RTO Rent To Own Ni Bagus Ke?


Belanjawan 2020 nak tolong orang muda?

RTO ni jadi trending balik lepas pembentangan Belanjawan 2020 Jumaat lepas. RTO: Rent To Own maksudnye kita sewa dulu kemudian kita boleh buat keputusan nak beli. So bagus ke idak? Kenapa pulak Ahyat risau? Awas sharing ni panjang. Baca sampai hujung!

1. So apa yg kita tahu tentang RTO yang diumumkan ni? Kerajaan akan kerjasama dgn institusi kewangan seperti Bank untuk menyediakan dana pembiayaan sebanyak rm10 billion untuk rumah rm500k ke bawah. So lebih kurang 20,000 pemohon ada peluang untuk dana ni. (Rujukan 1)

2. Dalam cadangan ini, pemohon akan sewa selama 5 tahun dan dia diberi pilihan untuk beli rumah tu pada harga yang telah ditetapkan pada masa perjanjian sewa ditandatangani pada awalnye.

3. Kerajaan pun akan beri pengecualian duti setem untuk urusan2 pemaju dengan bank dan juga antara bank dan pembeli.

4. 1st kita kena faham bahawa kjeraaan sebelum ni pun pernah cadangkan RTO ni dalam pengumuman bajet sebelum ni seperri dalam Bajet 2015 (Rujukan 2). Malah ada bank dan pemaju yang dah buat dah versi RTO mereka sendiri sekarangi. Ahyat pun pelik kenapa ada orang macam kali pertama dengar pasal RTO ni. Memang ramai yang tak tahu.

5. Bagus ke RTO ni? Bagi Ahyat konsepnye bagus la untuk orang yang takde cukup modal untuk deposit nak beli rumah. Sewa je dulu. Dalam 5 tahun kemudian, bila dah kumpulkan kejuatan kewangan nanti mampu je beli. So baguslah untuk orang- orang muda or orang- orang gaji kecik. Media melaporkan bahawa Belanjawan kali ni sangat mesra belia dengan adanye RTO dan Skim Rumah Belia dan lain-lain inisiatif. (Rujukan 3)

6. Tapi. Haa. Ada tapi untuk RTO ni. Soalannye RTO ni nak jadi penyelesaian kepada masalah apa? Masalahnye ialah rakyat mahukan rumah. Apakah keperluan rakyat? Keperluannye nak bumbung nak rumah untuk diri n keluarga. Rumah itu dibeli atau disewa adalah perkara kedua. Yang penting rakyat ada rumah.

7. Memang lagi best la kalau kita dapat beli rumah sendiri di tanahair sendiri tapi itu kalau mampu sahaja. Inilah pun perjuangan Ahyat nak bantu lebih ramai memiliki hartanah sendiri di tanahair sendiri. Tapi. Kalau tak mampu tak salah pun menyewa dulu. Mana ada negara yg 100% rakyatnye memiliki rumah sendiri. Inilah lumrah hidup. Bukan sahaja kat Malaysia tapi kat seluruh dunia.

8. So maksud Ahyat RTO ni bagus la ye? Belum boleh nak jawab bagus atau tidak. Bagi Ahyat, RTO ni macam penyelesaian sementara kepada masalah yang lebih besar. Apa masalahnye? Masalahnye rumah mahal dan pendapatan tak cukup. Ahyat risau RTO ni nanti hanya akan menolak masalah besar lambakan rumah tahun 2020 menjadi masalah lagi besar 5 tahun akan datang pada tahun 2025.

9. Banyak yang kita perlu perhalusi. Apakah terma2 RTO tu nanti? Berapakah harga sewa yang nak ditetapkan? Adakah jumlah itu sesuai untuk bayaran kepada bank yang menanggungnye selama 5 tahun tu? Berapakah harga beli yang akan dipersetujui bila mula sewa tu? Setelah tahun ke 5 tu, apa jadi kalau penyewa taknak beli? Tanggungjawab siapa untuk cari pembeli? Bolehkah sambung sewa? Sampai bila? Siapa pemilik rumah tu sebenarnye? Etc

10. Dan apakah rumah2 yang akan dimasukkan dalam skim RTO ni? Adakah rumah2 bawah rm500k dari lambakan rumah tak terjual tu? Atau open je? Kalau daripada lambakan rumah2 tak terjual tu bagus ke untuk pemohon? Ke dapat rumah basi yang memang dah overpriced daripada awal? Dapat rumah2 yang memang orang taknak beli sekarang?

11. Kerajaan dulu dan sekarang memang all out polisi2 untuk hartanah. Polisi2 ni antara nak bantu industri hartanah itu sendiri atau nak bantu merumahkan rakyat. Dua2 pun ada keperluannye dan kepentingannye. Dua2 pun perlu diperjuangkan tapi rakyat rasa tak best bila persepsi nampak lebih kecenderungan kepada nak membantu industri.

12. Ahyat risau RTO ni hanya beli masa. Sekadar melambatkan meletupnye masalah sebenar hari ini. Kalau skim ni bermula 1 Jan 2020. Tempoh 5 tahun akan tamat 31 Disember 2024. Pada tahun 2025 nanti, 20,000 unit rumah akan masuk balik dalam pasaran hartanah kerana penyewa2 dalam skim ni akan berdepan dgn keputusan untuk beli atau tidak. Apakah akan berlaku kalau 20,000 unit ni masuk kembali ke dalam pasaran? Walaupun ini sekadar satu kebarangkalian sahaja tapi kita kena fahami kenapa RTO ni boleh jadi satu skim yang beli masa dan menolak masalah ke 5 tahun akan datang?

13. Sekarang ni pun pasaran hartanah Malaysia sedang hadapi situasi lambakan rumah paling teruk dalam sejarahnye. Dalam keadaan macam ni pun pemaju tetap launching rumah2 baru. Kita boleh jangkakan mereka akan tetap launching lagi setiap tahun selama 5 tahun akan datang. Ada juga pengumuman 5000 unit rumah di Taman Rakyat di Bandar Msia. Tak termasuk rumah2 subsidi kjaan persekutuan dan negeri yang lain. Dan ada pulak binatang bernama RTO ni pulak.

14. Kerajaan all out nak bantu pemaju. Eh. Nak bantu rakyat. Eh. Nak bantu pasaran hartanah. Kjaan akan gerenti rm3b utk skim ini. Satu jumlah yang besar untuk bantu merumahkan rakyat kerana ini adalah antara isu besar dalam masyarakat kita. Tetapi, adakah ini akan terus memanjakan pemaju? Adakah pemaju akan belajar bina rumah ikut keperluan rakyat? Atau adakah masalah ni akan semakin kronik kerana industri tak belajar kerana Kjaan akan selalu backup?

15. Memandangkan inilah naratif baru pasaran hartanah di Malaysia, bagaimanakah anak2 muda nak buat keputusan hartanah? Nak beli ke nak sewa je dulu? Ini semua bergantung pada kedudukan kewangan mereka. Tiada siapa2 patut paksa anak2 muda beli rumah kalau mereka sebanrnye tak mampu.

16. Inilah perjuangan Ahyat dan team Pejuang Hartanah. Kami nak bantu anak2 muda kenalpasti kedudukan kewangan sebenar mereka sebagai persiapan membeli rumah. Kami nak bantu mereka buat kira kira hartanah mereka supaya benar2 tahu apa yang mereka layak, mampu dan selamat. Inilah yang kami bantu dalam group coaching PPK Program Persipan Kombat. Masih ada kekosongan sesi Oktober ni. Kalau ada yg nak tahu kesediaan mereka nak masuk perang dalam medan hartanah: jom komen: SAYA NAK KOMBAT.

Okt 15,2019

 

KLIK DI SINI DAN DAFTAR DI WEB PEJUANG HARTANAH! DAPAT ILMU KEWANGAN DAN HARTANAH!! FREE JERRR!!

Rujukan:
1. Teks Ucapan Belanjawan 2020 (Perenggan 160)
http://www.bnm.gov.my/index.php…
2. Teks Ucapan Bajet 2015 (Perenggan 150)
https://www.google.com/…/s/www.bharian.com.my/node/10769/amp
3. The Edge Markets
http://www.theedgemarkets.com/…/what-budget-2020-has-store-…
.
Gambar:
https://godiaperfree.com/resistance-my-baby-resists-the-po…/

Tag:

Kongsikan Artikel Ini Di Media Sosial: