fbpx

Ekonomi Malaysia Part 2 Adakah Ekonomi Malaysia Mampu Pulih Dengan Segera Sekiranya Recession Tahun Ini?


Apakah itu V-Shape Recovery?

Sejak posting Ahyat yang viral semalam, ramai yang tanya lagi tentang recession yang banal dilalui Malaysia. Ramai tanya bagaimana kekuatan ekonomi negara kita? Berapa cepat boleh pulih semula? Sekali lagi Ahyat kena sebut bahara Ahyat bukan seorang pakar ekonomi. Meh lihat analisa Ahyat.

1. Ahyat ambit balik carta yang guna semalam. Sebagai ulangkaji, Ahyat mengambil sampel 40 tahun sejak 1981. Dan kita zoom balik kepada 3 palang merah pada tahun 1985, 1998 n 2009. So kita tengok apa yang berlaku sebelum dan selepas kemelesetan ekonomi

2. Kat sinilah kita boleh melihat V-Shape recovery. Maksudnye selepas kejatuhan itu, setahun kemudian ekonomi kita terus kembali positif.

Kemelesetan 1985
1984 +7.8%
1985 -1.1%
1986 +1.2%

Kemelesetan 1998
1997 +7.3%
1998 -7.4%
1999 +6.1%

Kemeseletan 2009
2008 +4.8%
2009 -1.5%
2010 +7.4%

Kemelesetan 2020
2019 +4.3
2020 -2.0%
2021 ???

3. Bila kita melihat 3 kemelesetan ekonomi yang lepas pada tahun 1985, 1998 n 2009, kita boleh lihat bahawa ekonomi Malaysia pulih dalam tahun berikutnye. Dan kita boleh lihat bahawa palang merah tu kekal 1 tahun sahaja dan tak berterusan dalam tahun yg seterusnye.

4. Bagaimana pula untuk than 2020? Takde siapa-siapa yang tahu kecuali Allah. Adakah akan pulih semula pada 2021? Adakah kemelesetan ekonomi Malaysia akan terkesan dengen kemelesetan ekonomi global yang juga diramalkan berlaku tahun ni? Adakah kali ni sama teruk tau lagi teruk daripada krisis-krisis lepas?

5. Kita lihat apa yang dikatakan oleh pakar-pakar ekonomi. Mereka mengatakan pemulihan ekonomi Malaysia boleh berlaku seawal suku tahun terakhir tahun ini pun. Kalau tidak pun, ekonomi Malaysia bakal pulih pada tahun 2021 atau 2022. World Bank menjangkakan ekonomi Malaysia boleh melonjak ke 6.4% pada tahun 2021. Kalau worse case scenario boleh capai 4.1%. dan pemulihan Penh dijangka pada tahun 2022.(Rujukan 1)

6. Apa-apapun, ni semua sekadar unjuran. Masih terlalu awal untuk kita lihat apa yang sedan berlaku. Keadaan krisis disebabkan pandemik COVID19 diseluruh dunia nampaknye masih tak reda lagi.

7. Yang penting, kita semua kena ada mindset survival dan kena bersiap sedia untuk menghadapi keadaan ekonomi yang tak menentu. Kena bersedia bukan sekadar sehingga selesai tempoh PKP pada 14 April. Bukan sekadar sehingga selesai tempoh moratorium bank pada 30 September 2020 enam bulan drpd sekarang. Kita kena bersedia dari sei mental dan fizikal lebih lama dari itu.

8. Semoga Allah ters melindungi diri kita n keluarga kita daripada jangkitan COVID19. Kita doakan agar rantaian jangkitan dapat diputuskan buat selama-lamanye supaya kita boleh kembali hidup dengan selamat dan activity ekonomi data bergerak kembali secepat mungkin.

SELAMAT BERJUANG!
AHYAT ISHAK

Apr 8,2020

 

KLIK DI SINI DAN DAFTAR DI WEB PEJUANG HARTANAH! DAPAT ILMU KEWANGAN DAN HARTANAH!! FREE JERRR!!

Rujukan:
1. The Edge Markets 1 April 2020
https://www.theedgemarkets.com/…/world-bank-cuts-malaysia-2…

Tag:

Kongsikan Artikel Ini Di Media Sosial:

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp