Terbeliak bijik mata Ahyat bila coaching sorang brader ni. Baru2 ni, dalam Masterclass Sniper Hartanah, ada sorang alumni Ahyat dari 4 tahun lepas. Dia datang nak refresh ilmu. Nasihat Ahyat tegas. Chekidaut.
1. Dalam masterclass baru2 ni, Ahyat dan Hasnain bedah hartanah2 panazz di sepanjang jajaran 3 LRT dan 2 MRT. So terbongkarlah peluang2 pelaburan yg best2 yg kami nak sambar tahun ni.
2. So brader ni pun eksaited dan lepas selesai program, dia jumpa Ahyat. Memang alumni akan jumpa Ahyat sekurang2nye sebulan sekali dalam Masterclass bulanan. Selagi ada soalan nak tanya, selagi tu boleh bertanya terus. Bila jumpa kan senang nak tanya apa2. Kalau dalam whatsapp n PM memang tak terdaya Ahyat nak reply.
3. Ahyat terus bagi tahu dia, Ahyat tak benarkan. Ahyat taknak dia bina empayar di GKL: Greater Kuala Lumpur. Kenapa? Kerana Ahyat nak dia terus bina empayar nye di sebuah negeri di utara!
4. Perasan tak perkataan terus. Alhamdulillah, Ahyat masih ingat semua students yg pernah coaching 121 dgn Ahyat. Kalau tak ingat 100% tapi boleh ingat drama hartanah masing2. Ye. Semua orang ada drama atau kisah hidup masing2. Dan semua orang ada impian hartanah masing2. Kalau details Ahyat tak ingat, tapi kisah tu Ahyat akan ingat. In Shaa Allah.
5. Ahyat masih konsisten dgn nasihat Ahyat kepada brader ni hampir 4 tahun lepas. Dan syukur atas berkat usaha brader ni, dia dah berjaya ada beberapa hartanah dan kini menguruskan 100 penyewa di sebuah negeri di utara Malaysia menggunakan 1 teknik yg kami ajar dalam komuniti kami bernama sublet. Ahyat gembira dapat jadi seorang cikgu dalam perjalanan hidup beliau dalam membina empayar hartanah beliau.
6. Ramai jugak orang akan eksaited lihat apa yg sedang berlaku di GKL: di KL, Sngor, Putrajaya. Ye memang kebanyakan pembangunan seksi seperti LRT, MRT, bangunan2 ikonik dan projek2 mega lain berlaku di GKL. Tapi jangan distracted. Kadang2 kita terlepas pandang peluang2 yg ada di bawah batang hidung sendiri. Banyak je peluang2 yg ada kat tempat kita sebenarnye.
7. Skill yg penting ialah menjadi orang yg lihat peluang. Pasti ada peluang di mana anda berada. Dan peluang itu takkan datang bergolek2 kepada kita. Kita yg kena cari jalan utk berani dan kadi luarbiasa utk rebut peluang2 ini.
8. Ahyat pun banyak study lokasi2 hangat di luar KL. Malah ramai yg mintak Ahyat buat roadshow lagi ke negeri2 di seluruh Malaysia.