Seringkali, kebanyakan kita masih kabur tentang aliran dan step-step asas yang diperlukan dalam proses penjualan sesebuah hartanah.
Jadi, apakah kisah benar di sebalik proses penjualan hartanah ni?
Bagi memudahkan anda mendapat gambaran tentang proses ini, jom kita ikuti perkongsian power oleh Dato’ Nazri Mustafa yang merangkumi 11 step asas seperti di bawah, agar lebih mudah untuk anda fahami dan dijadikan panduan kelak.
KISAH BENAR PENJUALAN HARTANAH.
Jenis : Apartment kos sederhana rendah.
Pegangan : Pajakan.
Geran : Hak milik strata telah dikeluarkan.
Pemilikan : Nama pemilik telah didaftarkan.
Cagaran : Dicagar pada bank.
Jenis sekuriti bank : Gadaian borang 16A.
Sekatan: Kebenaran pindah milik diperlukan.
Lokasi : Bangi, Selangor.
Harga : RM 230,000.
★ Step 1
Mencari pembeli. Beberapa calon minat membeli. Tetapi beberapa orang tak lepas loan.
Satu pembeli berminat. Loan hanya 60%. Baki bayar tunai. Loan lulus.
Tempoh menunggu dari hari pertama iklankan dan dengan bantuan agen ialah hampir 3 bulan.
★ Step 2
Tandatangan Perjanjian Jualbeli.
Bayar deposit 10%.
Peguam pegang 6.82%.
Agensi hartanah pegang 3.18%.
Bayar yuran guaman sebagaimana tertera pada bil guaman, termasuk duti setem.
★ Step 3
Mohon kebenaran pindah milik dari Lembaga Perumahan Hartanah Selangor.
Banyak dokumen diperlukan dari pembeli untuk proses kelayakan membeli rumah kos sederhana rendah.
Perlu dapatkan LONO (Letter of No Objection) dari bank penjual terlebih dahulu yang menyatakan bank tiada bantahan terhadap penjualan.
Bank ada SOP sendiri sebelum setuju keluar surat LONO.
Tempoh kumpul dokumen : 2-4 minggu.
Tempoh dapat kelulusan : 2 bulan lebih sikit.
★ Step 4
Mohon kebenaran pindah milik dari pejabat tanah. Surat kelulusan LPHS perlu disertakan sekali.
Ada lagi dokumen-dokumen yang perlu dilampirkan.
Cukai tanah dan cukai pintu kena up to date bayarannya.
Tempoh menunggu : 3-6 minggu.
Peluang lulus : Cerah jika penjualan bumiputera kepada bumiputera.
★ Step 5
Dapat kelulusan.
Hartanah dihantar untuk adjudikasi ke LHDN untuk dapatkan notis duti setem yang kena dibayar.
Nilai ikut harga dalam Perjanjian atau nilai pasaran, ikut mana yang lebih tinggi.
Mohon penyata baki hutang dengan bank untuk tahu berapa baki hutang.
Wang deposit 6.18% dilepaskan pada penjual.
Wang deposit 3.18% boleh digunapakai oleh agensi sebagai komisen.
Tempoh dapat notis : 2-4 minggu.
Tempoh dapat penyata : 2-4 minggu.
★ Step 6
Masukkan kaveat bagi pihak bank pembeli.
Bank pembeli bayar hutang bank penjual. Bank pembeli ada SOP tersendiri sebelum keluarkan wang.
Maintenance perlu up to date. Mahu lihat “fire insurance”, surat-surat akujanji peguam dan bank penjual perlu menepati kehendak bank pembeli.
Tempoh : 2-3 minggu.
★ Step 7
Duit tebus hutang keluar. Bayar pada bank penjual.
Tunggu bank penjual pulang segala dokumen yang perlu termasuk borang melepaskan gadaian dan gadaian pendua serta geran strata original.
Tempoh : 2-3 minggu.
★ Step 8
Bayar duti setem pindah milik dan borang lepaskan gadaian.
Peguam bank daftar pindah milik, melepaskan gadaian dan gadaian baru serta geran asal dengan kebenaran pindah milik.
Cukai tanah dan cukai pintu mesti up to date.
Selepas dapat resit pendaftaran, peguam bank keluar surat nasihatkan bank bahawa baki pinjaman sudah boleh dikeluarkan untuk bayar baki pinjaman.
Tempoh : Jika tiada masalah-masalahs berbangkit dan terjungkit yang lain, dalam 3-7 hari bekerja.
★ Step 9
Bayar duit baki pada penjual. Minta kunci dari penjual dan serah rumah pada pembeli.
★ Step 10
Minta pembeli buat tukar nama di TNB, Syabas, Majlis (untuk cukai pintu).
Maklumkan juga pada Joint Management Body (JMB) tentang penjualan.
★ Step 11
Tunggu geran siap di pejabat tanah.
Pastikan nama dan IC betul dan nama bank dimasukkan sebagai pemegang gadaian.
Geran asal dan dokumen sekuriti pinjaman dikembalikan pada bank.
Salinan kepada pembeli dan salinan geran pada penjual.
Inilah 11 step asas dalam kisah benar penjualan rumah.
Step-step di atas adalah tugas dan proses secara umum sahaja.
Kalau urusan secara detail sebenarnya cukup untuk buat 5 bab dalam sebuah buku.
Hehehe. 😅
Boleh share, like dan comment jika mahu, untuk manfaat dan panduan asas anda.
KLIK DI SINI DAN DAFTAR DI WEB PEJUANG HARTANAH! DAPAT ILMU KEWANGAN DAN HARTANAH!! FREE JERRR!!!