Anak Muda Yang Bakal Graduate – Sila Amik Perhatian


Lumrah kehidupan ketika kita sedang BELAJAR.. kita akan nampak BEST-nya orang yang dah BEKERJA sebab tak perlu pening-pening nak pikir buku, nota-nota dan TEST ataupun EXAM.. Rasa serabut jer bila belajar nih.

Bila dah sampai semester Akhir, hati bercampur baur nak final exam tapi dalam masa yang sama pening dan risau nak cari kerja.. Cam mane nak jalani kehidupan di alam pekerjaan nanti.

Masa belajar ada juga alasan mintak duit dekat mak abah..
Ni tidak.. Bila dah sepatutnya kau dah boleh bekerja tapi kau TAKNAK atau MALAS nak kerja, dengan rasa tak malu dan slamber yerr, kau masih minta duit dekat mak dan abah.

Apa patut yang korang kena prepare kepala otak bila masuk dunia pekerjaan?

Berapa gaji permulaan sebagai FRESH GRADUATES?

Cukup ke gaji? Nak bagi elaun mak ayah, pikir nak tunang, pikir nak kawen, pikir nak beli kereta, pikir nak beli rumah.
aishhhh macam-macam kena pikir…

MJ nak throwback sikit apa yang MJ buat selepas abis belajar berkaitan dengan PEKERJAAN, PERANCANGAN KEWANGAN & PERNIAGAAN. MJ listkan kalau-kalau ada yang nak follow …

1. Tahun 2001, praktikal sebagai Account Assistant. Jual handphone ambik stok dari Seremban dan jual di KL. Dapat satu handphone untung RM50 jadilah tambah-tambah duit nak hidup di KL.

Join Multi Level Marketing ( MLM ) Amway. Abang yang ajak join nih pakai VOLVO masa tu. Manager di DRB Hicom. MJ kagum tengok kekayaan abang nih… tu yang join tuhhh… Usia 21 nak jual Amway kat siapa ? ? MJ sendiri tak mampu nak pakai barang-barang Amway tu.

Tapi pengalaman yang membuka mata MJ kepada dunia MLM dimana nampak depan mata Top-Top Sales tu pakai kereta mahal-mahal. Terkesima tengok mereka… kat bangunan PGRM tu la MJ hadir talk Amway tu..Nak bawak prospek pergi talk nak kena bayar untuk masuk…Jujur MJ kata, duit memang tak berapa nak ada..

Apa-apa pun tahniah AMWAY, brand yang sangat bertahan lama & mempunyai kualiti barang yang sangat kualiti. Cuma MJ tak de rezeki dalam AMWAY ketika itu….

2. Abis praktikal terus kerja sebagai pembantu akaun. Waktu kerja jam 9 pagi – 5 petang. MJ diterima bekerja di syarikat swasta dengan Gaji RM1,200/sebulan. Rasa berat.. bila gaji yang agak kecik tu.. tolak KWSP, SOCSO dah tinggal sikit je. Masa ni g kerja naik LRT dari stesen Kg Baru ke KLCC.

Takleh jadi nih.. duit yang ada pun terasa macam nyawa-nyawa ikan.. haha..
So, dengan adanya modal sikit MJ ke Jalan Tunku Abdul Rahman beli tudung-tudung dan baju kain ela untuk dijual. Wahhh tak sangka juga boleh dapat banyak juga untung menjual tudung & kain ela tu… Masa ni takde lagi jualan ONLINE, MJ jual OFFLINE je dengan kawan-kawan opis . Boleh buat tambah-tambah duit elaun mak ayah …Banyak juga duit hasil jualan yang MJ dapat Simpan..

3. Alahai nak TUNANG & KAWEN pulak… DUIT mana cukup kalau setakat bergantung pada gaji. Jualan tudung-tudung dan kain tak kan opis mate setiap bulan nak beli.. Huhu.. Camne ya nak tambah income ? ? Macam-macam bermain kat kepala otak pikir nak jual apa…

MJ Join bermacam-macam MLM untuk cari duit lebih. Muka dah tak rasa malu segan lagi .. Bila difikirkan semula, bagusnya MLM banyak mengajar MJ jadi tak tahu malu untuk promote dan jual apa-apa barang.

Eh eh susah jugak takde KERETA nih, gaji RM1,200/sebulan nak pakai kereta ? ? Bior betul ? ? aishhh memang takde jalan lain selain cari pendapatan tambahan lah….

Office Mate : Eh, u nak tak jadi ejen insuran ? Leh buat extra income.

MJ : Wahhh, macam mana tu ? I kalau leh dapat extra income i nak je…

Office Mate : U ambik exam untuk dapatkan Lesen. RM40 je …

MJ : Wahhh, RM40 je ? Ok i nak join !

Di sini lah permulaan minat MJ di dalam pengurusan Kewangan. Alhamdulillah MJ duduk dalam circle yang merancang kewangan. Jadi seawal umur 21 MJ dah ada xposure Ilmu Kewangan & Pelaburan.

Since daripada kecik MJ jual nasi lemak, ais krim , cendawan.. bila masuk U takde duit then berusaha juga jual macam-macam…bila dah zaman start kerja pun kena juga usaha jual macam-macam sebab banyak tanggungan nak di bayar….

Kalau hanya bergantung kepada 1 sumber pendapatan bila kita nak KAYA ? ?

Kalau kita tak usaha untuk cari pendapatan tambahan siapa pulak nak bagi kita DUIT ?

Alhamdulillah, dengan kesungguhan yang ada ketika itu MJ berjaya capai RM1Juta pertama pada tahun 2009. Kalau hanya bergantung kepada 1 sumber pendapatan MJ tak rasa MJ dapat capai pada usia 29 tahun.

Kalau korang perhatikan setiap masa MJ akan cari jalan nak tambah PENDAPATAN.

Bila dah ada SUMBER pendapatan, camne nak susun bagi duit tu beranak ? ?

Robert T Kiyosaki kata kalau nak KAYA kena CINTA 2 perkara :-

1. CINTA HUTANG
2. CINTA CUKAI

Robert T Kiyosaki jugak kata kalau nak CEPAT KAYA kena 2 PERKARA juga :-

1. BERNIAGA
2. MELABUR

BERNIAGA adalah sunnah Nabi Muhammad SAW .

MJ Kasaki pulak cakap kena cipta 3 MAGNET :-

1. MAGNET SIMPANAN
2. MAGNET HUTANG BAIK
3. MAGNET PELABURAN

MAGNET ni boleh di cipta dan di susun kalau ada PENDAPATAN masuk. Pendapatan SEDIKIT maka lambatlah nak kasi Booster. Pendapatan BANYAK dan dgn ILMU yang betul lagi cepat super duper BOOSTER….

So pesanan MJ kepada anak-anak muda yang akan masuk Alam Pekerjaan, jangan selesa dengan 1 sumber pendapatan. Cari sebanyak mungkin dalam tempoh kita mencari KARIER yang sesuai dgn diri kita.

AMACAM? DAPAT SESUATU TAK?

TAG & SHARE dkt kawan-kawan, sedare mare korang yang fresh graduate atau bakal graduate tak lama lagi tu.. Bior derang nampak perjalanan dalam alam pekerjaan selepas graduate bukan semuanya indah..

|Sept 30,2019

 

KLIK DI SINI DAN DAFTAR DI WEB PEJUANG HARTANAH! DAPAT ILMU KEWANGAN DAN HARTANAH!! FREE JERRR!!

Tag:

Kongsikan Artikel Ini Di Media Sosial: