Pada perkongsian segmen Radar Hartanah yang lalu, team kami telah membuat analisa mengenai top 10 lokasi transaksi rumah di Selangor.
Kali ini, jom kita fokus pada top 10 lokasi transaksi rumah di Selangor secara keseluruhannya.
Berdasarkan data yang dikumpulkan daripada kajian, sepanjang tempoh September 2019 hingga Ogos 2020, negeri Selangor mencatatkan sebanyak 15,376 transaksi jual beli rumah.
Dengan jumlah transaksi tersebut, ini secara langsung meletakkan lokasi Serendah di kedudukan nombor satu sebagai lokasi rumah paling banyak mempunyai urusan transaksi jual beli rumah di Selangor!
Harga Median.
Harga median (harga tengah) bagi keseluruhan senarai rumah-rumah di Selangor berada pada harga RM375,000. Manakala, harga median bagi sekaki persegi (psf) pula adalah pada RM306 psf.
Melalui maklumat menarik sebegini, sudah pasti korang ingin tahu senarai top 10 lokasi paling hot transaksi di Selangor, kan?
Team Radar Hartanah menyediakan laporan ini berdasarkan senarai lokasi di Selangor yang paling banyak transaksi.
Mari kita lihat.
TOP 10 LOKASI TRANSAKSI RUMAH (SEPT 2019 – AUG 2020) DI SELURUH SELANGOR
#1 BUKIT SENTOSA (SERENDAH)
Bilangan transaksi: 149
Harga median: RM215,000
Harga Median Psf: RM167
Jenis pegangan: Freehold (Bunglow, Teres)
#2 BANDAR KINRARA (BANDAR KINRARA)
Bilangan transaksi: 125
Harga median: RM900,000
Harga Median Psf: RM474
Jenis pegangan: Freehold (Bunglow,Semi D, Teres)
#3 TAMAN SENTOSA (KLANG)
Bilangan transaksi: 119
Harga median: RM340,000
Harga Median Psf: RM269
Jenis pegangan: Freehold (Cluster House, Town House, Terrace House)
#4 BUKIT BERUNTUNG (SERENDAH)
Bilangan transaksi: 94
Harga median: RM211,500
Harga Median Psf: RM147
Jenis pegangan: Freehold (Bunglow, Terrave House)
#5 TAMAN BENTARA (TELUK PANGLIMA GARANG)
Bilangan transaksi: 89
Harga median: RM432,200
Harga Median Psf: RM248
Jenis pegangan: Leasehold, Freehold (Semi D, Terrace House)
#6 BANDAR MAHKOTA CHERAS (CHERAS)
Bilangan transaksi: 79
Harga median: RM500,000
Harga Median Psf: RM384
Jenis pegangan: Freehold, Leasehold (Bunglow, Terrace House, Town House)
#7 BANDAR BUKIT RAJA (KAPAR)
Bilangan transaksi: 74
Harga median: RM660,000
Harga Median Psf: RM440
Jenis pegangan: Freehold (Terrace House)
#8 BANDAR BOTANIC (KLANG)
Bilangan transaksi: 68
Harga median: RM670,000
Harga Median Psf: RM435
Jenis pegangan: Freehold (Terrace House, Semi D)
#9 M PUTRA HEIGHTS (SUBANG JAYA)
Bilangan transaksi: 68
Harga median: RM780,500
Harga Median Psf: RM411
Jenis pegangan: Freehold (Bunglow, Semi D, Terrace House)
#10 BANDAR PUTERI KLANG (KLANG)
Bilangan transaksi: 67
Harga median: RM550,000
Harga Median Psf: RM351
Jenis pegangan: Freehold (Terrace House)
KLIK DI SINI DAN DAFTAR DI WEB PEJUANG HARTANAH! DAPAT ILMU KEWANGAN DAN HARTANAH!! FREE JERRR!!
Nota:
1. Hasil analisa adalah berdasarkan parameters pada masa kajian.
2. Nilai-nilai yang dinyatakan dalam artikel Radar Hartanah ini hanya sebagai rujukan am sahaja. Sila dapatkan nilai dari juru nilai yang bertauliah.
3. Gambar-gambar adalah sebagai contoh am kawasan yang terlibat sahaja dan tidak menunjukkan rumah-rumah sebenar yang disebut dgn nilai-nilai tertentu.
Sumber rujukan:
1. JPPH.
2. Analisa Brickz.my (12 Januari 2021).
3. Parameter analisa:
3.1. Category: Residential.
3.2. Negeri: Selangor.
3.3. Jenis: All Types.
3.4. Type: Intermediate.
3.5. Range harga: All prices.
3.6. Tempoh: Sept 2019 – Aug 2020.