fbpx

Gergasi Hartanah Pun Jual Aset Dalam Keadaan Pasaran Sekarang

 

Apa yg kita boleh pelajari drpd berita ni?

Mungkin ada yg terlepas berita ni. Kalau yg baca tu pun mungkin tak nampak nilai ilmu dalam berita ni. Mai Ahyat kupas sikit..

1. Berita ni Sabtu lepas. Ada sebuah gergasi hartanah yg dilaporkan jual 3 asetnye. Namanye Sime Darby Property Bhd. Kenapa Ahyat gelarkan gergasi? Kerana SDPB ni adalah pemaju terbesar dari segi landbank sebanyak lebih 20k ekar. Dah berumur lebih 46 tahun. (Rujukan 1)

2. Ada yg terfikir, kenapa jual dalam pasaran hartanah yg tak berapa hot ni. Macam takkan nak dapat harga paling bagus la kan? So apa yg sebenarnye berlaku?

3. Mereka dah jual 2 tanah mereka dekat Jalan UThant KL dan Pulau Tikus, PPinang. Jualan kedua2 tanah tu dilaporkan bernilai sekurang2nye rm60 juta. Tanah2 tu dianggap ‘non core’ atau dalam erti lain bukan teras utk perancangan bisnes mereka. (Rujukan 2)
4. Mereka juga sedang nak jual blok pejabat 12 tingkat jenis freehold dan ruang parking di Ara Damansara. Dilaporkan bernilai rm100 juta.

5. Apa2 pun sebab musabab nye, yg Ahyat nak sahabat2 faham ialah kita kena kumpul aset kerana bila kita perlu, kita boleh jual. Antara soalan yg paling feveret ditanya kepada Ahyat ialah bila nak jual hartanah? Jawapan feveret Ahyat ialah: BILA PERLU!

6. Kita tak mungkin dapat menjangkakan saat terbaeks utk jual mana2 aset yg kita pegang. Siapa dapat beli paling rendah tapi dapat jual paling tinggi tu memang lebih kepada nasib dan rezeki Allah yg terbesar. Kalau nak ulang dua tiga kali berturut2 tu memang sangat sukar. No one can time the markets. Only Allah knows.

7. Asalkan tak rugi, asalkan ada untung, bila ada keperluan, kita memang kena jual la. Contoh ringkas macam ni. Atok kita dulu ada tanah. Dia jual tanah tu kerana nak hantar ayah kita sambung belajar obesi. Masa jual tu mungkin bukan masa terbaeks. Tapi masa itulah duit diperlukan.

8. So kita tengok balik diri kita. Mungkin kita bukan level gergasi hartanah. Tapi kita boleh kumpul aset ikut kemampuan. Bila kita beli aset yg betul#lokasinye, betul #produknye, betul #regenye, In Shaa Allah kita boleh win. Maybe bukan win paling sempurna. Tapi tetap win!

9. Berbalik kepada gergasi ni, diorang nak unlock potensi aset2 mereka. Boleh cekau lebih rm150 juta ke rm200k. Sudah tentu mereka pwrlukan duit itu sekarang. Adakah harga jualan itu yg terbaeks? Mungkin ye mungkin tidak. Tapi sudah tentu duit tu nanti akan digunapakai utk operarional costs dan unching projek2 akan datang.

10. Fokus pada beli aset. Aset ni beri manfaat kepada hidup kita. Tapi hati2 ye. Tak semua hartanah adalah aset. Ada yg jugak berkelakuan seperti musuh aset iaitu: #raksaksapenyedutduit. Hartanah boleh buat kita bahagia dan boleh buat kita sengsara. Cari ilmu dan jemaah supaya dapat berikan nasihat yg terbaeks.

Semoga kupasan berita ini beri manfaat kepada anda semua. Apa pendapat anda tentang pasaran hartanah sekarang.

SELAMAT BERJUANG!
AHYAT ISHAK

Rujukan:
1. Sime Darby Property
https://www.simedarbyproperty.com/…/sime-darby-property-q2-…
2. The Edge Prop 25 Jan 2020
https://www.edgeprop.my/…/next-asset-sale-being-planned-sim…
Gambar:
FB Happy Baby
https://m.facebook.com/…/a.117291602303106/117291575636442/…

Tag:

Kongsikan Artikel Ini Di Media Sosial:

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp