fbpx

Beli Produa Axia Dan Dapat RM5000 Lepas Habis Bayar Loan.. Macam Mana Tu?!

Beginilah kisahnye saya berbincang tentang beli keretamahu atau keretaperlu dgn salah seorang team saya berumur 25 tahun. Chekidaut.

1. Anak muda ni masih memandu kancil berumur 23 tahun walaupun income komisyen dia dah steady rm4k sebulan. Kancil tu takde lah problem sangat tapi dah tiba masanye dia Ahyat nasihatkan dia dapatkan kereta yg affordable yg lebih reliable dan mudah nak maintain.

2. Impian anak muda ni bukan nak beli kereta utk diri dia tapi nak belikan Proton X70 utk ayahnye. So dia gagahkan lagi pakai kereka kancil seken ni utk kumpul duit kereta ayah dia. Dia pun baru betul2 buat sales dalam team Ahyat selama 15 bulan lepas grad hari tu.

3. So abang dia dapatkan info Perodua Axia. Dia kata dia perlukan kereta yg simple tapi wajib auto. So yg paling murah auto pun rm35,599.70. Kalau financing 90% ikat 9 tahun, bayaran bulanan jatuh rm380 sebulan. (Gambar 2)


.
4. Tapi kalau nak Axia SE yg ranggi sikit bayaran bulanannye rm415 so kena topup rm35 je. Kat sinilah yg ramai akan setuju dgn perkataan: JE. Alaa.. apa sangat nye rm35 sebulan kan.

5. Tahu tak kalau kita simpan rm35 sebulan selama 9 tahun, dan katakan kita simpan kat ASB yg dapatkan pulangan 7%, kita akan ada simpanan hampir rm5,220 lepas dah setel bayar kereta tu.

6. Memang la tak jadi jutawan dgn duit rm5,000 lebih tu. Tapi kan, ada je ramai yg dah bekerja 10 tahun tapi langsung takde duit simpanan banyak tu. Duit simpanan ni adalah asas utk kekuatan kewangan kita.

7. Inilah kuasa sikit2 lama2 jadi bukit. Kalau tak mula sedikit manakan nak jadi banyak. Kalau tak mula sekarang manakan nak untung nanti. Rm35 sebulan tu rasa macam kelakar la pulak kalau tak boleh nak simpan kan.

8. Tapi kalau dah perabis kat segala kemahuan dan bukan keperluan memang takde satu sen pun la duit simpanan tu. Ini contoh kat kereta. Belum lagi kat belanja2 gayahidup kita yg lain! Bayangkan kalau kita boleh save sikit kat sini save sikit kat sana.. dan boleh ketepikan rm200 sebulan selama 9 tahun dgn kenaikan average 7%, hasilnye akan cecah hampir rm30,000! Wowow!

9. Kalau tak ketepikan utk simpanan pun, boleh gunakan sebagai sumbangan kepada takaful kita. Ingat ye, wealthprotection adalah tertib ke3 dalam pengurusan kewangan peribadi. Lepas wealth protection baru boleh ke tertib ke4 iaitu wealthinvestment. Nak invest, nak beli rumah, hanya boleh buat kalau dah ada protection yg mencukupi mengikut financialrules. Jangan berlebihan2 kat takaful ye. Nanti tak banyak balance utk nak invest!

10. Inilah kuasa ajaib simpanan yg istiqomah setiap bulan. Bila sikit2 kita save tu selepas satu tempoh akan ada momentum yg luarbiasa! Momentum ni tak mungkin ada kalau kita tak mula sekarang dan disiplin setiap bulan. Ahyat nak bantu lebih ramai orang muda susun kewangan dgn lebih bijak dan susun utk beli rumah. Siapa nak belajar bina momentum duit, komen: SAYA PEJUANG!

11. So fikir2kan lah ye bila nak beli kereta tu. Ataupun apa2 sahaja perbelanjaan2 lain. Memanglah bezanye rm35 je. Tapi rm35 tu selepas 9 tahun dikumpul akan jadi rm5,000. Untungnye lebih kurang rm1,500 atas modal yg kita letakkan. Kereta pun dapat. Duit simpanan pun makin bertambah.

12. Tugas kita lepas tu ialah utk tingkatkan pendapatan kita supaya bukan sahaja Axia je yg kita mampu, tapi kereta2 idaman kita pun senang2 je nanti. Itu pun setelah dah kumpul banyak2 hartanah dulu kan! Huhu!

SELAMAT BERJUANG!
Ahyat Ishak.

Boleh contact nombor kat dalam gambar 2 tu kalau2 ada yg sedang mencari kereta yg perlu utk bawa ke point a ke point b. InsyaAllah brader tu bagi servis terbaeks!

KLIK DI SINI DAN DAFTAR DI WEB PEJUANG HARTANAH! DAPAT ILMU KEWANGAN DAN HARTANAH!! FREE JERRR!!!

Tag:

Kongsikan Artikel Ini Di Media Sosial:

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp