fbpx

Ekonomi Malaysia Part 1 Adakah Ini Bakal Jadi Carta Ekonomi Malaysia?


Adakah ekonomi Malaysia tenat?

Sejak dua tiga hari lepas, banyak berita tentang keadaan ekonomi Malaysia. Minggu lepas bank-bank dunia dah bagi komen-komen mereka. World Bank dan IMF dah berikan unjuran mereka kepada ekonomi Malaysia. Bank Negara macam mana pulak? Chekidaut kupasan Ahyat ni. Ahyat bukan pakar ekonomi. Just rakyat biasa yg nak memahami keadaan ekonomi Malaysia. Get ready ye: panjang sharing ni..

1. APA BANK NEGARA KATA?
Tak syok la kita dengar bank-bank lain kan. So kita dengar apa mak segala bank kat Malaysia umumkan beberapa hari lepas. BNM mengunjurkan bahawa ekonomi Malaysia akan berkembang pada kadar -2% hingga +0.5%. (Rujukan 1)

2. KENAPA ADA RANGE MACAM TU?
Setiap kali mana-mana pihak nak mengunjurkan ekonomi sesebuah negara tu mereka akan bagi range. Kenapa? Kerana ini adalah unjuran atau forecast. Mereka akan membuat analisa itu berdasarkan faktor2 bagus dan faktor2 kurang bagus. So dapatlah range yang kita lihat daripada BNM.

3. APA MAKSUD PERSEN TU?
Amende la persen ni? Maksudnye percentage atau peratusan tu. Bagi chan la Ahyat nak gaya bahasa hipsturr sikit. So peratusan tu adalah perbandingan pertumbuhan antara jangkaan tahun ini banding dgn tahun lepas. Kalau peratusan tu +ve, maksudnye ekonomi yang dijangkakan tahun ni berkembang daripada tahun lepas. Lagi besar nilai +ve tu, lagi baguih la.

4. APA MAKSUD NEGATIF TU?
Bila peratusan yang dijangkakan itu negatif, itu bermaksud mereka menjangkakan ekonomi kita ni akan menguncup banding dengan tahun lepas. Dalam ekonomi, dalam bisnes, dalam pelaburan, mesti la kita tak suka bila negatif ni. Kalau berat badan, saiz pinggang tu menguncup, orang hepi, tapi kalau ekonomi menguncup itu kurang hepi.

5. BUKAN KE PATUTNYE 2020 NI +4.5%
Ye betul. Awal-awal dulu, ekonomi Malaysia dijangkakan akan berkembang 4.5%. World Bank pun menjangkakan pertumbuhan sebegini (Rujukan 2). Itu awal tahun hari tu. Malah sebulan yang lepas pun masih ada penganilisis ekonomi yang jangkakan ekonomi Malaysia akan terus berkembang 4.0% hingga 4.5%. (Rujukan 3)

6. KENAPA TETIBA JADI NEGATIF PULAK?
Walaupun isu COVID19 ni dah nampak macam nak mengganaz di seluruh dunia sejak awal tahun, pakar-pakar ekonomi ni tak pernah menjangkakan lockdown diseluruh Malaysia dan dunia!

7. MALAYSIA JE KE YG TERKENA?
Oh no no no. Ni bukan berlaku kat Malaysia je. Ni berlaku jugak di seluruh dunia. China, Jepun, UK, dan negara-negara lain pun terkesan. Pertumbuhan ekonomi global pun diturunkan daripada +3.9% kepada mungkin seteruk -2.0%. Ini berdasarkan 41 pakar ekonomi dunia. (Rujukan 4)

6. PERNAH KE MALAYSIA ALAMI NEGATIF?
So chekidaut carta yang Ahyat share ni. Carta ni Ahyat analisa sendiri setelah mendapat data-data ekonomi Malaysia daripada rujukan seperti Ahyat sharekan kat sebelah bawah gambar tu. So boleh nampaklah berdasarkan sampel tahun dari 1990, bahawa Malaysia telah alami pertumbuhan negatif ni sebanyak 3 kali sebelum ni. Kalau anda nampak palang merah yang keempat tu kerana itu adalah unjuran pertumbuhan negatif tahun ini yg sekadar unjuran atau forecast BNM sahaja dan bukan data sebenar ye kerana tahun 2020 kan belum selesai.

7. APA MAKSUD PALANG MERAH TU?
Masa palang merah tu boleh dikatakan krisis ekonomi la kat Malaysia ni. Ekonomi kita menguncup banding tahun yang sudah. Rakyatnye bertambah, syarikat-syarikat bertambah, pekerja-pekerja bertambah, pelajar-pelajar yang nak cari kerja bertambah, tapi ekonomi mengecil mengurang menguncup. Krisis la tu.

8. ADAKAH SETIAP KRISIS TU SAMA SEBABNYE?
Oh tidak. Yang berlaku masa 80an tu kerana krisis saham di Malaysia. Yang 90an tu kerana AFC: Asian Financial Crisia. Yang awal 2000an tu kerana GFC: Global Financial Crisis. Krisis yang kemungkinana besar berlaku 2020 ni kerana apa pulak? Kerana virus COVID19!

9. ADAKAH SETIAP KRISIS TU SAMA TERUK?
Oh tidak. Boleh lihat dalam carta ni bahawa krisis pada 1998 tu yang paling teruk kan? Ekonomi kita menguncup 7.4%. Yang menariknye, krisis pada tahun 2009 tu masa GFC, masa seluruh dunia teruk, Malaysia hanya alami pertumbuhan ekonomi -1.5% sahaja. Hebat Malaysia masa tu dapat mengharungi krisis ekonomi dunia tapi terkesan sikit je.

10. BETUL KE ADA KITARAN 10 TAHUN?
Ada orang kata ekonomi kita ni ada kitaran 10 tahun. Maksudnye kita akan alami krisis ekonomi setiap 10 tahun. Betul ke? So Ahyat study la data yang ada. Rupe2nye mitos ni tidak benar. Boleh lihat sendiri. Mohon semak carta tu. Palang-palang merah tu pada tahun: 1985-1998-2009-2020f (‘f’ tu maksudnye forecast atau unjuran). Bagi siapa2 yang mahir matematik sekolah rendah, boleh kira bahawa tidak ada kitaran yang jelas setiap 10 tahun kan? 1985-1998 selang 13 tahun, 1998-2009 selang 11 tahun dan 2009-2020 selang 11 tahun.

11. KISAH SETIAP DEKAD
Ahyat letakkan line putus-putus warna oren yang menegak menbahagikan setiap dekad. Kita boleh lihat ada palang merah dalam setiap dekad: 80an 90an 2000an.. kecuali 2010an. Dia tersasar dan termasuk dalam dekad 2020an. Itu sebabnye ada jugak penganalisa ekonomi yang mengatakan Malaysia n dunia seolah2 overdue untuk menghadapi krisis ekonomi. Tak sangka COVID19 yang menyerang tahun ni pulak.

12. PRESTASI EKONOMI MALAYSIA
Boleh lihat line putus-putus warna merah yg horizontal tu. Itu menandakan paras pertumbuhan ekonomi 6%. Semua palang warna biru tu masa kita grow 6% ke atas. Masa kelabu tu masa 0% – 5.99%. Biru tu banyak kat belah kiri kan. Kelabu banyak kat belah kanan.

13. BOLEH DENGAR CAKAP2 KEDAI KOPI?
Bila kita bercakap tentang ekonomi, tentang bisnes, tentang pelaburan, kita kena belajar untuk cari data n fakta. Cakap-cakap pendapat-pendapat sembang-sembang gebang-gebang kedai kopi tak boleh diguna pakai 100% untuk buat keputusan. Boleh la dengar-dengar supaya dapat fahami sentimen masyarakat di lapangan. Itu penting jugak tapi kena cari data n fakta sebenar.

14. SO ADA AKU KESAH CARTA NI?
Palang merah la. Palang biru la. So kenapa penting nak tahu pasal benda-benda ni semua. Ada orang kata, ala aku ni rakyat marhaen je. Orang makan gaji je. Bisnes kecik-kecik je. Ikan bilis je. Ikan tongkol je. Apa-apa jenis ikan sekali pun, benda ni kita kena ambil tahu. Suka atau tidak, setiap rakyat akan terkesan secara direct atau indirect.

15. SO APA TINDAKANNYE SEKARANG?
Ahyat dah warning tentang persiapan krisis sejak beberapa tahun dulu. Bagi mereka yang dah bersedia dari awal, syukurlah. Bagi mereka yang belum bersedia, sedarlah bahawa kehidupan kita akan terkesan. Masih ada masyarakat kita yang masih taknak ubah cara hidupnye. Kita semua kena bersedia untuk selamatkan diri daripada bahaya kewangan dan bahaya ekonomi. Hanya bagi yang benar2 selamat, ada di antara anda yang bersedia untuk berebut mengutip peluang-peluang terbaeks masa ini.

16. BEGITULAH CERITANYE
Ahyat akan sambung Part 2 nanti pasal recovery V Shape dalam posting akan datang. Semoga sharing Ahyat ni bermanfaat kepada anda semua. Share la posting ni kalau anda semua rasa bermanfaat. Ahyat mendoakan agar Allah sentiasa mencurahkan rahmatNya kepada kita semua dan melindungi diri kita n famili kita drpd jangkitan COVID19 n segala musibah.

16. DOA BUAT FRONTLINERS DAN SEMUA
Semoga semua terus selamat n sihat bersam keluarga di rumah. Kita doakan juga agar sahabat-sahabat frontliners n yang terpaksa bertugas kerana anda dalam 25 perkhidmatan penting negara supaya terus tabah dan cekal menghadapi krisis ini.

Apr 7,2020

 

KLIK DI SINI DAN DAFTAR DI WEB PEJUANG HARTANAH! DAPAT ILMU KEWANGAN DAN HARTANAH!! FREE JERRR!!

Rujukan:
1. Berita Harian Online 3 April 2020
https://www.google.com/…/s/www.bharian.com.…/node/672385/amp
2. The Edge Markets 1 April 2020
https://www.theedgemarkets.com/…/world-bank-cuts-malaysia-2…
3. Berita Harian Online 12 Februari 2020
https://www.google.com/…/s/www.bharian.com.…/node/655074/amp
4. NST Online 20 Mac 2020
https://www.nst.com.my/…/covid-19-global-economy-already-re…
.
Gambar:
Analisa Team Pejuang Hartanah

Tag:

Kongsikan Artikel Ini Di Media Sosial:

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp