Gaji Besar Tapi Takde Savings? Selagi Tak Ubah Tabiat Kewangan Memang Bahaya Kalau Nak Beli Rumah

Korang kena dengar nasihat Ahyat untuk sorang aweks ni yg nak beli rumah pertamanye tahun ni. Chekidaut.

1. Ramai jugak yg Ahyat jumpa sekarang ni, gaji not bad tapi takde savings. Ini adalah petanda awal bahawa bahaya kalau nak beli rumah. Mana taknye, kalau sebelum ni pun takde duit extra utk savings, ni kan nak menanggung beban bayaran pembiayaan rumah bulanan

2. Kenapa Ahyat tak guna perkataan #komitmen bulanan tapi Ahyat gunakan perkataan #beban? Kerana nak otak kita faham bahawa bayaran pembiayaan rumah ni satu beban yg perlu ditanggung. Bila kita dah sign semua dokumen2 tu nanti, beban tu perlu ditanggung oleh diri kita dan bukan orang lain buat satu tempoh masa berdekad lamanye.

3. Utk aweks ni, Ahyat serang isu ni je dulu. Kenapa dah kerja 10 tahun tapi takde savings? Kalau setahun simpan rm5k pun dah boleh ada rm50k savings. Tapi tak semua orang ada kemampuan menyimpan yg sama.

4. Apa yg Ahyat lihat, ada 2 sebab orang gaji besar takde savings. Sebab dalaman dan sebab luaran. Ada orang yg memang takde savings kerana takde tabiat kewangan. Belanja banyak sehingga tak sempat nak savings. Ada pulak yg disebabkan realiti hidup yg memaksa seperti menanggung mak ayah yg sakit, sekolahkan adik2.

5. Kenapa benda ni Ahyat attack dulu? Kerana tabiat kewangan kita ni menentukan kebolehan dan keselamatan kita bila nak beli rumah. Rumah ni memerlukan kira terikat dgn satu komitmen besar dan lama tempohnye.

6. Secara ringkasnye, kisah aweks ni kerana dia bergaji kecil sepanjang tempoh yg lama dalam 10 tahun dia bekerja dan hanya baru2 ni gajinye lebih baik. So sebelum2 ni memang tak dapat menyimpan kerana keadaan gaji yg tak mencukupi. Ok so itu Ahyat boleh terima.

7. Tapi aweks ni belum selamat lagi. Ahyat tanya dia berapa dia boleh saving bila gaji dia macam sekarang. So dia tak boleh bagi jawapan yg menenangkan hati. Basically, dia takde teknik savings. Itu pun bahaya jugak!

8. So Ahyat mintak dia ubah tabiat kewangan utk menyimpan dulu setiap bulan. Lepas tu barulah berbelanja apa yg perlu dgn apa yg tinggal setelah simpanan dah buat. Nilah apa yg mahaguru2 kewangan seluruh dunia ajar: pay yourself first! Simpan dulu, baru belanja. Bukan belanja dulu. Tinggallah sisa2 yg tak berapa ada tu utk simpan. Kemungkinan besar, takdelah simpanan lepas 10 tahun lagi!

9. Dan kalau dia boleh buat simpanan yg Ahyat mintak tu, guna #teknikkurakura sekalipun, aweks ni boleh ada #ibuduit sebanyak rm2juta masa dia nak bersara nanti. Ni belum kita turbo boost dgn hartanah. Itupun kalau buat dgn cara betul!

10. Buat masa sekarang, dgn pendapatan n perbelanjaan yg dia ada sekarang, #matematikhartanah dia memang membenarkan dia beli rumah. Kesemua 4 syaratnye lepas: #layak rm930k #mampu rm670k #selamat rm400k #petikemarau cukup 3 bulan.

11. So barulah syok nak shopping hartanah! Berdasarkan #cog: centre of gravity aweks ni, Ahyat nasihatkan kita pasang #radarhartanah di sebelah barat GKL: Greater Kuala Lumpur. Jenis hartanah dan harga pun Ahyat dah cadangkan. Serangan sedang dirancang.

11. Angka yg mana satu nak guna tu? Ofkos la angka yg selamat tu. Walaupun layak dia hampir rm1juta wo. Kan best bila tahu berapa yg betul2 selamat. So dalam #masterplanhartanah dia Ahyat aturkan 3 rumah dalam 4 tahun yg kalau diunjurkan secara konservatif akan bina ekuiti rm2.4juta. Kalau tambah dgn teknik kura2 tadi ibu duit dia boleh cecah lebih rm3juta masa target persaraan dia tu nanti.

12. Ni belum kira lagi planning family dia. Belum lagi kita buat sama2 dgn suami. Ledakan kuasa yg luarbiasa akan berlaku bila digandingkan sebagai pasangan suami isteri. Tapi ini pun kena ada planning yg bersepadu.

Semoga sahabat2 dapat manfaat drpd sesi sembang2 bincang2 hartanah ni. Tunggu case study lain setiap hari Isnin ye.

SELAMAT BERJUANG!

KLIK DI SINI DAN DAFTAR DI WEB PEJUANG HARTANAH! DAPAT ILMU KEWANGAN DAN HARTANAH!! FREE JERRR!!

 

Tag:

Kongsikan Artikel Ini Di Media Sosial: