Kenapa ramai yang tak SUCCESS KEWANGAN tanpa sedar berpunca berlaku KEBOCORAN WANG disebabkan KEBERKATAN KEWANGAN hilang bile ramai yang tak bertanggungjawab menyelesaikan HUTANG PINJAMAN PENDIDIKAN ( PTPTN , MARA & JPA ).
Kenapa anak kita tak berapa nak BIJAK ! cuba fikir balik mungkin dosa kita as PARENTS dah nak masuk 40 pun hutang PTPTN masih tertunggak ? ? X bertanggungjawab nak bayar ! ! dengan alasan tak cukup duit nak bayar! ! komitmen tinggi, harga barag keperluan tinggi…Walhal HUTANG wajib bayar kot !
Dah menjadi trend hutang PTPTN nih sengaja tak dibayar oleh pelajar-pelajar selepas abis pengajian…Walhal dah start kerja, dah kawen dan ada yg beranak pinak hutang masih jumlah yang sama ! !
Bile nak buat pembiayaan rumah baru lah sibuk nak g ke PTPTN nak buat UJRAH bagai…hurmmmm
Mehlah kita set minda kita sebagai parents supaya nanti anak-anak kita tak perlu nak pinjam PTPTN dan buat Dosa…
MJ share 6 Tips camne nak elak pinjam PTPTN and kita siap sedia daripada sekarang !
TIPS 1
Simpan 20% daripada pendapatan bersih untuk TUJUAN PELABURAN supaya duit ini akan di gunakan sebahagian untuk kos PENDIDIKAN anak kite.
PENDAPATAN BERSIH bermaksud dah tolak 4 perkara wajib kite buat :-
1. KWSP
2. SOCSO
3. Zakat
4. Cukai
TIPS 2
Buat Xtra pendapatan contoh menjadi dropship, jual barang-barang borong dan jual loose, jual kacang dan sebagainya untuk menambah pendapatan untuk di simpan untuk persediaan PENDIDIKAN dan PERSARAAN.
cth :-
Jual kacang dengan keuntungan RM0.50 satu pax yang dihantar ke 20 restoren dengan andaian satu malam 30pax kacang dapat di jual selama 25 hari kedai dibuka.
= RM0.50 x 30pax x 20 Restoren x 25 hari buka kedai
= RM7,500 gross profit!
Wowwwwww ! !
TIPS 3
MJ Beli hartanah contohnya hartanah bernilai RM200K untuk disewakan sementara belum di jual. Sekarang anak berumur 6 tahun… 10 Tahun akan datang hartanah ini mungkin RM550K pada ketika anak berusia 16 Tahun…. Masih ada masa nak uruskan phase EXIT.
Beli hartanah ini memang purpose untuk persediaan dana pendidikan anak-anak…
Dengan deposit 10% – 15% ini adalah allocation untuk pelaburan kos pendidikan anak-anak nanti….dan pembayaran bulanan dibayar oleh penyewa…bijak kan ?
So nanti harga naik then boleh dijual dan masih ada masa dalam 2 tahun untuk pengurusan penjualan hartanah tersebut….
TIPS 4
MJ Didik anak-anak start berniaga dan mengumpul duit. Contohnya X-POSE mereka berniaga supaya breakthrough rasa MALU dan hasil berniaga simpan dan rewards diri mereka sedikit % daripada keuntungan berniaga.
Duit tersebut ajar disimpan dalam ASB atau Tabung Haji dan setiap kali dividen masuk tunjukkan pada diaorg…daripada situ datang semangat mereka nak tambah simpanan bile tiap-tiap tahun nampak duit FREE masuk iaitu DIVIDEN & BONUS.
TIPS 5
Kurangkan pembelian-pembelian yang tanpa sedar membocorkan kewangan sedangkan bajet tersebut boleh di simpan untuk persediaan Elak PTPTN kite seperti ,
1. Kerap makan di luar
2. Kerap SHOPPING ONLINE
3. Kerap pergi HOLIDAY
4. Kerap ke Shopping Mall
5. Kerap ke saloon, manacure padicure, dsb….
TIP 6
Duit sekolah, duit HARI RAYA, duit sedekah daripada atok nenek, semua duit nihh MJ slalu didik anak-anak untuk simpan, dalam 10% je asingkan untuk rewards diri…
6 Tips ni kalau korang buat inshaAllah bleh elak anak-anak daripada meminjam PTPTN yang mana kesan nya yang kita lihat sekarang ni agak kritikal. Dan Tips nih lebih kepada usaha bersama antara kite dengan anak2 kite…
Hope TIPS ni dapat membantu ! Jika korang rasa bermanfaat leh lah
Oct 1,2019
KLIK DI SINI DAN DAFTAR DI WEB PEJUANG HARTANAH! DAPAT ILMU KEWANGAN DAN HARTANAH!! FREE JERRR!!