fbpx

Alamak! Rumah Tak Lawa Macam Pemaju Janji Dalam Brosur!


Apakah hak kita sebagai pembeli?

Ahyat biasa jugak dengar keluhan pembeli. Ada yang komplen rumah yang dia beli tu tak lawa macam dalam brosur. Kemudahan tak siap seperti yang dijanjikan. Apa yang pemaju janji tu diorang tak siapkan. Apa sebenarnye hak kita?

1. Tak ramai yang tak tahu bahawa undang-undang menhendaki setiap pemaju memberikan maklumat yang tepat dalam segala iklan mereka. Iklan bagi pemaju termasuklah brosur! (Rujukan 1)

2. Kalau ikut undang-undang, maklumat-maklumat yang nak ditulis dalam iklan-iklan itu kena dapatkan kelulusan Controller of Housing di bawah KPKT. (Rujukan 2)

3. So false representation atau ada maklumat yang salah, dianggap satu kesalahan. Kalau disabit kesalahan, boleh didenda tak melebihi rm50k atau penjara kurang 5 tahun atau kedua- duanye sekali. So kira berat jugak la tu kan? (Rujukan 3)

4. Walaupun perkara-perkara yang ada dijanjikan oleh pemaju tu takde dalam S&P yang kita sign, tapi ada dalam brosur, ia dianggap sebagai janji yang perlu ditepati jugak kerana brosur itu perlu dibaca bersama S&P tu. (Rujukan 4)

5. Tapi semua ni pun nak kena dibuktikan dalam mahkamah dan hanya bila menang kes, barulah pembeli boleh dapatkan gantirugi. So berapa la orang yang sanggup bersusah payah dan nak tanggung kos-kos ni semua. Selalunye kes0kes maklumat salah dan salah laku yang berskala besar je yang akan ada tindakan undang-undung. Banyak kes selalunye pembeli macam redha je.

6. Ada kes rumah tak lawa macam brosur. Ada kes gym dijanjikan tapi yang disediakan tu kosong je. So dalam kes-kes macam ni memang pembeli rasa tertipu dan teraniaya. Rupe-rupanye benda-benda macam common facilities ni ada dalam Jadual kedua Perjanjian Jual Beli atau S&P dan jugak DMC: Deed Mutual Covenants. So kalau kemudahan-kemudahan tu tak boleh digunakan oleh penduduk maksudnye itu bukan kemudahan la kan. Huhu!

7. Bila kita beli rumah ni, kita nak kena belajar undang-undang hartanah bukan untuk kita jadi peguam hartanah tapi sekadar nak tahu hak kita sebagai pembeli. Bila lebih ramai pembeli yang celik undang- undang hartanah, pemaju-pemaju pun akan lebih berhati-hati dan berjaga-jagalah supaya menepati segala janji-janji mereka.

8. Kalau anda ada apa-apa masalah beli rumah undercon nak buat apa? Boleh je buat aduan kepada TTPR: Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah (Rujukan 5). Ahyat ada sorang sahabat yg terlibat dan dia memang kata banyak kes-kes macam ni. Tak tahu siapa nak kesian. Pemaju pun kesian. Pembeli lagi lah kesian. Dan yang best nye ialah tribunal ni adil. Dia ikut hak masing.

9. Bukannye pembeli nak cari pasal. Sebenarnye kita just nak semua pihak jaga tanggungjawab masing-masing dan tahu hak masing-masing. Kan dunia ni aman kalau semua orang macam tu!

Ahyat doakan agar anda semua dapat pemaju n kontraktor yang bertanggungjawab. Semoga rumah-rumah yang anda beli tu semua dalam keadaan baik dan dapat apa yang pemaju janji. Semoga Allah mengelakkan kita daripada musibah dan pelihara kita dalam keselamatan dan kebahagiaan.

PEMAJU MANA YANG ENGKORANG KENAL, BILA SIAP PROJEK SAMA JE MACAM DALAM BROSUR. ADA KE PEMAJU MACAM NI?

Ogos 28,2019

 

KLIK DI SINI DAN DAFTAR DI WEB PEJUANG HARTANAH! DAPAT ILMU KEWANGAN DAN HARTANAH!! FREE JERRR!!

 

Rujukan:
1. Regulation 2, Housing Development (Control & Licensing) Regulations 1989 (HDCLR)
2. Regulation 6, HDCLR
3. Regulation 5, HDCLR
4. The Edge Markets 24 Aug 2019
https://www.edgeprop.my/…/157…/when-ad-considered-misleading
5. Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
http://www.kpkt.gov.my/index.php/pages/view/320
.
Gambar:
https://humans.media/everything-in-life-is-not-what-it-seems

Tag:

Kongsikan Artikel Ini Di Media Sosial:

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp