Nak BELI hartanah tak susah.
Nak BELA hartanah bukan mudah.
Pesanan simple Ahyat ini mungkin berbunyi sinis tetapi ramai yang masih tidak sedar akan kepentingan untuk mengetahui konsep layak dan mampu sebelum entry hartanah, terutamanya kepada orang muda ataupun usahawan.
Nak ENTRY hartanah sememangnya tak susah.
Tetapi nak EXIT pun bukan mudah.
Ada teknik fundamental yang seseorang individu harus tahu sebelum entry hartanah iaitu layak & mampu.
Melalui persediaan dan kefahaman asas kewangan yang kukuh, seseorang individu itu akan mengetahui kelayakan & kemampuan sebelum memasuki gelanggang pelaburan hartanah.
Disebabkan ini, Pejuang Hartanah sangat menekankan soal ilmu asas kewangan di dalam seminar-seminar yang dianjurkan oleh kami
Melalui Program Persiapan Perang atau PPP, para usahawan dan individu akan dibantu untuk memahami profil kewangan sebenar sebelum meneruskan pelaburan hartanah dengan bijak dan selamat.
Ini merupakan modul terbaru oleh Ahyat Ishak yang lebih fokus dan khas kepada ilmu kewangan hartanah.