fbpx

Jangan pernah Berhenti Berjuang Untuk Kemerdekaan Kita Di Tanah Air Sendiri


Bolehkah kita merdeka kalau kita takut?

Di kala kita menyambut hari kemerdekaan kita yang ke 62, Ahyat sangat risau dan bimbang. Ada segelintir orang kita yang dah tak mahu berjuang lagi kerana perkataan ini: TAKUT. Adakah kita boleh gelar diri kita seorang yang merdeka jika kita hidup dalam ketakutan? Ahyat share 3 perkara tentang takut.

1. TAKUT PENGHALANG KEJAYAAN

Ramai orang kita ni tak dapat kenali potensi diri nye yg terhebat kerana takut. Takut ni membelenggu hidup kita dan menghalang kita daripada mencapai apa yang kita mahu. Macam-macam takut kita. Takut cakap orang lain antara takut yang paling dahsyat kita nak kena berani mengatasi ketakutan kerana inilah erti kata seorang yang benar-benar merdeka!

2. TAKUT SELAIN DARIPADA ALLAH?

Ini yang paling mengerikan bila kita takut selain daripada Allah. Kita takut kat orang kita takut kat benda lain tapi kita tak takut pada Allah. Depan manusia kita berkelakuan baik. Belakang kita berkelakuan tak baik. Tapi lupa Allah sentiasa lihat n tahu apa kita buat, rasa, fikirkan. Mana mungkin kita boleh jadi merdeka kalau kita takut kepada manusia lain atau selain daripada Allah!

3. TAKUT NASIB ORANG MELAYU

Ahyat risau dan bimbang, apa lah nasib orang Melayu di tanah air sendiri. Yang mengerikan ialah nasib anak cucu kita. Kalau ada di antara kita dah tak sanggup lagi berjuang, tak mustahil kita tak merdeka di tanahair sendiri. Ye negara kita dah merdeka. Tapi kita sebagai orang Melayu dan orang Islam tak merdeka di negara kita sendiri.

Kita mungkin tak terdaya nak berjuang di medan perang. Tapi kita pasti mampu berjuang dengan cara kita tersendiri.

Ogos 31,2019

 

KLIK DI SINI DAN DAFTAR DI WEB PEJUANG HARTANAH! DAPAT ILMU KEWANGAN DAN HARTANAH!! FREE JERRR!!!

Tag:

Kongsikan Artikel Ini Di Media Sosial:

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp