Baru-baru ni Ahyat ada selesai sesi 1 to 1 coaching dengan pasangan doktor di Temerloh. Baru masuk umur 30 tahun. Beginilah kisah yang kita boleh teladani.
Kenapa Ahyat nasihatkan pasangan doktor ni jangan beli rumah kat Temerloh???
Setuju tak dengan point nombor 6 dan 10?
Ikuti siri segmen #NasihatAhyat episod pertama ini:
1. PASANGAN HIDUP ADALAH REZEKI?
Tak ramai benar-benar faham bahawa pasangan hidup ni adalah rezeki dan nikmat yang paling hebat Allah dah kurniakan kepada kita. Malangnya kita kadang-kadang kurang bersyukur. Dan bagi mereka yang dapat pulak pasangan hidup yang boleh duduk semeja bincang pasal hal kewangan dan pelaburan keluarga, itu adalah rezeki yang luarbiasa. Tahniah kepada pasangan doktor ni yang luarbiasa boleh berbincang hal kewangan dan pelaburan sama-sama.
2. BILA KERAK TAK BANYAK…
Haa! Bila kerak kewangan tak banyak, mudah untuk kita planning. Ramainya pasangan kat Msia ni yang banyak kerak-kerak dan kudis-kudis kewangan, so banyak masa akan terbuang bila nak kena buang dan bersihkan dulu kerak tu. Pasangan ni uruskan kewangan keluarga dengan baik. Ada kereta dibeli cash supaya tak menanggung beban loan bulanan yang terlalu berat. Belanja lain pun tak keterlaluan. Masih dalam range yg baik.
3. UNDANG-UNDANG AHYAT.
My first rule, jangan buat kesilapan kewangan masa muda.. or masa bila-bila! Kalau takda kerak kewangan pun tak senang nak susun strategi, apatah lagi kalau mula dengan banyak kerak dan kudis?
4. KALAU BANYAK KERAK PUN DONGIBAP.
Tapi bagi sahabat-sahabat kat luar sana, yang mungkin ada pernah buat kesilapan-kesilapan kewangan, itu normal sebenarnya. Pasangan doktor ni yang dianggap luarbiasa. Kebanyakan orang termasuk diri saya sendiri pun pernah buat kerak-kerak kewangan. Bohonglah kalau tak pernah. So, kalau ada kerak-kerak tu pun jangan putus asa. Ada je cara nak setelkan. Yang tu Ahyat akan kupas dalam posting lain.
5. KERJA DI TEMERLOH, TAPI…
Mereka berdua bertugas di Temerloh, dan tinggal di Temerloh. Anak-anak pun tadika di Temerloh. Tapi mereka berasal dari Selangor. Si suami berasal dari Semenyih dan si isteri berasal dari Shah Alam. Dan mereka berdua adalah doktor kerajaan. Boleh pindah-pindah hospital..
6. JANGAN BELI DI TEMERLOH???
Ahyat tak kata hartanah kat Temerloh tak bagus. Please ye. Ahyat kata, nasihat Ahyat kepada pasangan doktor ni supaya jangan beli hartanah kat Temerloh. Bukan kerana kat Temerloh tak bagus. Tapi tak bagus utk diri mereka! Nasihat Ahyat akan berbeza-beza, bukan kerana Ahyat ni suka tukar-tukar nasihat, tapi kerana kena ikutkan kesesuaian orang tu!
7. SOALAN YANG DOKTOR TAK BOLEH JAWAB.
Ahyat ada satu soalan yang Ahyat tanya yang mereka tak boleh jawab. Bukan soalan pasal ubat atau pasal hal-hal doktor, itu kepakaran mereka. Ahyat tanya, nak ending kat mana? Dalam erti kata lain, apakah rancangan hidup. Buat masa sekarang, anak-anak masih kecil. Bertugas di Temerloh ok je. Belum nak betul-betul decide nak pindah hospital ke. Maybe nak stay atau maybe nak balik ke Selangor.
8. KALAU DAH SURE PUN TAK SENANG.
So, Ahyat pun tak dapat nak berikan nasihat yg terbaik pasal strategi pemilikan hartanah kalau anda sendiri pun tak sure planning hidup anda. Masterplan hartanah kena design untuk family sendiri. Kalau destinasi kita dah sangat sure, nak sampai destinasi tu pun tak senang. Lagilah pula kalau kita tak sure.
9. NASIHAT AHYAT UNTUK TETAPKAN COG.
Antara 7 perkara dalam action plan ialah supaya pasangan ini rancangkan COG mereka. Apakah COG? Centre of Gravity. Manusia ni ada dua COG : 1) tempat tinggal dan 2) tempat kerja. Bagi mereka yang kerjanya selalu pindah-pindah, penentuan COG ni jadi rumit sikit banding dengan orang yang kerja tempatnya tetap.
10. BINCANG PUNYA BINCANG…
Akhirnya, setelah berbincang, Ahyat berikan kata putus supaya jangan beli di Temerloh atau mana-mana tempat yang mungkin mereka pindah nanti. Fokus kepada COG mereka di Semenyih atau Shah Alam. Ahyat tak nak nanti jadi macam sesetengah orang, yang pindah-randah tempat kerja, lepas tu akhirnya ada 3 rumah di 3 negeri berbeza. Akhirnya, 3 rumah tu jadi beban dan tak terurus kerana mereka dah pulang ke COG asal: pulang ke kampung di hujung usia. Benda-benda ni kena plan tau.
11. MAKSIMAKAN SETIAP SEN.
Masa sesi 1 to 1 tu pun Ahyat dapatkan TAI: Team Ahyat Ishak bantu semak perbelanjaan-perbelanjaan yang lain. Nampaknya ada beberapa polisi takaful yg tidak maksimakan perlindungan. Malah, ada juga yang tak cukup perlindungan. Bahaya bila nak buat hutang lagi untuk beli rumah. Ada jugak tabung-tabung lain yang belum lagi dimaksimakan. Bila duit kita terhad, kita kena hati-hati dengan setiap sen kita. Takaful hanya untuk protection. Kalau nak invest, kita invest betul-betul.
12. DOA AHYAT.
Ahyat berdoa agar pasangan doktor ini akan terus istiqomah dalam perjalanan mereka menyusun kewangan dan planning hidup mereka. Ahyat doakan agar segala usaha gigih dan gagah mereka dan jugak sahabat yang lain yang membaca artikel ini akan diberikan ganjaran kejayaan di dunia dan akhirat.
SELAMAT BERJUANG!
(12 Februari 2018)