fbpx

Analisa Permintaan Di Pulau Penang

Radar hartanah minggu ini team akan kongsikan salah satu permintaan pasaran hartanah kediaman di utara iaitu Penang. Ahyat minta team radar hartanah untuk membuat kajian dan mengenalpasti kawasan-kawasan ini mengikut data yang telah dikeluarkan pada tahun ini. Apa yang korang boleh bag pendapa korang mengenai statistik diatas ni?

Mengikut jadual ini Penang mengalami sedikit kemerosotan kecil ekoran permintaan semua jenis hartanah subsale di negeri tersebut menurun sebanyak -6.5% pada H1 2020. Penurun ini berlaku akibat daripada PKP yang melanda satu Malaysia dan penutupan kedua-dua sempadan negeri serta antarabangsa yang menjejaskan industri pelancongan di penang. Disebabkan faktor-foktor tersebut carian hartanah menjadi lebih rendah dalam kalangan pelabur luar negara.

Untuk pola harga median dan pertumbuhan modal bagi keseluruhan subsale hartanah di penang pula ada sedikit penurunan kepada RM300,000 berbanding dengan H1 2019 yang lepas dan pertumbuhan modal juga menurun kepada -6.99%. Ini menunjukkan harga keseluruhan hartanah di penang menurun dan kemungkinan ada peluang untuk orang penang memiliki hartanah disitu.

Akan tetapi bagi permintaan hartanah di negeri utara ini merekodkan trend menurun pada ketiga-tiga jenis hartanah pada H1 2020 ini. Namun dari aspek positifnya mungkin harga rumah teres di tanah besar masih lebih rendah berbanding harga rumah di pulau. ini menandakan ada potensi untuk pertumbuhan modal di tanah besar pada masa ke semasa.

Siap warga penang mesti lebih tahu selok belok penang kan. Cer komen di bawah. Betul ke tanah dipulau lagi mahal dari tanah besar? Adakah sebab booster?

 

KLIK DI SINI DAN DAFTAR DI TELEGRAM CHANNEL PREMIUM AHYAT ISHAK! DAPAT ILMU KEWANGAN DAN HARTANAH!! FREE JERRR!

Nota:
1. Hasil analisa adalah berdasarkan parameters pada masa kajian.
2. Nilai-nilai yang dinyatakan dalam artikel Radar Hartanah ini hanya sebagai rujukan am sahaja. Sila dapatkan nilai dari juru nilai yang bertauliah.
3. Gambar-gambar adalah sebagai contoh am kawasan yang terlibat sahaja dan tidak menunjukkan rumah-rumah kedai sebenar yang disebut dengan nilai-nilai tertentu.
Sumber rujukan:
1. Iproperty: Protal Demand Analytics H1 2020
2. Iproperty: Protal Demand Analytics H1 2019

Tag:

Kongsikan Artikel Ini Di Media Sosial:

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp