fbpx

Jangan Takut Kerja Kuat

1. Ini papa saya. Khamis lepas dia sambut hari lahir ke 69 tahun. Asal Labu Negeri Sembilan. Adik beradik 10 orang. Keluarga miskin. Hidup sangat susah. Tapi Allah ubah hidup dia kerana dia sangat gigih bekerja.

2. Ahyat masih ingat masa kecil2 dulu. Ikut papa masa weekend ke pejabat. Dia pegawai kerajaan. Masa tu, pejabat kosong. Saya tanya kenapa papa masuk pejabat weekend masa orang lain tak masuk. Papa just kata dia siapkan kerja. Papa ajar tentang kerja kuat.

3. Papa kalau diberikan tugas, dia sangat taat dan gigih. Dia buat sampai habis. Dia buat sampai jadi. Kalau dia dapat kerja kat outstation. Dia akan duduk sana terus. Bawak family. Papa ajar tentang komitmen kerja.

4. Ada satu ketika papa dapat kerja kat Kuala Selangor. Masa bulan puasa yg pertama kerja kat situ, dia kembara satu Kuala Selangor. Maghrib masjid lain. Isyak masjid lain. Orang terkejut. Tak pernah ada yg buat kerja macam tu. Syukur saya dapat folo satu bulan dgn dia. Papa ajar utk berikan lebih drpd apa yg perlu dalam laksanakan kerja.

5. Kalau papa saya ni minat sesuatu, dia akan all out. Kalau dia nak belajar satu2 sukan macam golf atau boling ke, dia akan beli buku, belajar teknik, spend kat mentor, lengkapkan peralatan. Papa saya ajar kalau nak bagus satu2 perkara mesti belajar dan serius.

6. Dari kecil papa saya ajar kuasa doa. Dia cakap, doa je apa2 yg kita nak. Saya ingat lagi moment masa kecil dulu. Saya tanya dia balik. Boleh tak nak mintak rm10 ribu? Saya masa kecik dulu rm10 ribu rasa dah banyak giler. Dia cakap doa je. Nanti Allah bagi. Kalau tengok gambar tempat yg kita nak pergi, doa je kat Allah, doa kita nak pergi ke situ. Nanti Allah makbulkan. Papa ajar tentang doa kepada yg maha esa.

7. Dari kecil papa selalu ulang. Cantik itu datang dari hati yg bersih. Dia ajar bahawa cantik itu bukan pada paras wajah tapi pada hati yg bersih.

Seorang ayah banyak membentuk peribadi kita. Kita meraikan seorang ayah itu setiap hari dalam doa kita. Hari ini kita sebut pada hari bapa. Bukan kerana kita hanya ingat bapa kita hari ini sahaja. Tapi sebagai meraikan nye bersama.

Sama2 kita doakan agar Allah SWT memanjangkan umur ayah2 kita dalam imam dan taqwa. Semoga Allah membalas sudah payah nye membesarkan kita dgn ganjaran kejayaan di dunia dan akhirat.

KLIK DI SINI DAN DAFTAR DI WEB PEJUANG HARTANAH! DAPAT ILMU KEWANGAN DAN HARTANAH!! FREE JERRR!!!

Tag:

Kongsikan Artikel Ini Di Media Sosial:

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp