fbpx

Budaya yang makin terhakis ialah budaya menabung

Budaya yang makin terhakis ialah budaya menabung untuk membeli sesuatu.
Seingat saya di tahun 80an dan hingga pertengahan 90an, orang masih menabung dan ikat perut untuk kumpul deposit jika nak beli rumah dan kereta.
Ada usaha dan azam ditanam untuk berusaha, kerja kuat dan menabung. Loan pula sehingga 90% sahaja maksimum. Tidak dimasukkan sekali legal fi, stamp duty, valuation dan MRTT.
Namun agaknya orang2 industri kewangan dan perniagaan makin kreatif selepas setiap krisis kewanngan maka idea baru timbul.
Everbody benefits.
Pelbagai produk loan diperkenal. Nafsu membeli dan beli dulu bayar kemudian di pupuk oleh pihak berkepentingan.
Lepas tu marah balik kenapa Malaysia ramai golongan B40, orang bankrap, orang yang rumahnya kena lelong. Siapa yang pupuk?
Saya terjebak dengan semua loan itu dan ini itu. Orang gelarkan “hutang jahat”. Susah nak setelkan. Berbelas tahun… masih belum selesai.
Orang kini sibuk nak consolidate balik
“Hutang jahat” dari sumber lain.
Ada cara lain… untuk yang baru kerja atau baru start kareer, jangan buat hutang jahat. So anda tak perlu nanti lepas 5 tahun pikir nak consolidate, nak cari cashback, kena gali lubang baru lagi dalam dan lagi panjang untuk tutup 2,3 lubang yang besar tapi tak berapa dalam. Lagi 3,4 tahun nak habis hutang diganti hutang 30 tahun yang bayarannya sikit.
Lepas tu lagi 2,3 tahun ambik balik CC dan Personal Loan baru sebab rasa mampu nak bayar. Lepas 5 tahun kemudian consolidate lagi. Never end.
Kini boleh beli rumah tanpa depo, siap dapat duit lagi,(dibayar untuk beli rumah) kereta tanpa depo.
Kalau kita dibayar untuk buat sesuatu maksudnya apa? Maksudnya untuk kita selesaikan masalah orang.. contohnya unsold unit.

Tag:

Kongsikan Artikel Ini Di Media Sosial:

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp