fbpx

Hanya Ada 2 Sebab HOC Disambung


Kerana sambutan luarbiasa atau..

1. Masih ramai yang tak tahu bahawa HOC: Home Ownership Campaign telah disambung 6 bulan sehingga 31 Disember. Patutnye dah tamat semalam Ahad 30 Jun 2019. Pengumuman oleh menteri KPKT (Rujukan 1)

2. Bagi mereka yang tak tahu, kempen ni bermula pada bulan Januari 2019 utk tempoh selama 6 bulan. Kempen ni kolaborasi bersama persatuan persatuan pemaju REHDA: pemaju pemaju semenanjung, SHAREDA dan SHEDA: pemaju pemaju Sabah n Sarawak.

3. Dilaporkan bahawa sambutan memberangsang. Cumanye Ahyat jadi kurang selesa kerana dari mula sampai sekarang, masih belum ada sebarang kenyataan tentang berapa unit terjual dan nilai yang telah terjual. Yang banyak dilaporkan ialah ada 51k unit rumah rumah dah siap bernilai rm35 billion. (Rujukan 2). Dilaporkan bahawa menteri mahu 50% terjual selepas kempen ini. (Rujukan 3)

4. Bila tiada data jelas berapa unit rumah terjual dalam 6 bulan tempoh asal kempen ini, ramai penggiat pengiat industri hartanah membuat 2 andaian. Adakah A: Sambutan sangat memberangsangkan sehinggakan kerajaan perlu sambung 6 bulan lagi. Atau B: Sambutan kurang memberangsangkan oleh itu terpaksa sambung 6 bulan lagi.

5. Apa yang best dapat masa HOC ni? Bagi yang maybe lupe, chekidaut ringkasan ni:
5.1 Diskaun sekurang2nye 10% untuk rumah bawah rm300k sampai rm2.5j.
5.2 Mansuh duti setem untuk rm1juta pertama untuk rumah tersebut. Selebih nye ialah Dikenakan 3%
5.3 Mansuh duti setem 100% untuk loan agreement

6. Selain daripada HOC, ada je benda benda lain yang boleh bantu anak anak muda especially untuk beli rumah pertama mereka: tiada duti setem yang dikenakan untuk MOT dan Loan Agreement. Ini untuk rumah rumah yang ditransaksikan dari 1 Jan 2019 sampai 31 Dis 2020.

Begitulah alkisahnye. Pasaran hartanah kita dalam satu keadaan kurang ketidakpastian. Yang penting kita dah buat kira kira diri sendiri kemudiannye baru boleh kira kira hartanah yang kita nak beli. Terbaeks!

 

KLIK DI SINI DAN DAFTAR DI WEB PEJUANG HARTANAH! DAPAT ILMU KEWANGAN DAN HARTANAH!! FREE JERRR!!!

 

Rujukan:
1. The Edge Markets 30 Jun 2019
https://www.theedgemarkets.com/…/govt-extends-home-ownershi…
2. Star Online 29 Jun 2019
https://www.thestar.com.my/…/overhang-value-exceeded-600-…/…
3. The Malay Reserve 1 July 2019
https://themalaysianreserve.com/…/govt-extends-hoc-to-end-…/
Gambar:
The Edge Prop 1 Mac 2019

Tag:

Kongsikan Artikel Ini Di Media Sosial: