ketat bank komersial. Mereka juga ada peluang untuk memohon pembiayaan dari LPPSA.

Namun, masih ramai penjawat awam yang tidak tahu bahawa mereka boleh memohon pembiayaan LPPSA dengan senang dan selamat.

Satu lagi fakta yang menarik daripada kajian ini adalah bahawa 48% daripada semua penjawat awam menetap di 4 negeri utama iaitu Selangor, Kuala Lumpur, Penang dan Johor. Seramai 1.6 juta penjawat awam secara keseluruhan & hampir 800 000 berada di 4 negeri utama ini dan selebihnya berada di negeri2 lain.  39% berada di negeri lain2 lain dan 13% di Sabah & Sarawak.

Data ketiga daripada kajian ini yang mengatakan bahawa 63% penjawat awam berumur bawah 40 tahun. Hampir 48% adalah berumur 30 hingga 40 tahun. Manakala 15% lagi berumur bawah 30 tahun. Ini bermaksud penjawat awam masih ni ramai dalam golongan muda. Jadi topuplah ilmu hartanah ini di usia muda kerana sangat2 penting untuk kita belajar sekarang dalam usia yang muda. Yang berumur boleh belajar, yang penting niat kita ikhlas nak menimba ilmu!

TIPS KHAS UNTUK PENJAWAT AWAM

1. PENGURUSAN KEWANGAN. Kita mesti tahu urus kewangan. Mesti susun kewangan daripada awal. Sebagai contoh 4 bahagian iaitu 60% perbelanjaan, 10% ganjaran diri, 20% simpanan dan 10% perlindungan. Itu antara panduan yang selalu Ahyat gunakan untuk panduan anda susun kewangan. Yang penting, segala perkara berkaitan kewangan kita perlu urus dengan betul, bijak dan selamat!

2. PEMILIHAN LOKASI. Ada di antara Penjawat Awam ni, dalam jawatan mereka sendiri, mereka sering berpindah randah. So, diorang sendiri tak dapat kenalpasti lokasi mana yang sepatutnya mereka beli. So, anda boleh download STARTER PACK PENJAWAT AWAM untuk teropong sendiri PPAM (Perumahan Penjawat Awam) dan Rumah Mampu Milik terpilih.

3. KENALPASTI KELAYAKAN. Ramai juga penjawat awam yang tak pasti berapa kelayakan mereka. Dan apabila kadar hutang sperti pinjaman peribadi terlalu tinggi, ini akan menurunkan kadar KELAYAKAN penjawat awam untuk beli rumah. Ahyat dan team dah sediakan satu jadual Kelayakan khas untuk penjawat awam. Sumber rasmi daripada laman sesawang LPPSA.

Anda download di LINK INI dan tonton juga video yang telah disediakan. Video lebih daripada 60 minit antara Ahyat Ishak, Pengasas Komuniti Pejuang Hartanah & Pn Marissa Mamat seorang peguam yang telah berpengalaman berbelas tahun dalam bidang hartanah khususnya penjawat awam. Ahyat nak bagi free jerrrr untuk engkorang tonton!

Sumber Rujukan:

  1. https://www.thestar.com.my/business/business-news/2019/06/08/civil-servants-spend-more-than-half-of-salaries-on-repaying-debts
  2. http://www.anm.gov.my/index.php/utama

Tag:

Kongsikan Artikel Ini Di Media Sosial:

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp