fbpx

Elak Terbeban Sebelum Beli Hartanah

Ramai diantara kita amat teruja untuk memiliki hartanah terutamanya golongan muda. Memang rumah itu boleh menjadi aset sekiranya kita membeli dengan betul, tetapi ramai lupa bahawa kita mendedahkan diri kita kepada liabiliti hutang.

Apa itu liabiliti?  Liabiliti adalah tanggungan yang wujud daripada transaksi pembelian barangan secara kredit / hutang. Pembelian hartanah menggunakan pembiayaan bank juga termasuk dalam kategori liabiliti.

Katakan kita membeli rumah bernilai RM 300,000 menggunakan pembiayaan hartanah dari bank. Bermaksud, kita berhutang dengan bank dan kita perlu membayar balik pembiayaan tersebut dalam tempoh masa tertentu yang kebiasaannya 30 tahun.

Dalam jangkamasa 30 tahun itu, pelbagai perkara yang tidak terjangka boleh berlaku. Sebagai contoh, kematian, sakit kritikal, dibuang kerja, hilang punca pendapatan dan banyak lagi. Ini akan menyebabkan kita tidak mampu untuk membayar balik pembiayaan tersebut & jika kita meninggal, kita akan meninggalkan hutang.

Sebagai langkah berjaga-jaga serta langkah bersedia sebelum membeli rumah, kita WAJIB mengambil perlindungan. Apabila umur kita muda, belum menjangkau 30 tahun, amat sesuai untuk kita persiapkan diri dengan pekej perlindungan kerana kita boleh mendapat perlindungan yang maksimum dengan bayaran bulanan yang minimum.

Otak dan fikiran kita akan jelas dan tenang disebabkan kita tahu, sekiranya berlaku kematian, sakit kritikal mahupun kemalangan yang menyebabkan kita hilang upaya, kita akan mendapat pampasan mengikut pakej yang kita ambil. Perlindungan yang sudah lengkap membolehkan kita terus berusaha untuk menambah duit tepi, dikumpul untuk pelaburan yang akan dibuat dalam masa 36 bulan dari sekarang.

Sekiranya anda perlukan bantuan kira-kira perlindungan, bolehlah klik link di bawah:

Klik Sini Untuk Saya Kirakan Perlindungan Yang Maksimum Dengan Bulanan Minimum Sebelum Membuat Pelaburan

Tag:

Kongsikan Artikel Ini Di Media Sosial:

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp