ASB Loan Sebagai Alat Rolling Duit Untuk Invest Hartanah

Yehewwww … MJ nak sambung NOTA KEWANGAN MJ nih… Camne MJ mempergunakan ASB sebagai alat untuk jana DUIT DEPOSIT HARTANAH !

Kalau korang takde attitude DISIPLIN Menyimpan tak perlu baca sampai abis !

Apa beza ASB Loan dgn ASB Financing MJ ?

ASB Loan – Sistem Konventional
ASB Financing – Sistem Islamic

Zaman MJ ambik pinjaman ASB dulu MJ tak paham pun apa beza Konvensional Vs Islamic. MJ main ambik jek. Masa tu dok fikir nak simpan duit je. . . Masa tu ada orang ajar ambik banyak SIJIL ! MJ ambik 5 sijil dengan setiap sijil RM10K …

Mana untung MJ antara Simpan ASB Biasa dengan Simpan dalam ASB Loan ?

Dua-dua UNTUNG sama ada banyak atau sikit ! Yang tak untung apabila langsung tak SIMPAN ! Hahahahha

Anyway ASB Loan / Financing LEBIH UNTUNG drp segi pengiraan berbanding simpanan ASB secara tradisional setiap bulan. Tetapi dari segi ALIRAN TUNAI ( CASH FLOW ) adalah berbeza pada tahun pertama SIMPANAN.

Bile korang dah SIGN UP ASB Loan pada tahun pertama korang kena komited bayar sehingga mendapat dividen pada awal tahun.
Kenapa tahun pertama ? sebab duit dividen awal tahun tak cukup untuk cukupkan bayaran bulanan setahun jika kita entry bukan dalam bulan Januari….

Jadi duit ni korang tak boleh usik sepanjang korang bayar untuk menunggu DIVIDEN…. Bermacam-macam cara orang menggunakan ASB loan ni sebagai instrumen perlaburan.

1. Advance setahun bayaran ASB & Rooling DIVIDEN & BONUS untuk bayaran bulanan.

2. Bayar setiap bulan tanpa henti untuk bayaran bulanan ASB tu. So duit DIVIDEN & BONUS akan “COMPOUND” dengan lebih bagus.

3. Gunakan DIVIDEN & BONUS untuk bayar bayaran bulanan ASB.

4. Maintain bayar bayaran bulanan dan DIVIDEN & BONUS di buat pelaburan lain.

Pada ketika ini MJ memilih OPTION ke-4. Daripada ASB Loan yang terpaksa rela disiplin bayar yang boleh buat MJ ada Aliran Tunai untuk beli hartanah kerana ada hasil DIVIDEN & BONUS.

MJ dah terbiasa bayar ASB Loan setiap bulan sejak berusia 20an… Walau kalau kita lihat secara mata kasar ASB DIVIDEN + BONUS
anggaran 7% dan charges untuk ASB Loan adalah dalam range 5%. Walau keuntungan tak berapa banyak tetapi teknik menggunakan ASB sebagai instrumen tunai untuk entry hartanah sangat membantu MJ. Yang paling penting ASB Loan / Financing mengajar MJ DISIPLIN dalam menyimpan.

Tahun 2007, MJ baru sedar perbezaan ASB LOAN Vs ASB FINANCING ! So MJ berhijrah jual sijil ASB LOAN MJ dan sign up Sijil baru ASB Financing ( Islamic ) RM160K !

Apa beza ASB Simpanan secara tradisional Vs dengan ASB Loan/ Financing MJ ?

NILAI TUNAI
– ASB Tradisional – kita pada bila-bila masa boleh pakai duit simpanan dalam ASB akaun tersebut.
– ASB Loan/Financing kita tak mempunyai nilai tunai ditangan sehingga deklarasi DIVIDEN + BONUS.

 

DEBT SERVICE RATIO ( DSR )
– ASB Simpanan secara tradisional tidak melibatkan DSR, so allocation DSR untuk membuat pinjaman / pembiayaan hartanah atau buat pinjaman lain lebih tinggi.
– ASB Loan/Financing melibatkan DSR, jadi jika ASB Sijil RM200,000 dengan bayaran bulanan RM1,200 akan memberi kesan kurangnya kelayakan hartanah sebanyak RM240,000 ( RM1,200 x 200 ganda ).

BASE LANDING RATE ( BLR ) @ BASE RATE ( BR )
– ASB Tradisional tidak melibatkan perubahan BLR / BR.
– ASB Loan/ Financing melibatkan kesan perubahan BLR/BR. Kos kadar faedah yang terpaksa dibayar kepada bank akan lebih tinggi.

DIVIDEN & BONUS
– ASB Tradisional – kadar dividen & bonus dikira ke atas baki simpanan pada 1hb Jan.
– ASB Loan/ Financing – kadar dividen & bonus di kira berdasarkan nilai sijil yang dipersetujui.

YURAN PENGURUSAN
– ASB Tradisional – Tiada
– ASB Loan / Financing – Yuran dokumen / Pengurusan

KADAR MINIMA PELABURAN
– ASB Tradisional – RM10
– ASB Loan / Financing – RM10K ( sijil )

Halal ke MJ ? ?

Fatwa kebangsaan & Selangor kata HARUS jadi terserah kpd korang untuk buat keputusan !

Korang ni paham ke paham ? ?

Kalau paham korang LIKE LIKE LIKE & SHARE SHARE SHARE posting MJ nihhh supaya MJ semangat nak tulis apa pelaburan2 lain yg MJ SUCCESS atau TERJERAT ! !

Kalau korang taknak terkerat utk membuat keputusan nih korang KOMEN “ ASB “ then Team MJ akan bantu ! !

Sept 2,2019

 

KLIK DI SINI DAN DAFTAR DI WEB PEJUANG HARTANAH! DAPAT ILMU KEWANGAN DAN HARTANAH!! FREE JERRR!!!

Tag:

Kongsikan Artikel Ini Di Media Sosial: