Top 10 Rumah Teres Di Sabah Tahun 2020

EDISI RADAR HARTANAH pada kali ini, jom kita lihat Top 10 Rumah Teres di Sabah yang anda patut tahu! Ini berdasarkan jumlah transaksi untuk rumah teres tersebut & mengikut harga diantara RM150,000 hingga RM350,000. Berdasarkan data, lokasi paling banyak transaksi adalah di Sandakan.

JUMLAH TRANSAKSI

Berdasarkan data yang dicatatkan bagi tahun 2020 (Mac 2019 hingga Jan 2020), Transaksi Rumah Teres di Sabah adalah sebanyak 909 transaksi.

HARGA MEDIAN

Dari segi harga median (harga tengah) pula, rumah jenis Teres di Sabah berada pada harga RM330,000. Manakala, harga median bagi sekaki persegi (psf) pula adalah pada RM312 psf.

Bagi harga median untuk keseluruhan rumah teres di malaysia adalah RM290,000. Untuk harga median bagi sekaki persegi (psf) pula adalah RM@278 psf. Di selangor pula harga median untuk rumah teres adalah RM450,000 dan harga median sekaki persegi (psf) pula adalah RM375 psf. Manakala di Kuala Lumpur pula harga median rumah teres ialah RM735,000 serta harga sekaki persegi (psf) adalah RM539 psf. Di ikuti dengan perbandingan negeri johor, harga median rumah teres di negeri tersebut adalah RM365,250 dan harga median sekaki persegi (psf) pula adalah RM329 psf. Akhir sekali negeri Pahang, harga median rumah teres adalah Rm200,000 dan harga median sekaki persegi (psf) pula ialah RM224 psf.

Ayuh kita lihat senarai Top 10 Rumah Teres di Sabah yang anda patut tahu :

#1 TAMAN MAWAR (SANDAKAN)

Bilangan transaksi: 31
Harga median: RM250,000
Harga Median Psf: RM242
Jenis pegangan: Leasehold

#2 TAMAN INDAH JAYA (SANDAKAN)

Bilangan transaksi: 29
Harga median: RM320,000
Harga Median Psf: RM293
Jenis pegangan: Leasehold

#3 TAMAN KINARUT SELATAN (PAPAR)

Bilangan transaksi: 14
Harga median: RM180,000
Harga Median Psf: RM281
Jenis pegangan: Freehold,Leasehold

#4 TAMAN KUALA MENGGATAL (KOTA KINABALU)

Bilangan transaksi: 12
Harga median: RM250,000
Harga Median Psf: RM398
Jenis pegangan: Leasehold

#5 TAMAN APAS PERMAI (TAWAU) 

Bilangan transaksi: 12
Harga median: RM160,000
Harga Median Psf: RM235
Jenis pegangan: Leasehold

#6 TAMAN KHAZANAH INDAH (LAHAD DATU)

Bilangan transaksi: 11
Harga median: RM150,000
Harga Median Psf: RM222
Jenis pegangan: Leasehold

#7 TAMAN GRANDVIEW (SANDAKAN)

Bilangan transaksi:  11
Harga median: RM350,000
Harga Median Psf: RM223
Jenis pegangan: Leasehold

#8 BANDAR SRI INDAH (TAWAU)

Bilangan transaksi:  11
Harga median: RM310,000
Harga Median Psf: RM255
Jenis pegangan: Freehold,Leasehold

#9 TAMAN JUMBO (PENAMPANG)

Bilangan transaksi:  10
Harga median: RM265,000
Harga Median Psf: RM394
Jenis pegangan: Leasehold

#10 TAMAN SEMARAK (TAWAU)

Bilangan transaksi:  9
Harga median: RM160,000
Harga Median Psf: RM248
Jenis pegangan: Leasehold

 

KLIK DI SINI DAN DAFTAR DI WEB PEJUANG HARTANAH! DAPAT ILMU KEWANGAN DAN HARTANAH!! FREE JERRR!! 

Nota:
1. Hasil analisa adalah berdasarkan parameters pada masa kajian.
2. Nilai-nilai yang dinyatakan dalam artikel Radar Hartanah ini hanya sebagai rujukan am sahaja. Sila dapatkan nilai dari juru nilai yang bertauliah.
3. Gambar-gambar adalah sebagai contoh am kawasan yang terlibat sahaja dan tidak menunjukkan rumah-rumah kedai sebenar yang disebut dengan nilai-nilai tertentu.
Sumber rujukan:
1. JPPH.
2. Analisa Brickz.my (14/04/2020).
3. Parameter analisa:
3.1. Category: Residental
3.2. Negeri: Sabah
3.3. Jenis: Teres
3.4. Tempoh: Mar 2019 – Jan 2020

Tag:

Kongsikan Artikel Ini Di Media Sosial: