fbpx

Bayaran Yang Diperlukan (pembelian Hartanah)

• Bayaran merupakan satu isu yang kebiasaannya menjadi “punca” kerunsingan bagi setiap pembeli rumah pertama. “Eh? Haritu kan saya dah bayar” Manakan tidak, sekejap peguam meminta bayaran, kemudiannya penilai (valuer) pula meminta bayaran.

• Bagi penjual yang menggunakan khidmat agen hartanah bagi menguruskan hartanah yang ingin dijual/dibeli, maka semestinya akan ada Agent Fee yang perlu dibayar.

• Di dalam transaksi jual beli rumah/hartanah pula, pembeli dikehendaki untuk membuat bayaran deposit sejumlah 10% daripada jumlah harga sesebuah rumah/hartanah tersebut. Bayaran deposit pula kebiasaannya dibahagikan kepada dua iaitu “earnest deposit” & “balance deposit”.

• Booking fee/Earnest deposit ialah bayaran yang perlu dibayar apabila seseorang pembeli itu sudah bersetuju untuk membeli sesebuah rumah/hartanah tersebut dan setelah menandatangani Offer to Purchase (OTP). Booking fee adalah 3.18% % daripada harga rumah dan dibayar kepada agen hartanah yang dilantik.

• Balance Deposit rumah itu apa pula? Balance Deposit ialah bayaran 6.82% daripada harga rumah yang akan dibayar kepada peguam semasa menandatangani perjanjian jual beli (menjadikan jumlahnya 10% iaitu 6.82% + 3.18% dibayar kepada agen tadi)( jumlah deposit keseluruhan bagaimanapun boleh dirundingkan dengan penjual dengan bantuan agen atau peguam kerana ada yang menunggu pengeluaran wang KWSP atau sumber lain).

• Selain itu, perlu diingatkan, setiap transaksi jual beli itu kebiasaannya akan diuruskan oleh samada 1,2 atau 3 peguam : peguam pihak penjual, peguam pihak pembeli dan peguam bank pembiaya. Setiap peguam ini akan menyediakan yuran guaman (Legal Fee) untuk dibayar oleh klien masing-masing.

• Yuran guaman ini termasuklah bayaran duti setem bagi setiap perjanjian yang ditandatangani, bayaran pendaftaran bagi setiap urusan di Pejabat Tanah dan sebagainya.

• Yuran guaman yang disediakan oleh pihak peguam adalah tertakluk kepada Solicitors’ Remuneration (Amendment) Order 2017 dan yuran guaman ini juga bergantung kepada jenis hartanah dan jenis transaksi jual beli tersebut.

• Selain itu, bayaran lain yang perlu disediakan oleh pembeli rumah pertama juga termasuklah yuran penilaian (Valuation Fee) yang akan dibayar kepada pihak penilai.

• Sesetengah bank menawarkan pembeli/peminjam untuk memasukkan sekali yuran guaman (bagi peguam bank) dan yuran penilaian ke dalam jumlah pembiayaan hartanah dan kebanyakan pembeli/peminjam akan memilih option ini agar mereka tidak terlalu terbeban dengan pelbagai jenis bayaran.

Team NAZRI AZMI ISLINDA,
Bdr Sri Permaisuri

Apr 14,2020

 

KLIK DI SINI DAN DAFTAR DI WEB PEJUANG HARTANAH! DAPAT ILMU KEWANGAN DAN HARTANAH!! FREE JERRR!!

www.nazrilaw.com.my

*untuk bacaan artikel penuh, dijemput ke blog peguamrumah.com

Tag:

Kongsikan Artikel Ini Di Media Sosial:

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp