fbpx

Apa Aweks Trivago Kata Pasal Hartanah?

 

Best akhirnye dapat bersua dgn Dahlia. Hos program Obsesi Astro Ria. Dan lebih dikenali sebagai aweks trivago. Yang bestnye dia dapat sharing tentang perasaan dia pasal hartanah.

1. Belum Rasa Nak Beli

Dahlia kata dia masih belum terasa macam nak beli. Dia dah umur 31 tahun. Tapi dia belum rasa terdesak. Macam satu benda yang wajib kena beli.

2. Tak Nak Terikut – Ikut

Dia kata kawan kawan dia ramai dah beli hartanah sendiri. Tapi dia taknak beli hanya kerana nak ikut ikut orang.

3. Tak Boleh Paksa

Bab nak beli rumah ni tak boleh paksa paksa orang beli rumah. Kalau belum terasa nak beli ok je. Tak salah menyewa pun. Ahyat sebagai seorang cikgu hartanah bukanlah nak paksa orang beli hartanah. Kita tak boleh paksa orang yang belum terasa  dan belum bersedia nak beli.

4. Nak Beli Rumah Kot!

Ni soal beli rumah. Beratus ratus ribu punye cerita. Bokeh jadi juta juta. Dan ikat dengan bank 30 tahun. Ada orang kahwin pun tak selama itu. So benda ni bukan boleh paksa paksa. Bukan boleh ikut ikut orang. 

5. Macam Mana Nak Bersedia?

Kena sediakan kekuatan kewangan. Bila dah kira berapa layak, berapa mampu, berapa selamat then kita boleh cerita pasal hartanah. Sebelum nak masuk gelanggang hartanah kena kumpulkan ilmu dan jemaah. Baru boleh berjuang dengan bijak dan berani.

6. Allah Tahu Apa Yang Terbaik

Ahyat kata kat Dahlia, kita tak tahu perancangan Allah. Maybe Allah nak lindungi Dahlia daripada tersilap buat keputusan dalam hartanah yang buat hidup jadi sengsara. Akan tiba lah masa untuk memiliki hartanah tu nanti. Rezeki akan datang tepat pada waktunye.

7. Lambat Laun Kena Fikirkan Jugak

Tapi macam tulah realitinye. Pasal hartanah ni lambat laun kena fikir fikirkan jugak. Lagi awal kita rancangkan lebih baik. Bila dah terlambat nanti jadi berat. Menangis darah nak pulang ke masa silam takde maknanye nanti. So jom kita fikir fikirkan masa masih muda ye kawan kawan.

8. Jangan rasa Terdesak Dan Gelojoh

Sebagai peringatan terakhir, Ahyat just nak pesan, jangan rasa terdesak nak beli rumah ye. Kita kena kool je. Kalau beli rumah kerana rasa terdesak tu adalah sebab yang sangat tak bagus. Kita beli rumah kerana dah susun kewangan sehabis baik dan dah cukup ilmu nak tahu hartanah yang terbaeks bagi diri kita dan family. So Ahyat respek orang macam Dahlia. Dia rileks. Dan tak gelojoh. Kalau gelojoh bahaya.

So tugas Ahyat untuk educate dan share ilmu dan benarkan setiap orang itu buat keputusan sendiri. Kerana hanya diri kita yang tahu bila kita sesuai nak beli atau tidak. Inshaa Allah.

 

KLIK DI SINI DAN DAFTAR DI WEB PEJUANG HARTANAH! DAPAT ILMU KEWANGAN DAN HARTANAH!! FREE JERRR!!!

Tag:

Kongsikan Artikel Ini Di Media Sosial:

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp