Laporan rm100 boleh download percuma je??
Hanya peminat2 tegar dunia hartanah je yang akan folo kisah ni semalam. LPH2019: Laporan Pasaran Harta 2019 telah dilancarkan. Apa binatang tu?
1. Setiap tahun, geng2 hartanah akan menantikan pelancaran LPH ni. Kerana inilah laporan rasmi yang akan digunapakai oleh semua yg terlibat dalam hartanah di Malaysia.
2. Selalunye akan dilancarkan pada bulan April. Tahun ini dilancarkan pada Rabu 29 April 2020. Pelancaran laporan ni merupakan antara tarikh penting dalam kalendar hartanah Malaysia.
3. Tak lambat ke tu? Ye memang dah macam tu. Kita hanya akan dapat maklumat rasmi tentang pasaran hartanah Malaysia selepas lebih 3 bulan tahun itu selesai. Bermakna, laporan rasmi utk pasaran hartanah tahun 2020 ni nanti hanya akan kita dapat pada bulan April 2021 nanti.
4. Kenapa macam tu? Kerana banyak maklumat dan data2 lain yg perlu dimasukkan dalam LPH. Antaranye kjaan melalui JPPH di bawah Kementerian Kewangan Malaysia perlu tunggu laporan rasmi BNM tentang ekonomi Malaysia yg selalu akan dikeluarkan pada suku tahun pertama. Dan selepas itu akan disiapkan lah LPH ni. Antara sebabnye..
5. Selalunye kena bayar rm100 utk senaskah LPH. Tetapi buat kali pertama dalam sejarah Malaysia, LPH boleh download secara percuma! Amazing sangat ni!
6. Boleh download drpd NAPIC website. So chekidaut dalam gambar ketiga. Dan anda boleh download LPH yg tak tebal sangat sebanyak 265 mukasurat. Dan setiap tahun Ahyat akan baca setiap2 mukasurat utk membedah yg tersurat dan tersirat! Alaa.. bukannye 1000 mukasurat pun! Huhu!
7. Bagi ramai nubis kubis, LPH ni berat nak baca so boleh download je laporan ringkas dan summary2 fakta dari website tu ye. Chekidaut gambar no 3 balik ye.
AHYAT AKAN BEDAH LAPORAN NI
DAN DEDAHKAN MAKLUMAT2 PENTING
KHAS UTK PESERTA2 KPH2020!
So kalau korang rasa berat nak baca sendiri, bagi Ahyat je la yg bedah dan dedahkan kisah2 yg penting je nanti. Dan Ahyat akan share di KPH2020: Konvensyen Pejuang Hartanah Online 2020 seperti maklumat berikut
# Rabu 6 Mei sehingga Ahad 10 Mei
# Konvensyen online pertama sejak 2018
# 20 topik disampaikan oleh 20 speaker hebat
# Daftar percuma sahaja!
So boleh daftar sekarang di:
Https://pejuanghartanah.com/kph2020
Jumpa anda minggu depan ya!
Apr 30,2020
KLIK DI SINI DAN DAFTAR DI WEB PEJUANG HARTANAH! DAPAT ILMU KEWANGAN DAN HARTANAH!! FREE JERRR!!
Sumber Gambar:
1. Gambar 1 & 2
FB Kementerian Kewangan Msia
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10157611615573547&id=369244243546
2. Gambar 3
NAPIC: National Property Information Ctr
http://napic.jpph.gov.my/portal
3. Gambar 4, 5 & 6
Screenshot LPH2019
1. Gambar 1 & 2
FB Kementerian Kewangan Msia
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10157611615573547&id=369244243546
2. Gambar 3
NAPIC: National Property Information Ctr
http://napic.jpph.gov.my/portal
3. Gambar 4, 5 & 6
Screenshot LPH2019