fbpx

Bangau Oh Bangau Kenapa Harga Akan Naik Lagi 10 – 15% Tahun Ni?

1. Dikala ramai orang kita lebih minat kisah2 politik dan video video viral, mungkin tak ramai yg sedang ikuti perkembangan terbaru pasaran hartanah yg akan menyebabkan harga rumah naik 10-15%! Kalau ikuti kisah ni, puncanye ialah daripada kenaikan harga simen yg berpunca daripada naik tarif elektrik! Serius!

2. So macam ni. Persatuan2 kontraktor sedang meraung. Kenapa? Kerana kos pembinaan rumah akan melonjak gilerr babas tak lama lagi. Kenapa kos naik? Kerana simen naik harga.

3. Baru2 ni, persatuan persatuan kontraktor melaporkan ahli ahli mereka mendapat satu surat cinta drpd taiko2 simen Malaysia. Mereka nak naikkan harga simen sebanyak 45%. Kalau naik 5% tu ok la kan. Tapi naik 45% ni macam tak boleh brain. Dilaporkan rege simen pukal naik rm90 kepada rm290 setan drpd rm200 sebelum ini. (Rujukan 1). Baca betul betul ye. Se-tan tu maksudnye Satu tan iaitu 1000kg. Bukan setan2 yg dibelenggu masa bulan Ramadhan tu ye.

4. Dilaporkan bahawa kenaikan harga simen ini akan menyebabkan harga rumah sebanyak 10-15%. Mana taknye, simen naik hampir 50%. Simen digunakan dalam pembinaan drpd piling, foundation, structure, interior dan banyak lagi produk2 berasaskan simen utk menyiapkan rumah seperti roof tiles n macam2 lagi. (Rujukan 2)

5. Jadi kenapa taiko taiko simen naikkan harga? Ni part yg paling best. Dilaporkan antara sebabnye kerana kenaikan kos membuat simen tetiba naik mendadak setelah tarif istimewa utk industri tersebut telah dimansuhkan. (Rujukan 2)

6. Dan kalau sahabat sahabat ada folo kisah baru2 ni, 2 taiko simen paling besar kat Malaysia sudah bergabung mencipta pembuat simen terbesar di Malaysia. YTL beli 51% Lafarge dgn nilai rm1.6b! Sebelum ni Lafarge pegang 36% pasaran simen dan YTL pegang 23%. Sekarang industri ni sudah ada ayananda kawasan baru yg pegang hampir 60% pasaran! Fuyoh! Ada pakar2 yg mengatakan ni bagus kerana syarikat bedar boleh ada penjimatan. Tapi ada jugak yg kata tak bagus kerana boleh jadi oligopoli.. maksudnye ada gergasi yg pegang pasaran! (Rujukan 3)

7. Beginilah nasib kita. Bahan simple macam simen naik harga, rumah naik harga! Sebenarnye, bukan simen je naik harga. Banyak lagi barang naik harga. Gaji pekerja pun mesti nak naik setiap tahun. Benda ni memang tak boleh dibendung. Di luar kuasa mana2 pemain industri hartanah. Malah kerajaan sendiri. Kenapa? Kerana tiada sesiapa yg lebih besar drpd pasaran hartanah secara keseluruhannye.

8. Kita memang takde pilihan lain utk pastikan pendapatan kita naik lebih laju drpd kenaikan harga rumah. Orang yang berniaga dan dalam bidang sales boleh tingkatkan pendapatan lebih kuat. Tapi realiti masyarakat kita lebih ramai yang makan gaji. Dan orang makan gaji dapat naik gaji 3-5% setiap tahun secara purata. Di sinilah kjaan perlu bantu n bela nasih rakyat yg semakin tertekan utk memiliki rumah sendiri.

9. Kjaan juga tertekan kerana sejak memansuhkan GST, terpaksa mencari sumber2 pendapatan lain utk menampung segala kos kos mentadbir dan membangun negara. Kalau kjaan banyak duit, boleh je tarif elektrik istimewa utk industri2 tertentu itu diteruskan, boleh kjaan perkenalkan subsidi utk bahan2 tertentu yg beri impak pada harga rumah. Tapi budaya subsidi ni ada baik buruknye kepada rakyat dan ekonomi.

10. Isu harga rumah ni bukan satu isu yg mudah nak ditangani. Ia melibatkan banyak industri dan banyak faktor2 yg diluar kawalan kita. Yg kita boleh kawal ialah diri sendiri. Jom kita tingkatkan pendapatan kita. Komen SAYA PEJUANG kalau ada yg nak cari duit tepi nak tampung kos hidup atau nak tambah2 utk beli rumah.. Bukan mudah nak melihat sudut positif drpd situasi ini. Tapi jangan terperangkap menyanyi lagu bangau oh bangau kerana dalam pasaran hartanah, lagu ni takde kesudahannye!

KLIK DI SINI DAN DAFTAR DI WEB PEJUANG HARTANAH! DAPAT ILMU KEWANGAN DAN HARTANAH!! FREE JERRR!!!

 

Rujukan :
1. The Edge Market 17 Jun 2019
http://www.theedgemarkets.com/…/kimlun-sees-margin-compress…
2. TheEdgeProp.my 17 Jun 2019
https://www.edgeprop.my/…/cement-price-hike-may-cause-house…
3. The Star Online 4 Mei 2019
https://www.thestar.com.my/…/05/04/ytl-cements-its-position/

Tag:

Kongsikan Artikel Ini Di Media Sosial:

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp