Top 10 Lokasi Rumah Banglo Di Malaysia Bagi Tahun 2021!

Untuk perkongsian Radar Hartanah kali ini, kita akan fokus kepada hartanah kediaman jenis banglo.

Selain daripada rumah teres yang paling popular dan menjadi pilihan ramai pembeli hartanah di Malaysia, rumah jenis banglo menjadi pilihan kepada mereka yang ingin ‘upgrade’ hartanah sedia ada.

Faktor keluasan binaan dan ruang tanah bagi rumah jenis banglo yang lebih besar juga adalah sebab utama pembeli memilih hartanah jenis ini.

Selain itu, rumah banglo yang mempunyai jarak yang agak jauh antara satu unit dengan unit yang lain juga menjadikannya mempunyai lebih privasi.

Ini adalah sebabnya mengapa rumah jenis banglo sinonim sebagai lambang kemewahan.

JUMLAH TRANSAKSI

Data untuk tahun 2021, bagi tempoh Januari 2019 hingga Oktober 2020, mencatatkan sebanyak 112 jumlah transaksi jual beli bagi rumah jenis banglo.

HARGA MEDIAN

Harga median (harga tengah) yang dicatatkan bagi rumah jenis banglo di Malaysia pada tahun 2021 pula adalah pada RM1,300,000. Manakala, harga median bagi sekaki persegi (psf) adalah RM216 psf.

TOP 10 LOKASI RUMAH BANGLO DI MALAYSIA BAGI TAHUN 2021 (JANUARI 2019 – OKTOBER 2020)

#1 TAMAN CANNING, IPOH PERAK

Bilangan transaksi: 3
Harga median: RM1,125,000
Harga Median Psf: RM177
Jenis pegangan: Freehold

#2 TAMAN SETIA RESIDEN, SETIAWAN PERAK

Bilangan transaksi: 3
Harga median: RM1,090,000
Harga Median Psf: RM202
Jenis pegangan: Freehold

#3 SS 1 PETALING JAYA, PETALING JAYA SELANGOR

Bilangan transaksi: 3
Harga median: RM1,500,000
Harga Median Psf: RM228
Jenis pegangan: Freehold

#4 JALAN JONID, MUAR JOHOR

Bilangan transaksi: 2
Harga median: RM1,425,000
Harga Median Psf: RM224
Jenis pegangan: Freehold

#5 NILAI IMPIAN, NILA N9

Bilangan transaksi: 2
Harga median: RM1,150,000
Harga Median Psf: RM187
Jenis pegangan: Freehold

#6 HILL PARK RESIDENSI, BUKIT MERTAJAM PENANG

Bilangan transaksi: 2
Harga median: RM1,535,000
Harga Median Psf: RM323
Jenis pegangan: Freehold

#7 TAMAN SELAYANG INDAH, BUTTERWORTH PENANG

Bilangan transaksi: 2
Harga median: RM1,100,000
Harga Median Psf: RM262
Jenis pegangan: Freehold

#8 BANDAR BARU SRI KLEBANG, CHEMOR PERAK

Bilangan transaksi: 2
Harga median: RM1,150,000
Harga Median Psf: RM116
Jenis pegangan: Freehold

#9 WINDSOR ESTATE, KUCHING SARAWAK

Bilangan transaksi: 2
Harga median: RM1,535,000
Harga Median Psf: RM327
Jenis pegangan: Freehold

#10 EVERGREEN GARDEN RESIDENCE, CYBERJAYA SELANGOR

Bilangan transaksi: 2
Harga median: RM1,735,000
Harga Median Psf: RM360
Jenis pegangan: Freehold

Apr 20,2021

 

KLIK DI SINI DAN DAFTAR DI WEB PEJUANG HARTANAH! DAPAT ILMU KEWANGAN DAN HARTANAH!! FREE JERRR!!!

Nota:
1. Hasil analisa adalah berdasarkan parameters pada masa kajian.
2. Nilai-nilai yang dinyatakan dalam artikel Radar Hartanah ini hanya sebagai rujukan am sahaja. Sila dapatkan nilai dari juru nilai yang bertauliah.
3. Gambar-gambar adalah sebagai contoh am sahaja dan tidak menunjukkan rumah-rumah sebenar yang disebut dengan nilai-nilai tertentu.
Sumber rujukan dan gambar:
1. JPPH.
2. Brickz.my (Analisa 20 April 2021).
3. Parameter analisa:
3.1. Category: Residential.
3.2. Jenis: Banglo
3.3. Range harga: Semua harga.
3.4. Tempoh: Jan 2019 – Okt 2020.

Tag:

Kongsikan Artikel Ini Di Media Sosial: