fbpx
Wednesday , August 21 2019
Home / Kewangan / Hari Ni Hari Gaji, Tapi..

Hari Ni Hari Gaji, Tapi..

Hari ni aku dapat gaji RM5,000. Itu gaji kasar aku. Lepas tolak tax, epf bagai tinggallah RM4,500 yang masuk akaun aku.

First thing aku buat ialah bayar hutang bank. Senang sebab boleh transfer online ajer. Mula mual aku transfer RM1100 untuk kereta Honda Civic aku. Yelah, eksekutif macam aku ni kena la ada kereta smart sikit. Pastu aku bayar duit sewa rumah aku RM800. Aku menyewa apartment 900 kaki persegi ajer. Mana mampu nak sewa rumah besar. Nasib baik aku tak kerja kat tengah tengah KL. Kalau tak, separuh gaji aku dok bayar sewa rumah.

Pastu aku bayar personal loan aku RM400. Ini hutang aku untuk majlis kahwin aku dulu. Nasib baik ada bank nak bagi aku buat personal loan. Kalau tak, alamatnya tak kahwin lagi la aku sampai sekarang. Sekarang aku sudah bertiga dgn bini dan anak kecik aku.

Pastu aku bayar kredit kad aku RM200. Aku beli TV guna kredit kad. Takkan nak bawak bini aku tengok TV kat kedai mamak je tiap hari kan ? Sekali sekali layan bola dengan kawan kawan boleh la.

Dah tu, aku bayar bil pulak. Mula mula ofkos bayar TNB RM150. Kalau tak nanti kena potong, seme keje tak boleh buat. Pastu bil telepon aku RM150, bini aku RM100. Pastu Astro RM120.

Alamak, payment Astro aku tak lepas pulak. Dah lebih limit transfer RM3,000. Tapi takper. Aku tukar jelah limit transfer tu ke RM5,000. Settle. Baki dalam akaun aku sekarang ada lagi RM1,480. Untungla sekarang ada internet banking. Senang giler keje aku. Tak payah nak susah susah pergi bank bayar bil seme.

Malam ni seperti biasa aku nak pi Giant beli barang dapur. Bekalan kami sekeluarga untuk sebulan. Tak tahu lah habis berapa hari ni. Selalunya tak lari la dari RM300-400. Sambil sambil tu boleh lah dinner sedap sedap sikit. Tak banyak pun. Bajet dinner dalam RM50. Ala bukan selalu pun.

Jap… Esok baki duit gaji aku dalam RM1,000. Belanja minyak aku pi kerja bulan ni dalam RM300. Tol RM100. Belanja makan masa kerja aku dalam RM100. Weekend minggu pertama selalunya aku pi jalan jalan bawak anak dan bini aku. Habis jugak dalam RM150. Erm… Ada belen lagi dalam RM350. Belanja jajan aku, servis kereta. Eh… Apa yang tinggal ?

Alamak baru aku tahu gaji aku yg RM5,000 tu tak cukup rupanya. Hampeh !

 

KLIK DI SINI DAN DAFTAR DI WEB PEJUANG HARTANAH! DAPAT ILMU KEWANGAN DAN HARTANAH!! FREE JERRR!!!

 


PERHATIAN: Pejuang Hartanah tidak bertanggungjawab terhadap komen yang ditulis melalui laman sosial media facebook ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun fb dan tidak semestinya menggambarkan pendirian penulis. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

KOMEN PANDANGAN & PENDAPAT ANDA DI BAWAH:

About Aziz Ahmad

Aziz Ahmad

Check Also

3 Perkara Newbies Wajib Tahu Tentang Masterplan Hartanah!

Setiap orang bermula sebagai newbies. Suatu masa dahulu dia pasti bermula dengan langkah pertama. Mudah …