fbpx

Jika Salah Seorang Join Borrower Meninggal Dunia, Apa Akan Terjadi Kepada Financing Tersebut?

Joint Application – Salah 1 borrower meninggal dunia..
.
AWAS! Info ni agak panjang 😅😅
.
Jika salah seorang join borrower meninggal dunia, apa yang akan terjadi kepada financing/loan tersebut? Apa yang perlu di buat oleh another join borrower?
.
Ok.. firstly kepada yang tinggal tu, check balik :
1. Third Party or First Party..
Kena check balik condition korang.. sama ada SPA 1 nama atau 2 nama.. bukan apa nak bantu memudahkan langkah seterusnya
2. Baki pinjaman dan Tunggakkan (Jika Ada)
Better semak segala yang berkaitan dengan loan tu.. tambah lagi kalau yang “pergi” tu yang buat bayaran A to Z.. so yang “tinggal” nak tak nak kena ambil tahu..
3. Takaful/MRTT
Semak dengan bank tentang coverage untuk Takaful/Insurance.. coverage berapa banyak.. berapa banyak yang tinggal.. kena topup atau tidak?
.
Ok.. ini yang selalu orang salah faham.. ada join borrower yang ambil coverage 50-50.. means setiap daripada borrower ambil 50% setiap orang.. jika salah seorang meninggal dunia, maka Takaful akan menyelesaikan separuh daripada baki pinjaman tersebut.. dan separuh lagi perlu di bayar oleh borrower yang “hidup”
.
Ada juga join borrower hanya ambil coverage untuk single borrower je dan coverage 100%.. jika ini yang terjadi, kena check which borrower yang ada coverage.. kalau coverage tadi untuk si mati, maka yang “hidup” mungkin tak perlu bayar pinjaman tersebut sebab takaful akan menyelesaikan baki pinjaman tersebut.. tapi kalau coverage 100% tersebut di atas nama yang hidup, maka takaful tidak akan menyelesaikan pinjaman tersebut..
.
Dan ada juga borrower hanya ambil sebahagian daripada jumlah pinjaman untuk coverage.. maksudnya Financing RM200k, tapi ambil untuk coverage hanya RM100k.. kalau kes macam ni, memang definitely borrower yang masih hidup perlu bayar baki yang tinggal selepas claim takaful..
.
So adalah sangat penting bagi setiap borrower untuk ambil tahu berapa coverage bagi setiap pinjaman yang korang ambil.. so korang yang dah baca sampai sini tu dah tahu ke langsung tak ambil tahu?? Kalau dah tahu, tahniah.. mungkin boleh update pada waris yang terdekat.. pada yang masih belum ambil tahu tu.. pergi je walk in ke bank untuk dapatkan maklumat penuh.. kumpulkan balik setiap dokumentasi pinjaman korang tu ok..
.
Next.. kalau terjadi macam ni pada join borrower.. apa yang perlu di lakukan?
.
Ok dah check kan 3 step kat atas tu? Kalau dah, so dah tahu lah tentang coverage Takaful tu kan? So dah boleh claim kat bank dah.. apa yang perlu di bawa?
.
1. NRIC (Yang claim)
2. Copy of NRIC (Si mati)
3. Surat pengebumian
4. Death Cert
5. Marriage Certificate (Jika pasangan ialah suami isteri)
6. Dan dokumen yang related
.
Bank akan bagi Borang 1) untuk di isi oleh yang menuntut (dalam kes ni – join borrower lah) 2) untuk di isi oleh doktor
Bagi kes borrower meninggal dunia di sebabkan accident, maka dokumen tambahan ialah Police Report.. dan jika post moterm di lakukan, report post moterm juga perlu di lampirkan..
Berapa lama proses nya?
Selepas 14 hari hantar complete document, dah boleh follow up current status..
Tetapi pembayaran akan mengambil masa 30 – 90 hari..
.
Lambat? Ya agak lama sebab ada procedures yang perlu di lakukan oleh Insurance Provider..
Sementara tunggu claim ni, borrower masih lagi perlu menjelaskan bayaran bulanan seperti biasa..
.
Apa akan terjadi kepada baki loan?
Untuk kes 50-50, yang hidup perlu bayar juga baki menyelesaikan pinjaman tersebut.. ada beberapa method:-
1. Bayaran bulanan tetap sama tetapi baki loan akan berubah (sebab dah di selesaikan bahagian si mati) dan tempoh pinjaman akan jadi lebih singkat (pinjaman akan habis lebih awal)
2. Bayaran bulanan akan jadi 50% daripada jumlah sebenar (bahagian yang hidup sahaja) dan tempoh pinjaman tetap sama
3. Bayaran bulanan akan jadi lebih rendah tetapi bukan separuh daripada bayaran bulanan.. tempoh (baki tahun) bayaran akan berkurang (singkat)
.
Di nasihatkan, jika situasi ini terjadi, join borrower yang tinggal harus berbincang dengan Pegawai bagi memastikan bayaran bulanan baki pinjaman tersebut tidak mempunyai masalah..
Untuk kes 100% (Takaful TIDAK cover si mati) perlu bayar macam biasa..
Untuk kes 100% (Takaful cover si mati)
Selepas tahu berapa coverage, yang hidup tadi boleh tunggu process claim.. jika ada baki pinjaman selepas Takaful menyelesaikan tuntutan maka perlu di selesaikan oleh borrower tadi.. jika ada lebihan, lebihan akan di kreditkan ke akaun borrower (yang hidup)
.
Kenapa ada baki pinjaman sedangkan takaful cover 100%?
.
✅ Mungkin sepanjang tempoh pinjaman, ada beberapa kali tunggakkan atau kadar faedah (rate) ada kenaikan.. ini semua bergantung..
Yang hidup boleh mendapatkan “pandangan/nasihat” daripada pegawai bank tentang langkah2 yang perlu di ambil bagi mengelakkan berdepan dengan masalah di masa hadapan..
Apa akan jadi dengan rumah tersebut (SPA 2 nama), bila boleh di tuntut dan tukar kepada 1 nama sahaja?
✅ Process ini boleh di lakukan setelah baki pinjaman di langsaikan sepenuh nya (Fully Settled).. better dapatkan nasihat daripada peguam untuk urusan sebegini..
Boleh ke asset tersebut di jual sedangkan SPA 2 nama dan 1 nama lagi telah meninggal dunia? (Refer kes yang sama)
✅ Boleh.. tetapi urusan agak leceh dan panjang.. perlu dapatkan surat kuasa terlebih dahulu.. bukan mudah jika nak menjual asset yang di miliki oleh penama yang telah meninggal dunia.. di nasihatkan untuk mendapatkan nasihat daripada peguam terlebih dahulu.. mereka lebih ariffff..
.
.
SUMBER :
FB Bella Leana
.

Menarik ke perkongsian mcm ini? Ahyat juga selalu share tentang ilmu hartanah. Kalau korang nak tahu lebih banyak strategi yang Ahyat guna, korang boleh klik link ini.

>>>STRATEGI PERANG<<<

Tag:

Kongsikan Artikel Ini Di Media Sosial:

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp