Sediakan Benda Ni Sebelum Beli Rumah

Bila kita berhasrat memiliki hartanah, first kita mesti ambil kira tentang perlindungan (protection). Ada jugak yang tanya apa lagi yang nak lindung kalau loan dah lulus?

Tapi macam mana kalau anda tetiba tak mampu bayar bayaran bulanan loan tu? Takutnya, kan!!!?

Bayaran bulanan pembiayaan hartanah kita perlu disediakan sebanyak 36 bulan ke 48 bulan in advance tau. Ini penting sebab kalau kita terputus punca pendapatan, contohnya lah kan.. kalau korang ada masalah kesihatan ke, kena buang kerja ke atau lain-lain perkara yang tidak dapat dijangkakan, maka pembiayaan hartanah itu tetap boleh dilaksanakan.

Sebab tu anda kena sediakan TABUNG HARTANAH!

Kegunaan Tabung Hartanah ni adalah untuk lindung, langsai dan labur.

Terdapat satu cara lagi yang boleh kita lakukan ialah mengambil insurans ataupun takaful perlindungan untuk diri dan aset kita (hartanah dan sebagainya). Kita hanya perlu membuat sedikit bayaran bulanan dan kalau terjadi sakit kritikal, hilang upaya kekal mahupun meninggal dunia, kita ataupun waris kita akan mendapat pampasan yang sewajarnya untuk menampung pembiayaan hartanah itu daripada dilelong. Rumah selamat, hidup pun terjamin, kan?

Kepada mereka yang baru mula nak melabur sebagai contoh yang berumur 22 tahun hingga 27 tahun, digalakkan untuk mula menabung ataupun mempunyai takaful perlindungan supaya fikiran kita jelas dan tenang untuk bersedia membeli hartanah yang bernilai ratusan ribu ringgit.

Menabung ni susah kerana kita memang selalu ada niat nak menyimpan tetapi akan ada perkara yang buat kita berbelanja hingga tak mampu menyimpan.

Sekiranya, instrumen takaful digunakan, kita hanya perlu membuat sedikit bayaran bulanan untuk perlindungan yang maksima, lebih cepat kita ambil perlindungan, lebih rendah kadar bayaran bulanan. Dengan hanya serendah RM100 sebulan sahaja, anda mampu mendapat perlindungan sehingga lebih RM200 ribu sekiranya berlaku kematian mahupun hilang upaya kekal yang tidak dijangka akan berlaku.

Kepada mereka yang ingin mendapat konsultasi SECARA PERCUMA, bolehlah klik link di bawah ini:

https://pejuanghartanah.com/product/konsultansi-lindung-untuk-pelaburan/

Tag:

Kongsikan Artikel Ini Di Media Sosial: