Kenapa anda mesti kenal graviti hartanah?
Fuyoh. Lain macam bunyi ni. Apa pulak Ahyat cerita pasal Graviti Hartanah ni pulak. Apakah? Ahyat share 8 tips ni..
1. Lokasi kita beli hartanah ni penting. Kalau salah pilih lokasi, hidup jadi stress. Kalau betul pilih lokasi, hidup jadi bahagia.
2. Pilihan lokasi ni jugak bergantung pada matlamat kita beli rumah tu. Adakah utk duduk sendiri atau utk pelaburan. Mungkin kalau beli utk pelaburan, pilihan lokasi tu boleh jadi lebih meluas.
3. Ada guru2 otai yang ajar 3 perkara penting tentang hartanah: lokasi, lokasi, lokasi. Ahyat setuju dan tak setuju. Bagi Ahyat, lokasi tu penting tapi bukan segala2nye. Kira2 hartanah pun sama penting, kalau tak lebih penting actually.
4. Setiap manusia ada 2 pusat graviti dalam pemilihan lokasi utk beli rumah. Ini Ahyat namakan: COG Centre Of Gravity. COG1 Tempat tinggal dan COG2 Tempat kerja. Dan bagi mereka yang dah ada anak-anak COG3 Tempat aktiviti anak2 seperti sekolah etc.
5. Pemilihan lokasi kita akan banyak tertarik dengan 3 graviti ini. Kenapa? Kerana kita familiar atau kita biasa dengan tempat2 tu. Tapi adakah tempat2 yang kita biasa tu adalah tempat2 yang terbaeks? Ini pun kena kaji dari sudut booster dan kira kira hartanah.
6. Booster hartanah ni sekadar menunjukkan jika lokasi tu strategik atau tidak. Ada 10 boosters yang Ahyat kaji. Dan ini main peranan kepada pilihan lokasi kita.
7. Booster ni boleh buat kita terlebih teruja atau syoksendiri masa beli rumah. Untuk bantu kita sedardiri dan buat keputusan yang bijak masa memilih lokasi, kena buat kira kira hartanah. Kira2 ni pun ada 2: kira2 diri sendiri dan kira2 hartanah itu.
8. Bila kita dapat cantumkan pemilihan dari segi geografik dan matematik: barulah kita akan beli rumah dengan bijak selamat dan bertanggungjawab.
PROGRAM GRAVITI HARTANAH
Ahyat nak jemput sahabat-sahabat yang berminat nak beli rumah untuk datang dulu sedut ilmu hartanah yang super power tahap otroman daripada Ahyat n Hasnain Ahad ni Cheras KL.
Tarikh: Ahad 17 November 2019
Sesi 1: 12pm – 1pm (Ahyat)
Sesi 2: 1pm – 2pm (Hasnain)
Tempat: YouCity Gallery, Cheras
Boleh daftar secara percuma di link berikut:
Https://pejuanghartanah.com/gravitihartanah
Ahyat akan dedahkan 3 tips penting untuk beli rumah dengan selamat. Banyak bahaya nak beli rumah sekarang. Tapi banyak je peluang2 yang best. Kalau tahu 3 perkara ni In Shaa Allah selamat!
Hasnain akan bongkarkan tips penting untuk anak2 muda beli rumah pada usia muda. Adakah perlu beli rumah masa muda2 ni? Apakah step by step yang kena buat? Ikut tips dia masa dia beli rumah pertama dia tahun lepas masa berumur 24 tahun.
So jumpa anda semua Ahad ni ye!
Nov 13,2019
KLIK DI SINI DAN DAFTAR DI WEB PEJUANG HARTANAH! DAPAT ILMU KEWANGAN DAN HARTANAH!! FREE JERRR!!