Untuk Radar Hartanah kali ini, jom kita lihat Senarai Top 10 lokasi Panas Apartment Di Negeri Selangor.
Selain rumah teres, apartment atau pangsapuri juga merupakan pilihan bagi ramai rakyat Malaysia ketika membeli hartanah kediaman. So, Ahyat & Team nak kongsi dengan engkorang data ini.. Semoga berguna untuk tahun 2020 ni!
JUMLAH TRANSAKSI
Hasil kepesatan negeri Selangor dari segi ekonomi menyumbang ke arah perkembangan pasaran hartanah di negeri tersebut.
Berdasarkan data yang dicatatkan bagi tahun 2019 (Januari 2019 hingga Disember 2019), jumlah transaksi jual beli apartment, iaitu sebanyak 2,759 transaksi.
HARGA MEDIAN
Dari segi harga median (harga tengah) pula, rumah jenis apartment di negeri Selangor berada pada harga RM250,000.
Manakala, harga median bagi sekaki persegi (psf) pula adalah pada RM288 psf.
Jom kita lihat senarai top 10 lokasi hartanah kediaman jenis apartment di negeri Selangor berdasarkan jumlah transaksi pada tahun 2019.
TOP 10 LOKASI PANAS APARTMENT DI NEGERI SELANGOR MENUJU 2020 (JANUARI 2019 – DISEMBER 2019)
1. Flora Damansara Apartment Damansara Perdana Selangor
Bilangan Transaksi: 52
Harga Median: 282,500
Harga Median Psf: 324
Jenis Pegangan: LEASEHOLD
2. Mentari Court Serendah Selangor
Bilangan Transaksi: 41
Harga Median: 300,000
Harga Median Psf: 387
Jenis Pegangan: LEASEHOLD
3. Dahlia, Serendah Selangor
Bilangan Transaksi: 31
Harga Median: 95,000
Harga Median Psf: 136
Jenis Pegangan: LEASEHOLD
4. Rista Villa Puchong Selangor
Bilangan Transaksi: 25
Harga Median: 130,000
Harga Median Psf: 215
Jenis Pegangan: LEASEHOLD
5. Vista Seri Putra Bangi Selangor
Bilangan Transaksi: 22
Harga Median: 265,000
Harga Median Psf: 297
Jenis Pegangan: LEASEHOLD
6. Amazing Heights Klang Selangor
Bilangan Transaksi: 21
Harga Median: 230,000
Harga Median Psf: 260
Jenis Pegangan: LEASEHOLD
7. Seri Intan Setia Alam Selangor
Bilangan Transaksi: 21
Harga Median: 283,000
Harga Median Psf: 341
Jenis Pegangan: LEASEHOLD
8. Seri Bestari Ulu Bernam Selangor
Bilangan Transaksi: 21
Harga Median: 110,000
Harga Median Psf: 115
Jenis Pegangan: LEASEHOLD
9. Perdana Villa Klang Selangor
Bilangan Transaksi: 20
Harga Median: 202,500
Harga Median Psf: 211
Jenis Pegangan: LEASEHOLD
10. Residensi Warnasari 3 Puncak Alam Selangor
Bilangan Transaksi: 20
Harga Median: 162,500
Harga Median Psf: 217
Jenis Pegangan: LEASEHOLD
KLIK DI SINI DAN DAFTAR DI WEB PEJUANG HARTANAH! DAPAT ILMU KEWANGAN DAN HARTANAH!! FREE JERRR!!
Nota:
1. Hasil analisa adalah berdasarkan parameters pada masa kajian.
2. Nilai-nilai yang dinyatakan dalam artikel Radar Hartanah ini hanya sebagai rujukan am sahaja. Sila dapatkan nilai dari juru nilai yang bertauliah.
3. Gambar-gambar adalah sebagai contoh am sahaja dan tidak menunjukkan rumah-rumah sebenar yang disebut dengan nilai-nilai tertentu.