Jangan Pernah Lupa Asal Usul Kita


Makin hebat pencapaian kita, sepatutnye
makin kita rendah diri dan bersyukur

Musim raya ni sangat best kerana kita dapat melawat kembali kampung halaman dan melihat kembali dari mana semuanye telah bermula. Tak kiralah apa-apa kejayaan yang kita dah kecapi, tak kiralah ke mana-mana tempat di dunia yg kita dah pergi, tak kiralah hebat mana pun kita.. kita kena selalu ingat asal usul kita.

Ada sesetengah orang, lagi tinggi pencapaian hidupnye, lagi bongkak dan lupa diri. Tapi bagi mereka yg ikut resmi padi, lagi hebat lagi rendah diri ni, selalunye orang- orang yang selalu ingat asal usul mereka.

Di sinilah di mana semuanye bermula. Rumah Atok Baharum di Lenggeng Negeri Sembilan. Rumah yang membesarkan 11 orang anak. Atok dan nenek orang susah tapi keluarga dibesarkan dengan penuh kasih sayang dan penekanan kepada cemerlang. Bukan sahaja cemerlang dalam pelajaran tapi juga dalam segala sudut.

Bila kita mengimbau kembali asal usul, kita pasti rasa bersyukur dengan apa ysng kita ada sekarang. Takkan sempat nak rasa bongkak dan nak komplen. Pasti juga berlaku satu letusan semangat yang luarbiasa pasti berlaku. Jom kita berjuang seluruh jiwa raga untuk pastikan kita jadi kuat, jadi kaya, jadi berjaya dunia akhirat. Kita nak cepat2 jadi kuat kaya berjaya supaya dapat bantu dan bahagiakan orang-orang yang tersayang.

Kita nak memberikan yang terbaeks bagi orang-orang tua kita supaya mereka dapat sentiasa doakan kejayaan kita. Doa mereka itulah yg barangkali diangkat dan dimakbul Allah. Semoga kita dapat sama2 jaga keramat hidup kita semua.

SELAMAT BERJUANG!

 

KLIK DI SINI DAN DAFTAR DI WEB PEJUANG HARTANAH! DAPAT ILMU KEWANGAN DAN HARTANAH!! FREE JERRR!!!

Tag:

Kongsikan Artikel Ini Di Media Sosial: