Permintaan Kediaman Tertinggi Di Selangor

Radar hartanah minggu ini team akan kongsikan salah satu permintaan pasaran hartanah kediaman di Malaysia salah satunya Selangor. Ahyat minta team radar hartanah untuk membuat kajian dan mengenalpasti kawasan-kawasan ini mengikut data yang telah dikeluarkan pada tahun ini.

Menurut laporan H1 2020 pada tahun ini, Selangor merupakan satu-satunya negeri yang mencatatkan permintaan paling positif iaitu sebanyak +3.5% berbanding negeri-negeri lain. Harga median untuk negeri selangor pula mencatat RM380,000 menunjukkan pertumbuhan modal ada sedikit penurunan sebanyak -0.85%.

Pada minggu sebelum-sebelum ini team telah kongsikan mengenai permintaan hartanah di Kuala Lumpur yang mencatatkan penurunan sebanyak -0.3% pada H1 2020 ini setelah mengalami perubuhan ekonomi sejak sebelum pandemik ini melanda lagi.

Bagi permintaan terhadap tiga jenis kediaman iaitu rumah teres ada peningkatan sebanyak +4.5% berbanding kondominium dan kediaman servis telah mengalami sedikit kejatuhan. Permintaan terhadap kediaman servis menurun dengan banyak iaitu -6.6% manakala permintaan terhadap kondominium juga ada sedikit menurun -0.4%.

Untuk pola harga median dan pertumbuhan modal ketiga-tiga jenis hartanah ini turut mengalami kejatuhan. Untuk rumah teres harga median Rm454,00 dan pertumbuhan modal sedikit jatuh iaitu -0.30% berbanding dengan kondominium mencatat -2.78% dan kediaman servis pula -3.54%.

Agak-agak korang kat mana tempat yang paling hot menjadi tumpuan dan permintaan di Selangor? Korang rasa tempat duduk korang sekarang ni salah satu kawasan permintaan tinggi ataupun tempat permintaan tinggi ni jauh dari kawasan bandar utama? Cuba korang teka 10 tempat yang menjadi permintaan tinggi rakyat malaysia di Selangor?

 

KLIK DI SINI DAN DAFTAR DI TELEGRAM CHANNEL PREMIUM AHYAT ISHAK! DAPAT ILMU KEWANGAN DAN HARTANAH!! FREE JERRR!

Nota:
1. Hasil analisa adalah berdasarkan parameters pada masa kajian.
2. Nilai-nilai yang dinyatakan dalam artikel Radar Hartanah ini hanya sebagai rujukan am sahaja. Sila dapatkan nilai dari juru nilai yang bertauliah.
3. Gambar-gambar adalah sebagai contoh am kawasan yang terlibat sahaja dan tidak menunjukkan rumah-rumah kedai sebenar yang disebut dengan nilai-nilai tertentu.
Sumber rujukan:
1. Iproperty: Protal Demand Analytics H1 2020
2. Iproperty: Protal Demand Analytics H1 2019

Tag:

Kongsikan Artikel Ini Di Media Sosial: