fbpx

Ahyat Cadangkan Abang Ni Beli Rumah Kat KL Timur.. Tapi Ada 1 Syarat Yang Dia Tak Lepas


Ahyat ada 4 syarat wajib yang mesti lepas dari segi kewangan sebelum Ahyat nak bagi green light beli rumah. Abang ni sipi2 je lagi. Dan kalau dia lepas syarat tu, Ahyat nasihatkan dia beli kat satu lokasi ni.

1. Memang selalu students yang coaching dengan Ahyat akan kantoi part ni. Dia layak dapat pembiayaan untuk beli rumah tapi dia tak mampu. Ramai sangat orang yang macam ni. Sangat merbahaya!

2. Dua syarat lagi tu abang ni dah lepas. Dia dah selamat dan perikemarau dia dah cukup. Walaupun 3 daripada 4 syarat dah lepas tapi mintak maaf, masih sangat bahaya bila ada hanya 1 syarat je lagi tak cukup.

3. Ahyat pun ada lah bagi cadangan untuk susun semula kewangan dia supaya lebih bersedia beli hartanah. Ahyat tunjukkan cara nak tutup terus 2 personal loan dia dan daripada situ sahaja dah dapat cipta ibu duit setengah juta untuk persiapan anak2 masuk universiti.

4. Ahyat bagi satu cadangan yang sangat brutal: 2 orang anak abang ni Ahyat tak benarkan ambik hutang PTPTN. Kalau abang ni istiqomah dengan action plan ni, anak-anak dia boleh mulakan hidup selepas graduation tanpa sebarang hutang. Kalau tak dapat sediakan duit berpuluh ribu untuk anak-anak lepas universiti, bantu mereka mulakan hidup tanpa hutang pun dah sangat amazing kan!

5. Tempoh KBK abang ni lebih lama daripada tempoh 4G dia. Ini bermaksud abang ni nak kena all out kuatkan kewangan dia sebelum tempoh beban kewangan paling berat tu nanti. 4G ni maksudnye: Tempoh Gigih Gagah Gilerr Gilerr dan KBK: Kemuncak Beban Kewangan. 2 tempoh ni kita mesti kenalpasti supaya kita boleh rancang apa yang perlu dibuat.

6. Kalau dah susun balik kewangan ni, In Shaa Allah bpleh beli rumah. Tapi ini pun jadi cabaran. Dia kerja pindah2. Ahyat cadangkan dia beli dekat area KL Timur. Kenapa? Kerana isterinye kerja dekat2 situ dan sekarang mereka ada rumah kat situ.

7. Kita funakan formula COG: centre of gravity. Setiap manusia ada 2 COG. Kalau dah ada anak2 akan ada COG yang ketiga. So formula ni boleh bantu untuk pilih lokasi sesuai untuk beli hartanah. Tak semestinye nak ikut. Kerana ada je tempat2 lain anyg mungkin lebih banyak peluang. Tapi ia boleh jadi panduan terutama bagi orang baru dalam dunia hartanah.

8. Abang ni gembira bila dia dapat tahu apa yang dia perlu fokus. Dia lebih yakin dgn tindakan yang dia perlu buat selepas ini setelah dah buat kira-kira hartanah. Keyakinan tu dapat dicapai bila dah tahu apa yang kita benar2 layak, mampu, selamat dan berapa petikemarau kita yang secukupnye sebelum nak serang hartanah.

9. Ahyat akan ada sesi Group Coaching kedua untuk bulan ini pada 30 November di office Ahyat di Fraser Business Park KL. Bagi sahabat2 yang nak dapat keyakinan ini, sila komen: SAYA NAK dan team akan reply dengan step seterusnye.

Ahyat doakan anda semua diberikan ketenangan dan keyakinan dalam membuat keputusan kewangan dan hartanah.

Nov 4,2019

 

KLIK DI SINI DAN DAFTAR DI WEB PEJUANG HARTANAH! DAPAT ILMU KEWANGAN DAN HARTANAH!! FREE JERRR!!

Tag:

Kongsikan Artikel Ini Di Media Sosial:

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp