fbpx

Belanjawanku : Panduan Bagi Bajet Bulanan Anda!

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada 4 Mac 2019 yang lalu, telah melakukan pelancaran ‘Belanjawanku’ yang dihadiri oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng bersama Pengerusi KWSP, Tan Sri Samsudin Osman dan Ketua Pengarah Eksekutif KWSP, Tunku Alizakri Alias.

Apakah signifikasi pelancaran Belanjawanku ini untuk korang?

Jom kita lihat:

1) MAKSUD BELANJAWANKU

Belanjawanku secara dasarnya merupakan sebuah panduan perbelanjaan bagi individu dan keluarga di Malaysia.

Panduan ini merangkumi kos perbelanjaan bulanan minimum bagi barangan dan perkhidmatan untuk kategori isi rumah yang berbeza-beza.

2) TUJUAN BELANJAWANKU

Tujuan panduan perbelanjaan Belanjawanku ini dihasilkan adalah bagi membantu rakyat Malaysia melakukan perancangan dan bajet kewangan.

Berdasarkan info dari Belanjawanku ni, korang bolehlah mengagak dan buat kira-kira bulanan.

Sebab sudah tentu kos orang yang berkahwin tak sama seperti orang bujang.

Tujuan lain panduan Belanjawanku ini juga ialah untuk membantu korang mencapai ‘Standard Kehidupan Yang Munasabah’.

3) STANDARD KEHIDUPAN YANG MUNASABAH

So, macam mana korang nak tahu apakah ‘standard’ kehidupan yang selesa atau munasabah dari segi perbelajaan bulanan?

Standard Kehidupan Munasabah bermaksud:
– Mempunyai simpanan wang yang cukup bagi keperluan asas.
– Mampu untuk terlibat dengan aktiviti kemasyarakatan dan juga aktivi sosial bersama keluarga dan sabahat.
– Menjalani hidup dengan suatu tujuan dan bermakna serta dapat mencapai impian peribadi.

4) SENARAI PERBELANJAAN BULANAN RAKYAT MALAYSIA

Secara umumnya, rakyat Malaysia melakukan perbelanjaan bulanan bagi keperluan asas dan perkara berikut:
→ Makanan
→ Rumah (loan bank atau kos sewa)
→ Pengangkutan atau loan kenderaan
→ Perubatan
→ Pendidikan
→ Penjagaan peribadi
→ Penjagaan anak-anak
→ Utiliti (elektrik, air, gas, kos pembetungan)
→ Perbelanjaan lain-lain (seperti simpanan kecemasan, insurans, aktiviti sosial keluarga atau masyarakat, percutian, perkahwinan, pakaian, perabot dan sumbangan kepada ibubapa)

5) SENARAI KATEGORI ISI RUMAH

Enam kategori isi rumah yang digariskan di dalam panduan Belanjawanku ialah seperti berikut:
→ Bujang (pengguna pengangkutan awam)
→ Bujang (pemilik kereta)
→ Pasangan berkahwin (tanpa anak)
→ Pasangan berkahwin (satu anak)
→ Pasangan berkahwin (dua anak)
→ Pasangan warga emas

6) ANGGARAN BAJET SETIAP KATEGORI

Sekarang mari kita lihat infografik panduan Belanjawanku ini mengikut setiap kategori:

★ BUJANG (PENGGUNA PENGANGKUTAN AWAM)
Anggaran bajet minimum bulanan diperlukan : RM1,870

★ BUJANG (PEMILIK KERETA)
Anggaran bajet minimum bulanan diperlukan : RM2,490

★ PASANGAN BERKAHWIN (TANPA ANAK)
Anggaran bajet minimum bulanan diperlukan : RM4,420

★ PASANGAN BERKAHWIN (SATU ANAK)
Anggaran bajet minimum bulanan diperlukan : RM5,730

★ PASANGAN BERKAHWIN (DUA ANAK)
Anggaran bajet minimum bulanan diperlukan : RM6,620

★ PASANGAN WARGA EMAS
Anggaran bajet minimum bulanan diperlukan : RM3,090

7) PENDAPAT DAN REAKSI

Pelancaran Belanjawanku ini telah menimbulkan pelbagai pendapat dan reaksi.

Ada yang menyambut baik garis panduan bajet yang disediakan oleh KWSP ini.

Ada pula yang mempersoalkan ketepatan anggaran bajet ini.

Antaranya, beberapa tokoh dari bidang ekonomi seperti Prof Tan Sri Dr Noor Azlan Ghazali dipetik telah berkata bahawa jumlah anggaran bagi kategori keluarga adalah realistik namun bagi kategori bujang sepatutnya melebihi RM1,870.

Manakala, Prof Dr Barjoyai Bardai pula dipetik telah berkata bahawa anggaran RM1,870 itu lebih sesuai bagi mereka yang tinggal di kawasan luar Lembah Klang.

So, apa pendapat korang tentang panduan bajet bulanan Belanjawanku oleh KWSP ini?

Setuju atau tidak?
Tinggalkan pendapat anda di ruang komen.

KLIK SINI DAN DAFTAR DI WEB PEJUANG HARTANAH! DAPAT ILMU KEWANGAN DAN HARTANAH!! FREE JERRR!!!

Sumber rujukan:
1. KWSP
2. The Sun Daily
3. Berita Harian
4. EdgeProp.my

Tag:

Kongsikan Artikel Ini Di Media Sosial:

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp