fbpx

Geng Hotel Semakin Tak Senang Dengan Geng Homestay?


Apa pendapat anda untuk poin no 9?

1. Permintaan homestay semakin meningkat. Lebih ramai pelancong memilih homestay. Sebagai contoh, masa cuti Aidiladha, lebih banyak permintaan untuk homestay banding dengan hotel di Pulau Pinang. Ada operator homestay yang melaporkan 100 unit homestay dia fully booked! (Rujukan 1)

2. Segmen hotel yang paling terkesan ialah hotel 4 bintang ke bawah. Hotel 5 bintang nampaknye masih mendapat permintaan yang tinggi sehingga 90%. (Rujukan 1)

3. Geng hotel semakin resah. Taiko persatuan hotel di Penang dah bersuara. Mereka mintak kerajaan percepatkan untuk mengawal selia industri honestay dan guesthouse ni. Dilaporkan banyak komplen tentang homestay yang mencemar nama baik Malaysia kepada pelancong- pelancong luar negara. (Rujukan 2)

4. Untuk pengetahuan sahabat-sahabat, ramai tak berapa faham apa itu homestay yang sebenar benarnye. Homestay ni industri desa di mana pelancong akan tinggal bersama pemilik, makan apa yang dia makan, buat aktiviti yang dia buat. Yang kita selalu panggil homestay ni selalunye merujuk kepada apartmen atau kondo atau rumah rumah yang dijadikan guesthouse kat kawasan-kawasan bandar-bandar.

5. Menurut National Land Code, seorang pemilik rumah boleh mendapat sewa daripada rumah yang dia sewakan. Cumanye, di peringkat kerajaan tempatan, undang undang semasa tak benarkan rumah rumah disewa seperti hotel. (Rujukan 2)

6. Di sinilah kita kena faham LTA dan STA. LTA ni Long Term Accomodation iaitu sewa setahun tahun macam sewa biasa. STA ni Short Term Accomodation iaitu sewa ikut hari hari seperti Airbnb etc.

7. Dah ada JMB yang tak benarkan STA di kondo kondo mereka. So siapa yang nak buat homestay atau guesthouse ni kena hati-hati ye. Jangan nanti dah beli rumah tu untuk tujuan nak buat homestay. Siap renovate chanteks chanteks mahal-mahal. Tengok-tengok tak dibenarkan buat homestay! Aduhs!

8. Sebelum ni pun dah pernah ada suara suara macam ni dari taiko-taiko hotel kat Sabah. Maklumlah, hotel-hotel ni spend banyak duit. Mereka gajikan orang orang tempatan jugak. Investor-investor luar negara rasa tak syok la bila diorang invest juta juta dan banyak syarat-syarat n undang-undang dalam industri hotel, lepas tu elok-elok kena langgar dengan geng-geng homestay yang tak perlu folo syarat-syarat yang sama.

9. Benda ni dah berlaku kat industri teksi. Akhirnye, kerajaan benarkan je ride hailing seperti grab beroperasi di Malaysia tapi ada syarat-syarat tambahan. ADAKAH PERKARA SAMA AKAN BERLAKU UTK INDUSTRI HOMESTAY N GUESTHOUSE?

APA PENDAPAT ANDA?

 

Ogos 21,2019

 

KLIK DI SINI DAN DAFTAR DI WEB PEJUANG HARTANAH! DAPAT ILMU KEWANGAN DAN HARTANAH!! FREE JERRR!!!

 

Rujukan:
1. The Star Online 12 Ogos 2019
https://www.thestar.com.my/…/12/penang-sees-home-sharing-bo…
2. The Star Online 12 Ogos 2019
https://www.thestar.com.my/…/its-illegal–but-short-term-pr…
Gambar:
The Star Online 12 Ogos 2019

Tag:

Kongsikan Artikel Ini Di Media Sosial:

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp