Radar hartanah minggu ini team akan kongsikan mengenai pecahan kawasan yang menjadi permintaan tinggi di Kuala Lumpur pada H1 2020 ini. Ahyat minta team radar hartanah untuk membuat kajian mengenai kawasan-kawasan ini mengikut data yang telah keluarkan pada tahun ini.
Apa yang korang boleh lihat dan komen mengenai gambar rajah diatas? Cuba kita lihat senarai 10 kawasan yang paling atas yang menjadikan tempat ini permintaan yang tinggi pada tahun ini berbanding tahun lepas. Bagi permintaan di Jalan Klang Lama meningkat kepada 45.58% kerana senarai pencarian terbanyak pada H1 2020 berbanding tahun lepas. Kalau dilihat pada harga pertengahan di Jalan Klang Lama pula sebanyak RM410,000 tetapi ada sedikit penurunan pada pertumbuhan modal. Untuk perbandingan pertumbuhan modal pula boleh dikatakan 9 daripada 10 kawasan yang tersenarai diatas, pertumbuhan modal bagi harga tengah menurun tetapi pertumbuhan modal untuk Salak South sahaja meningkat sebanyak 6.11% menjadikan harga tengah RM500,000. Apa pendapat korang? Kenapa hanya di Salak South sahaja harga tengah naik? Adakah sebab kawasan dekat dengan bandar serta kemudahan ataupun kawasan ini harga rumah agak mahal?
Di bawah ini team telah sediakan gambar sekali dengan maklumat untuk jadikan rujukan.
Permintaan: +45.58%
Harga median: RM410,000
Capital Growth: -5.07%
Permintaan: +42.41%
Harga median: RM1,470,000
Capital Growth: -18.37%
Permintaan: +20.03%
Harga median: RM530,000
Capital Growth: -3.20%
Permintaan: +15.23%
Harga median: RM457,500
Capital Growth: -0.32%
Permintaan: +14.53%
Harga median: RM450,000
Capital Growth: -3.06%
Permintaan: +12.56%
Harga median: RM500,000
Capital Growth: +6.11%
Permintaan: +11.84%
Harga median: RM672,000
Capital Growth: -4.26%
Permintaan: +5.49%
Harga median: RM535,000
Capital Growth: -3.98%
Permintaan: +4.81%
Harga median: RM367,500
Capital Growth: -1.62%
Permintaan: +4.45%
Harga median: RM1,200,000
Capital Growth: -4.34%