fbpx

Cashback RM200K Tak Bermaksud Rumah Itu Bagus Untuk Kita

Begitulah nasihat Ahyat kepada seorang alumni Ahyat baru-baru ini. Dia datang ke program group coaching PPK: Program Persiapan Kombat utk recharge. Kerana terdesak nak buat keputusan nak beli rumah, dia stayback selepas program. Ahyat coaching terus kat familymart masa dinner lepas program. Begini ceritanye..

1. Sis ini nak beli satu rumah yang bagi cashback sebanyak RM200k. Macam tak percaya kalau sekali baca kan? Ok. Saya ulang 2 kali. Beli rumah ni, ye dapat cashback RM200k!

2. Macam mana boleh dapat cashback sebanyak itu? Pemaju bagi diskaun syiok giler. Sama syiok macam Oden kari syiok giler dalam poster kat belakang tu! Setakat 10% diskaun zaman sekarang macam takde makna. Kalau engkorang jumpa projek-projek yang dah launching dua (2) tahun lepas dan masih ada unit-unit pemaju yang tak terjual, nak jumpa diskaun 35% tu baru sedap sikit!

3. Yang buat muka Ahyat jadi macam dalam gambar tu, kerana terkejut bagaimana offer macam tu boleh menggugat iman students Ahyat sehingga boleh terlupa kepada fundamentals yang Ahyat dah ajar dalam program-program advance.

4. Percayalah, akan ada ramai yg akan tergugat iman kewangan mereka bila dengar ada tawaran beli rumah dan dapat cashback sebanyak itu. Mana tak nya, kita sendiri tak pernah lihat RM200k dalam akaun bank. Beli rumah boleh dapat terus RM200k. Yeay! Boleh kawin dua! Yeay boleh beli beg LV kat Paris! Yeay! Boleh joli-loli!

5. So, soalan pertama Ahyat ialah : Nak buat apa dengan duit tu? Soalan ini selalunya bakal merobek jiwa students Ahyat kerana tershashul-shashul tergagap-gagap nak jawab. Tapi, untuk sis ni, dia boleh jawab dengan tenang.

6. Dia nak gunakan RM200k itu sebagai modal untuk investment lain. Untuk sharing dalam posting ini, Ahyat tak nak sebut investment apa. Cukup sekadar Ahyat dah meneliti plannya dan nampak okay la.

7. Jadi ceritanye macam ni. Dia nak beli rumah RM900+k utk dapat cashback RM200+k dan akan menanggung bayaran bank bulanan sebanyak lebih kurang RM4+k. Kenapa Ahyat tak benarkan?

8. Pertama, exit plan utk property tu tak selamat. Beli untuk tujuan pelaburan. Pelaburan jenis sewa. Dan akan menanggung raksaksa penyedut duit yang akan bakar hampir RM3k setiap bulan!

9. Sebab kedua, kira-kira hartanah dia tak membenarkan dia beli rumah ini. Ahyat tak kata dia tak layak dan mampu nak beli rumah lagi. Cumanya bukannya rumah itu. Kerana di luar kemampuannya.

10. Dalam group coaching sebelumnya, Team Ahyat dah bantu dia untuk kira berapa sebenarnya yang dia layak RM500k dan berapa dia mampu: RM380k. Rumah yang dia nak beli tu RM900k. So, dekat sinilah Ahyat teringatkan pepatah nenek moyang kita: baju tak padan dengan badannya. Mujur Ahyat dah bantu ukur.

11. Sis ni pun tak selamat nak beli rumah ni. Kedudukan networth dia berada dalam keadaan sangat bahaya lebih kurang negatif RM500k.

12. Walaupun peti kemarau dia sebanyak lebih kurang RM40k itu dah tercapai, tapi 2 syarat daripada 4 tak lepas. Dan memang tak mungkinlah Ahyat dapat benarkan dia beli.

13. Yang buat muka Ahyat berpusing tu, kerana Ahyat dah bagi syarat tu dan ilmu-ilmu perang yang lain. Dan semua peserta group coaching faham dan setuju bahaya kalau langgar syarat-syarat itu. Tapi bila peluang beli rumah itu menawarkan cashback RM200k, semua ilmu itu terganggu. Kalau sis ni tak ada mentor nak bincang-bincang dan bagi pendapat, memang boleh jadi terjebak kan?

14. So akhirnya, Ahyat bagi dia beberapa nasihat. Susun semula kewangan bulanan. Dengan disiplin dan kesungguhan, sis ni boleh dapat RM30k sebelum bulan Oktober tahun ini untuk jadikan modal untuk buat planning dia. Untuk dia test dulu plan dia tu akan menjadi atau tidak sebelum terjun all out komitmen RM200k. Tetiba wajahnya bersinar kembali dan terasa lega. Dia dah tak stress lagi dan dapat mengawal emosi sebelum gelojoh dan emosi dalam membuat keputusan hartanah.

Begitulah kisahnya. Ahyat tak kata Ahyat anti semua projek yg ada cashback. Tapi Ahyat risau kalau pembeli tu beli hanya kerana nak kan duit tu sehinggakan menyebabkan mereka gelojoh dan tak buat kira-kira hartanah dengan sebetulnya. Kalau matematik kita dah lepas, boleh je nak serang.

Bagi mereka yg nak benar-benar dapatkan kepastian matematik hrtanah mereka, Ahyat bakal buka pendaftaran untuk group coaching untuk PPK pada bulan Februari nanti.

Siapa yg minat sila komen: KIRA KIRA HARTANAH!

 

JAN 06, 2020

 

KLIK DI SINI DAN DAFTAR DI WEB PEJUANG HARTANAH! DAPAT ILMU KEWANGAN DAN HARTANAH!! FREE JERRR!!

Tag:

Kongsikan Artikel Ini Di Media Sosial:

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp