Gaji RM2000 Ke Bawah? Wajib Baca Ni Kalau Nak Beli Rumah!

Gaji RM2000 nak beli rumah?

Boleh ke tak boleh?

Izinkan Bella kongsikan pendapat Bella dari perspektif seorang banker yang hari-hari process loan orang lain untuk beli rumah, boleh?

Awas! Status ni panjang dan perlukan kesabaran tinggi untuk baca sampai habis.

Okay. Jawapan untuk topik di atas ialah BOLEH dan TAK BOLEH.

★ MACAM MANA JADI BOLEH?

1. Kalau takda komitmen langsung. Komitmen yang Bella maksudkan ialah komitmen kepada bank.
2. Harga rumah tu RM100k dan ke bawah. Kenalah cari betul-betul. Mungkin lokasi di ceruk dunia dan rumah lebih kecil dari 700sqf.

Jom kita draw down sikit:

Gaji RM2000 = Bersih dapatlah RM1,700.

Kalau dah tinggal RM1,700 jumlah yang layak loan sebenarnya hanya RM400.
(jika tinggal di urban atau town area maka bank ambil kira kos hidup RM1,300).

Bagi yang duduk kat kawasan separa town atau coastal, kos hidup lagi rendah RM1000 sahaja, so ada kelayakan loan tinggi sikit lah.

→ Makan – RM300.
→ Transport – RM250.
→ Tempat tinggal – RM200.
→ Utiliti – RM50.
→ Simpan – RM50.
→ Top up handphone – RM100.
→ Parents – RM200.
→ Entertainment – RM150.
Total = RM1,300.

Atas paper senang je oii nak plan tapi nak melaksanakannya memang hareyy kadang-kadang. 😂

Bella ambil secara kasar je ni sebagai contoh kalau hidup korang bosan takde wifi atau Astro dan lain-lain.

So, layaklah korang untuk loan:
RM400 = loan RM80k (guna formula Rules of 200).

Soalan mencabar?

SOALAN : Ada ke rumah below RM80k?

JAWAPAN : Ada! Kalau duduk Selangor cuba mohon rumah Selangorku yang Type A.
Syarat gaji RM3k – RM5k per household kalau tak silap Bella.
Rumah size 670sqf, harganya open RM42k. Ada di Setia Alam, Kajang lagi tak perasan kat mana.

Tapi korang cubalah apply dulu. Mana tahu ada rezeki, kan?
Untuk harga RM42k ni kalau loan 90% bayaran bulanan baru je RM200++.
Bagi negeri lain kena rajin sikit buat survey Bella nak bagi contoh pun tak tahu sebab tak familiar.

Rumah subsale pun ada lagi. Tapi mungkin kat ceruk dunia.
Kat Shah Alam atau kat KL memang susah sikit nak dapat unless kalau berani masuk pasaran lelong.
Itu pun agak susah nak cari kat kawasan hot.

SOALAN : Macam mana pulak bagi yang gaji RM2000 tapi dah ada komitmen?
Bella faham bagi lepasan universiti yang baru je melangkah keluar dah terbeban dengan hutang PTPTN.
Boleh ke beli rumah?

JAWAPAN : Kita ambil situasi kat atas tadi. RM400 untuk bayaran loan.
Tapi yang ni kes ada hutang PTPTN katakanlah RM200.
So, ada baki RM200 lagi untuk layak loan (nak bayar loan rumah).

Rumah apa yang dapat? Kalau guna formula Rules of 200, harga rumah yang layak ialah RM40k je.
Mana nak cari, kan?

Untuk soalan ni jawapannya ialah TAK BOLEH, kalau dia buat loan atas nama sorang.
TAK BOLEH kalau dia duduk di bandar (KL, Shah Alam, PJ, Subang dan lain-lain).
Tetapi BOLEH jika dia joint loan.
Atau dia duduk di area separa bandar atau kampung (tertakluk kepada kos hidup yang bank ambil kira).

→ Situasi 1 – Gaji 2k duduk dan kerja di Kuala Selangor.
→ Situasi 2 – Gaji 2k duduk dan kerja di Shah Alam.
Ni 2 situasi yang berbeza dengan komitmen yang sama, sorang boleh beli rumah bawah RM100k, sorang lagi tak boleh.

Setakat ni faham?

Okay ni point nombor 1. Kita masuk point nombor 2 pulak.

★ MACAM MANA JADI TAK BOLEH?

Kita ambil kira situasi yang sama kat atas tadi ya.

Gaji RM2k tapi hutang PTPTN je dah RM300 sebulan.
Nak bayar motor (Aeon Credit contohnya) RM200 sebulan. Duduk pulak kat bandar.

So, komitmen yang bank ambil kira RM500. Sedangkan, kelayakan bayar loan cuma RM400.

So, dah jelas lagi bersuluh tak layak pinjam loan rumah.
Memang kena tangguhkan dulu hasrat nak beli rumah. Sorry!

Faham sangat dengan situasi anak muda yang tersepit dengan hutang PTPTN, hutang MARA, nak bantu keluarga dan lain-lain.

Percayalah I’ve been there. Sedih tau. Sob sob 🙁

So, kalau korang kerja kat tengah-tengah kota metropolitan, dengan gaji RM2k tu memang agak sukar untuk beli rumah.

Tapi Bella nak ingatkan TAK MUSTAHIL kalau korang betul-betul rangka perbelanjaan dan jimat tahap haji bakhil.

Soal pada diri korang : SANGGUP atau TAK SANGGUP?

Okay…

Bila dah baca yang kat atas ni mesti ada rentetan soalan kan?

1. Kalau takda siapa yang boleh joint loan macam mana?
2. Kalau takda deposit rumah macam mana?
3. Kalau dah ada hutang PTPTN Diploma/Degree macam mana?
4. Kalau tak jumpa rumah murah macam mana?
5. Kalau nak beli kereta/motor dulu boleh ke?
6. Kalau tak sanggup hidup berjimat tahap haji bakhil macam mana?
7. Kalau tak pergi bandar nanti takda kerja. Peluang kerja kat bandar lagi tinggi dari kampung.
8. Kalau… Kalau… Kalau…

 

KLIK DI SINI DAN DAFTAR DI WEB PEJUANG HARTANAH! DAPAT ILMU KEWANGAN DAN HARTANAH!! FREE JERRR!!!

 

Bagi Bella simple je.

Kalau dah terlalu banyak KALAU nya, jangan beli rumah dulu. Niatkan dalam hati dulu.
Kenapa niat ni penting? Sebab at least kita ada goal dan matlamat kita.

Kena faham, rezeki setiap orang tak sama weiii.

Kalau kau gaji RM2k dapat kerja kat Shah Alam, abang bagi pinjam motor atau kereta buruk untuk kau bawak pergi kerja.
Lagi kau pulak mak ayah pun duduk di Shah Alam, so boleh jimat tahap dewa bab sewa rumah dan bab makan.

Tapi kalau kau gaji RM2k, mak ayah duk jauh nun di kampung, adik-adik masih di sekolah lagi nak kena tanggung perbelanjaan keluarga.

Faham tak apa yang Bella cuba nak sampaikan ni?

Pada korang yang dah bekerja tapi gaji masih tak tinggi tapi komitmen (kos hidup) makin tinggi.
Ada pulak keinginan nak beli rumah tapi ukur poket masih tak mampu walaupun on paper bank kata layak rumah murah RM42k.
JANGAN BELI.

Mesti korang fikir Bella ni nak galakkan beli rumah ke tak nih?? 😂😂

Bukan sebab apa. Kalau korang sama macam kat situasi atas. Korang perlukan satu perkataan yang simple tapi berat : NEKAD.
Kalau tak betul-betul nekad, percayalah end up korang akan mengeluh.
Pastu culas bayar pada bank yang mana akhirnya akan beri lebih banyak keburukan!

Habis tu? Takkan nak menyewa sampai tua??

1. Kemaskini kewangan dan perbelanjaan dulu.
2. Belajar asingkan dan simpan duit (MESTI NEKAD).
3. Tetapkan hati.
4. Bincang dengan ahli keluarga yang lain. (Kalau dah berkahwin, bincang dengan pasangan. Kalau belum tanya pendapat mak ayah).
5. Kalau dah cukup NEKAD, pergilah walk in ke setiap bank untuk check kan kelayakan.
6. Doa! Minta pada Allah. Dia kunci segala hal.

Bagi adik-adik yang rekod CCRIS dia dah menjadi mangsa PTPTN, gaji starting kecil tapi nak beli rumah, jangan risau.

Belajar simpan duit secara tetap setiap bulan dulu. Percaya pada rezeki.

Kalau tahun pertama tak beli rumah, tahun kedua ketiga dan seterusnya ada.

Nak pakai kereta besar, baru dan mahal boleh… silakan…
Penat weii belajar bertahun, end up kena naik bas atau uber ataupun motor.

Percayalah keinginan kita lain-lain. Kalau rasa nak beli rumah bila gaji dah cecah RM10k nanti, takda masalah pun.
Siapa yang kisah?

Bella ke? Tak kisah langsung. Korang punya poket, korang punya hard earn money.

Ok back to gaji RM2k nak beli rumah ni.
Bella minta maaf sebab guna gaji RM2k ni ya.

Kepada semua yang bergaji RM2k ataupun kurang tapi tak mampu lagi beli rumah, jangan kecil hati dengan artikel Bella ni.
Bella cuma suarakan pendapat je.

Pesan Bella, jangan berhenti berharap untuk miliki rumah sendiri.
Bella tau memang mencabar giler dengan keadaan ekonomi kita sekarang. Bella faham benar, tapi jangan gusar.
Percaya pada rezeki kita.

Kadang kita tersepit dengan keinginan diri sendiri dan tanggungjawab kepada keluarga. Betul?

Okay panjang pulak. Mesti boring baca, kan?
Hahaha. Apa pun, all the best untuk kita semua. Semoga kita dapat atasi keadaan ekonomi kita sendiri. 💪🏼💪🏼

Selamat Berjuang!

Chop! Ini sekadar pendapat Bella bersama contoh-contoh pengiraan kasar. Okay?

Love,
Bella

 

KLIK DI SINI DAN DAFTAR DI WEB PEJUANG HARTANAH! DAPAT ILMU KEWANGAN DAN HARTANAH!! FREE JERRR!!!

 

Tag:

Kongsikan Artikel Ini Di Media Sosial: