fbpx

Janda Sengsara Tak Mampu Nak Bayar Hutang Rumah! Apa Patut Dia Lakukan?

Kali ini, Ahyat ingin kongsikan kisah benar. Nama di dalam kisah ini telah diubah bagi melindungi identiti individu terlibat.

Fattah yang merupakan seorang engineer di sebuah syarikat oil & gas. Beliau mempunyai seorang isteri, Fazira, yang merupakan seorang cikgu dan dikurniakan dua cahaya mata.

Dengan gaji yang besar hasil bekerja di syarikat oil & gas tersebut, beliau telah membuat pinjaman 10 tahun yang lepas dan membeli sebuah rumah jenis berkembar (semi D) di Shah Alam yang bernilai RM800,000.00.

Namun akibat perbelanjaan yang tidak terkawal, walaupun kedua-dua pasangan suami isteri ini bekerja dan mempunyai pendapatan yang besar, mereka akhirnya telah dikelilingi hutang.

Oleh kerana situasi ini, Fattah telah berhasrat untuk membuat refinancing (pembiayaan semula) ke atas pinjaman rumah tersebut. Beliau telah pergi ke beberapa buah bank, malangnya segala permohonan Fattah telah ditolak oleh pihak bank.

Alasan yang diterima oleh Fattah adalah kerana beliau memiliki rekod kredit yang tidak ‘cantik’ akibat terlalu banyak membuat hutang hasil perbelanjaan serta pengurusan kewangan yang tidak terkawal.

Fattah juga bakal berdepan dengan status bankrap dan kehilangan aset-aset beliau seperti kereta dan rumah sekiranya tidak melangsaikan hutang yang semakin lama semakin bertambah.

Akibat terdesak ingin melunaskan hutang serta memerlukan duit, Fattah akhirnya meminta pertolongan adik lelakinya, Fikri untuk membeli rumah tersebut mengikut harga pasaran semasa sebanyak RM1.6 juta. Fattah berjanji akan melakukan pembayaran bulanan kepada Fikri.

Setelah dipujuk, Fikri akhir bersetuju membeli rumah Fattah. Setelah segala proses selesai, akhirnya rumah tersebut bertukar nama kepada Fikri dan membolehkan Fattah masih menetap di rumah itu. Maka perbezaan harga baharu jualan rumah dan baki pinjaman itu Fikri telah beri kepada abangnya.

Hasil jualan rumah yang mengikut harga pasaran semasa yang lebih tinggi membolehkan Fattah mempunyai sedikit lebihan duit. Fattah juga telah menepati janjinya kepada Fikri dengan melakukan bayaran bulanan. Segalanya nampak seperti kembali kepada keadaan normal…

Namun, panas yang disangkakan hingga ke petang, hujan pula di tengahari. Fattah secara tiba-tiba telah diserang strok dan meninggal dunia.

Fazira yang hanya seorang cikgu telah mendapati dirinya bergelar janda serta dalam masa yang sama dihimpit segala hutang peninggalan Fattah – termasuklah hutang arwah suaminya itu kepada Fikri, adik iparnya. Fazira juga tidak mampu untuk bayar segala hutang bulanan kerana ketiadaan arwah suaminya yang bergaji lebih besar.

Tanpa sebarang bentuk perlindungan yang dibuat oleh Fattah semasa beliau masih hidup, akhirnya apabila beliau meninggal dunia, Fazira dan anak-anak beliau juga tidak mendapat apa-apa, malah lebih teruk lagi, telah dibebani hutang yang sebelumnya.

Kerana tidak dapat menepati janji arwah suaminya kepada Fikri, Fikri berdepan masalah kerana Fazira tidak mampu membuat bayaran bulanan kepadanya. Kerana ini, rekod kewangan Fikri juga menjadi bermasalah.

Akhirnya, hubungan Fazira dan adik iparnya itu juga menjadi dingin hanya disebabkan masalah hutang. Fazira juga berhadapan dengan tekanan untuk meneruskan hidup serta membesar dua cahaya matanya.

Kesian sangat kan apa yang telah menimpa Fazira ni?
Kesian lagi juga nasib anak-anak mereka.

Ini kisah benar yang kita selalu dengar dalam masyarakat dan juga dalam drama-drama TV. Adakah drama TV ikut hidup atau hidup ikut drama TV?

Tapi Ahyat nak ingatkan, ni lah realitinya yang selalu berlaku.

Ahyat selalu lihat orang Melayu yang beli hartanah tapi tak pandai urus hartanah itu.

Jangan jadi seperti Fazira, seorang janda yang sengsara hanya kerana kealpaan arwah suaminya yang tidak menguruskan kewangan dan hartanah dengan baik serta tidak merancang perlidungan demi isteri dan anak-anaknya.

Janganlah kita berani buat hutang, kalau tak berani uruskan hutang. Kerana mati itu pasti cuma bezanya awal atau kemudian dan akhirnya kita akan bebankan waris kita semua!

Semoga kisah benar ini beri pengajaran kepada sahabat-sahabat semua.

Apakah pengajaran kisah ini?

Pengajaran kepada kisah di atas ini ialah:

1.Rumah bukan suatu aset yang senang cair. Kalau terdesak nak duit, bukan mudah nak jual mahupun refinance.
2. Orang bergaji besar belum tentu ada rekod dan profile kewangan yang baik.
3. Janganlah libatkan orang lain dalam hal dan masalah keluarga.
4. Bahaya jika tak ada perlindungan yang betul.
5. Beli rumah tu senang, bela rumah tu yang susah!

Korang setuju tak?

Cer komen sikit kat bawah ni…

KLIK SINI UNTUK ELAKKAN NASIB KORANG SAMA MACAM KISAH NI

Tag:

Kongsikan Artikel Ini Di Media Sosial:

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp