fbpx

Booster Shopping Mall Kena Hati-Hati


Belajar daripada kisah Parkson yang tutup

1. Ramai akan eksaited bila rumah yang dia nak beli tu ada shopping mall. Ye memang betul shopping mall n hypermarket salah satu daripada 10 booster yang Ahyat n team akan analisa, tapi kan, booster antara yang paling bahaya sekarang.

2. Kenapa Ahyat kata bahaya? Kerana shopping mall zaman sekarang tak tentu lagi akan boom. Banyak contoh contoh shopping mall yang tak berapa jadi sekarang atas banyak faktor. Kalau kita beli rumah tu kerana mengharapkan shopping mall tu jadi penariknye, silap silap haribulan shopping mall tu tak hidup.

3. Zaman sekarang banyak integrated properties. Maksudnye, dalam satu satu pembangunan tu ada elemen kediaman, komersil dan jugak retail. So dalam satu tanah atau dalam satu menara tu ada rumah, ada pejabat, ada hotel, ada shopping mall. Etc. Selalunye untuk produk produk begini, tanah tanah tu adalah jenis komersil.

4. Kenapa ada produk macam ni? Adakah kerana inilah permintaan masyarakat urban yang memerlukan gaya hidup sebegini? Atau ini adalah produk yang dicipta oleh pemaju yang maksimakan bisnes mereka? Adakah gayahidup sebegini salahsatu cara hidup di Malaysia?

5. So berita hari ni tentang penutupan Parkson di outlet mereka dekat Puchong. Buka Jan 2018. Tutup Jun 2019. Ditutup 18 bulan lepas dibuka. Dikatakan sebabnye ialah kerana jualan tidak seperti yang dijangkakan. So mereka nak stoploss dan moveon ke strategi lain pula. (Rujukan 1)

6. Parkson ni syarikat dah kira otai la jugak. Parkson kat Suria KLCC pun dah 20 tahun sejak 1998. Tapi dah tutup dah awal tahun ni. Apa yang kita belajar daripada sini ialah, otai pun kadang kadang tersilap langkah buka bisnes dan terpaksa tutup. Ini adalah lumrah bisnes yang bukan sahaja menimpa Parkson tapi semua bisnes.

7. Parkson ni ada 42 outkets pada 2015, 44 pada 2016, 45 pada 2017, 44 pada tahun 2018. Sejak 2017 dah mula tutup outlet mereka di Mega Mall Kuantan, Melaka Mall, Maju Junction dan Sg Wang. (Rujukan 1)

8. Parkson ni bukanlah shopping mall. Tapi mereka jadi anchor tenant untuk shopping mall. Diorang akan ambil puluh puluh ribu kalau tak ratus ratus ribu kaki persegi. Parkson kat Suria KLCC pun lebih 120,000 kaki persegi di 3 tingkat. Kat Maju Junction lagi besar lebih 200,000 kaki persegi. Dan selalunye akan jadi penarik utama kepada satu satu shopping mall. So kalau diorang tak boleh survive, itu signal bahawa shopping mall itu tak cukup crowd. (Rujukan 2)

9. Tapi tak semestinye anchor tenant ni tutup kerana shopping mall tu tak cukup pelawat. Boleh jadi jugak kerana trend pembeli sudah berubah atau bisnes model mereka sudah tidak sesuai untuk market sekarang. Adakah ini kesan daripada online shopping yang semakin trending dan mengganaz?

10. Namun, revenue Parkson tetap meningkat walaupun peningkatan yang kecil. Mereka mengisytiharkan kenaikan hasil jualan 2% kepada rm788 juta pada laporan kepada bursa untuk suku ketiga berakhir 31 Mac 2019. Masih dasyat sales diorang. Tapi adakah online shopping akan menang dalam perang shopping ni? Dan apakah pula nasib shopping shopping malls yang semakin banyak kat Malaysia?

11. Ramai newbies boleh tersilap beli kalau hanya nak beli berdasarkan booster hartanah. Nak kena buat kira-kira hartanah dulu. Nak kena cukupkan bekalan ilmu perang dulu. Nak kena siapkan master plan hartanah dulu. Semua ni dan banyak lagi Ahyat akan dedahkan dalam MPH: Mega Pejuang Hartanah pada Sabtu 24 Ogos nanti. Siapa nak tiket early bird boleh komen: MPH!

Ogos 7,2019

 

KLIK DI SINI DAN DAFTAR DI WEB PEJUANG HARTANAH! DAPAT ILMU KEWANGAN DAN HARTANAH!! FREE JERRR!!!

 

Rujukan:
1. The Edge Markets 6 Ogos 2019
https://www.theedgemarkets.com/…/parkson-closes-store-18-mo…
2. The Star Online 2 Feb 2019
https://www.thestar.com.my/…/parkson-to-close-its-suria-klc…
GAMBAR:
FB Parkson 20 Jan 2018

Tag:

Kongsikan Artikel Ini Di Media Sosial:

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp