fbpx

Berita Baik Untuk Pembeli Rumah Pertama?

Dah Dengar Tak 2 Pengumuman Penting Ni Daripada Bank Negara Malaysia?

Nak bantu rakyat dapat pembiayaan rumah

Hari ni BNM ada buat 2 pengumuman penting. Kedua duanye melibatkan isu paling hangit dalam dunia hartanah iaitu isu pembiayaan rumah. Chekidaut!

MyKNP

1. Apa binatang tu? MyKNP ni maksudnye Khidmat Nasihat Pembiayaan yang nak bantu SME atau individu yang dah pembiayaan mereka tu kena rejek.

2. Sebelum ni, pihak bank tidak perlu terangkan sebab pembiayaan kita kena rejek. So sekarang, kita boleh contact MyKNP untuk betul betul tahu apa sebab kita kena rejek. So tidaklah nak kata rata2 susah nak dapatkan pembiayaan. Kita nak kena tahu exactly apa yang sebabkan pembiayaan kita tak lepas. (Rujukan 1)

3. Platform online ni adalah kolaborasi 3 pihak: BNM AKPK CGC. Dan semua khidmat ni percuma. Boleh chekidaut page diorang. Simple je stepnye. (Rujukan 2)

BNM AFFORDABLE HOME FUND

1. Bank Negara umumkan bahawa mereka dah adjust syarat syarat untuk dana BNM Affordable Home ni. Dulu had gaji rm2,300. Sekarang dah dinaikkan kepada rm4,360. Dan dulu maksima harga rumah rm150k. Sekarang dah dinaikkan kepada rm300k. (Rujukan 3)

2. Syarat syarat tambahannye mestilah warga negara Malaysia, makan gaji atau kerja sendiri dan rekod kewangan yang bersih selama 12 bulan. Adjustment ni semua bermula 1 Sept ni.

3. Kenapa dana ni best kerana boleh dapat pembiayaan pada kadar 3.5% setahun sahaja. Biasanye 4.5% kalau permohonan biasa. Dan boleh tarik sampai 40 tahun atau sehingga umur 70 tahun. Biasanye boleh sampai 35 tahun sahaja.

SO BEGITULAH 2 PENGUMUMAN BNM HARI NI. SEMOGA BERMANFAAT BUAT SEMUA.

Apa apa pun, nak beli rumah mesti ada ilmu. Bahaya kalau nak beli rumah tak cukup ilmu. So bagi yang nak belajar  ilmu kewangan dan ilmu hartanah paling super power dengan Ahyat, masih ada lagi tiket tiket terakhir untuk program paling lejen MPH: Mega Pejuang Hartanah Sabtu ni. Bagi yang nak tiket harga diskaun boleh komen: SAYA PEJUANG!

Ogos 22, 2019

KLIK DI SINI DAN DAFTAR DI WEB PEJUANG HARTANAH! DAPAT ILMU KEWANGAN DAN HARTANAH!! FREE JERRR!!!

Rujukan:
1. Bank Negara Malaysia
http://www.bnm.gov.my/index.php…
2. MyKNP
http://www.myknp.com.my/
3. The Edge Markets 22 Ogos 2019
http://www.theedgemarkets.com/…/bnm-addresses-difficult-fin…Gambar:
https://wicbreastfeeding.fns.usda.gov/when-breastfeeding-is…

Tag:

Kongsikan Artikel Ini Di Media Sosial:

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp